Nak Tambat Hati Suami? Mudah Je!

Nak Tambat Hati Suami? Mudah Je! Kata orang, makanan dan masakan isteri merupakan pengikat dan penambat kasih sayang suami isteri dalam sesebuah rumah tangga.

Masak Dari Membeli

Pada zaman ini disebabkan isteri agak sibuk bekerja, ramai yang lebih suka makan di luar atau membeli lauk-pauk berbanding memasak di rumah kerana ia dikatakan lebih mudah dan mengotorkan dapur. Lagipun terdapat banyak kebaikan dan hikmah apabila suami isteri makan dan memasak di rumah. Buat isteri yang tak reti memasak jangan jadikan alasan untuk tidak ke dapur, boleh cuba tip mudah ini.

Cuba Masak Pada Hujung Minggu

1. Bagi isteri yang bekerja, jika anda tidak mempunyai masa untuk memasak pada hari bekerja, cuba memasak pada hari cuti umum dan hujung minggu. Mulakan dengan memasak lauk yang sangat mudah dan tidak memakan masa yang lama.  Sebelum memasak, sediakan bahan-bahannya untuk memudahkan anda memulakan aktiviti memasak. Biasanya jika bahan-bahan yang hendak dimasak disediakan terlebih dahulu, ia boleh memudahkan aktiviti memasak bagi anda yang jarang memasak di rumah.

Risau Masakan Tidak Menjadi

2. Namun ada juga isteri yang tidak pernah masuk ke dapur sewaktu zaman anak dara dan apabila sudah berkahwin, mereka berasa takut untuk mula memasak kerana risau masakannya tidak menjadi ataupun tidak sedap. Jangan bimbang, berkahwin merupakan satu pengalaman hidup yang mematangkan anda. Biasanya daripada seorang yang tidak tahu memasak, mereka menjadi seorang yang mahir dalam memasak disebabkan ‘terpaksa’ dan kerana sayangkan pasangan.

Pergi Ke Pasar Bersama

3. Jika memasak pada hari cuti, ajak suami ke pasar dan kalian sama-sama menyediakan bahan masakan. Aktiviti yang dilakukan bersama ini dapat mengeratkan kasih sayang suami isteri serta meringankan tanggungjawab isteri untuk memasak seorang diri.

Tolong Isteri Di Dapur

4. Berada di dapur dengan suami bukan sahaja boleh menambahkan kemesraan mereka yang baharu berkahwin, tetapi juga dapat melihat sikap dan peribadi suami dalam proses mengenal hati budinya. Ada kalanya kehadiran suami di dapur menguatkan lagi semangat isteri untuk memasak.

Kongsikan artikel ini.
  • 124
  •  
  •  
  •  

Tip Rare Jimat Bajet Kahwin! Tak Perlu Pening-Pening Lagi!

Tip Rare Jimat Bajet Kahwin! Tak Perlu Pening-Pening Lagi! Perihal perkahwinan tentunya memerlukan modal atau jumlah yang yang besar untuk […]

Cara Merawat Kencing Kotor Yang Sangat Mudah Dan Berkesan

Cara Merawat Kencing Kotor Yang Sangat Mudah Dan Berkesan. Siapa yang pernah kena kencing kotor ini tahu le sakit ke […]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *