Nak Dapatkan Bulu Mata Lentik Dan Cantik? Korang Kena Amalkan Tips Yang Senang Ni!

Nak Dapatkan Bulu Mata Lentik Dan Cantik? Korang Kena Amalkan Tips Yang Senang Ni! Semua wanita mesti mengidamkan bulu mata yang panjat, lebat dan lentik kan. Untunglah korang yang dah sedia ada bulu mata yang panjang. Tak perlu susah-susah nak lentikkan atau pakai maskara. Sesetengah orang mengambil alternatif lain seperti memakai bulu mata palsu untuk menampakkan bulu mata lebih panjang. Sebenarnya korang boleh dapatkan bulu mata yang cantik dan panjang tanpa habiskan banyak duit. Mudah je caranya!

1. Petroleum jelly

Selain untuk melembapkan bibir, petroleum jelly yang korang selalu pakai tu juga boleh melebatkan bulu mata tau. Caranya mudah je, korang kena sapu dekat bulu mata korang setiap malam sebelum tidur. Untuk memudahkan, korang boleh gunakan berus maskara lama yang tak digunakan lagi, kemudian basuh sampai bersih dulu. Selepas tu korang letak sedikit petroleum jelly kat berus maskara tu dan terus sikat bulu mata korang.

2. Minyak zaitun & minyak castor

Kedua-dua jenis minyak semula jadi ni mempunyai kelebihan masing-masing. Ia juga berkesan untuk memanjangkan bulu mata korang. Campurkan 1-2 titik minyak zaitun dan castor dalam mangkuk kecil. Sama je macam petroleum jelly, korang cuma perlu sapukan kat bulu mata perlahan-lahan, jangan sampai kena mata tau. Pakai setiap malam sebelum tidur dan korang akan nampak hasilnya bulu mata lebih lebat.

 

3. Teh hijau. Bukan untuk kurus je okay!

Untuk pengetahuan korang, khasiat teh hijau ni bukan saja baik untuk badan, tetapi juga berfungsi untuk memanjangkan bulu mata. Haa.. tak tahu kan? Lepas bancuh air teh tu, uncang dia jangan buang dulu. Sebaliknya korang tekapkan kat bahagian mata selama 10-20 minit. Ataupun korang boleh sapukan sedikit air teh tu pada bulu mata sebelum tidur. Esoknya korang cuci muka macam biasa.

4. Pelembap bibir

Wahh.. bagus juga pelembap bibir ni, dua dalam satu fungsinya! Selain memanjangkan, ia juga boleh melentikkan bulu mata. Dengan menggunakan jari, sapukan sedikit pelembap bibir kat bulu mata dan ratakan supaya kena setiap helaian bulu mata korang. Buat sebelum tidur setiap hari. Pastikan korang berhati-hati, jangan gunakan pelembap bibir yang ada menthol tau. Kang tak pasal-pasal pedih mata!

5. Urut keliling mata

Cara yang paling mudah adalah urutan di sekeliling mata korang. Urutan tu boleh membantu meningkatkan pengedaran darah, membaikpulih nutrisi bulu mata serta merangsang pertumbuhan bulu mata. Mulakan dengan mencuci tangan korang. Tangan kena bersih tau nak pegang mata! Sapukan sedikit minyak zaitun atau minyak kelapa dara pada jari kemudian urut di sekeliling kelopak mata dan di kawasan bulu mata korang tumbuh. Korang boleh lakukan sekerap yang mungkin setiap minggu dan lihat hasilnya.

6. Vitamin E

Vitamin E mengandungi antioksida yang membantu pertumbuhan serta menguatkan rambut, termasuklah bulu mata kita. Caranya korang ambil kapsul vitamin E, pecahkan kemudian sapukan minyaknya pada bulu mata. Biarkan selama 3-4 jam atau semalaman. Hasilnya, bulu mata yang menawan! Rutin penjagaan bulu mata juga termasuklah membuang makeup sebelum tidur dan menjaga diet dan pemakanan korang. Cara menjaga bulu mata sama je macam menjaga rambut sebenarnya. Tips-tips diatas tidak menjamin hasil yang cepat jadi korang kena lah bersabar ye. Tapi hasilnya pasti worth it!

Sumber: Style Craze, Bright Side, One Good Thing By Jillee Via Oh Bulan

Kongsikan artikel ini.
  • 507
  •  
  •  
  •  

Betapa Mahalnya Harga Seorang Anak Sulung Di Dalam Keluarga, Jangan Pandang Rendah Terhadap Mereka!

Betapa Mahalnya Harga Seorang Anak Sulung Dalam Keluarga. Kasih sayang adik beradik sama ada anak sulung sehinggalah anak bongsu sememangnya […]

Bukan Hanya Urut-urut Di Perut, Terus Boleh Kata Rahim Jatuh!

Bukan Hanya Urut-urut Di Perut, Terus Boleh Kata Rahim Jatuh! Betul ke lepas beranak, kaum mak-mak akan berisiko mengalami rahim […]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *