Nak Jadi Isteri Orang Kena Baiki Mana Kurang. Jangan Rupa Je Cantik Tapi..

Nak Jadi Isteri Orang Kena Baiki Mana Kurang. Jangan Rupa Je Cantik Tapi.. Masuk hal kahwin, bukan perkara kecil-kecil sebab yang akan bina hidup bersama ialah kau dan dia. Belum masuk bab keluarga, kawan-kawan dan saudara mara. Jadi nak kahwin, perempuan kena baiki dulu mana yang kurang. Jangan rupa je cantik tapi..kongsi lelaki ini.

Nak jadi isteri orang ni kena baiki mana kurang. Kau kena jadi isteri yang berilmu, bijak dan pandai menguruskan hal ehwal rumah tangga.

Rupa yang cantik tapi mentaliti kelas ketiga tak guna jugak kan? Biarlah “beauty with brains” orang putih kabor.

Baiki perangai di bawah sebelum jadi isteri. Ayuh baca.

Berjanji pada pakwe je yang kau nak bertudung lepas kahwin. Tak nak bagi bakal suami berdosa. Dekat ayah kau tak kesian ke dik?. Pakwe suruh solat baru nak solat. Mak kau suruh 10 kali, kau liat nak solat.

Pakai tudung dah elok, tapi pakai legging. Tak elok gitu. Tak payah nak hipster sangat lah. Peha kau dah la besar. Dah serupa sarung nangka je.

Tak menipu keluarga demi pakwe. Kata ke mak ayah nak keluar dengan kawan perempuan pergi mengaji tetapi keluar dengan pakwe.

Nak minta putus dengan pakwe kau janganlah bagi alasan “awak terlalu baik untuk saya.” Macam bangang je. Terus terang je lah. Senang cerita, jangan bagi harapan kalau kau tak suka langsung dekat dia. Simple.

Tidak update status luahan hati, marah-marah, maki-maki semua tu. Tak manis lah. Orang dah boleh tahu dah tahap mentaliti dan perangai kau dik.

Tidak perlu up gambar muka setiap hari, selfie setiap hari. Nak masak selfie. Nak pergi makan pun selfie. Nak solat selfie. Nak pergi kedai pun selfie. Lepas tu up gambar muka tulis caption, “Kedai sayur Mak Cik Kiah tutup”. Adehh. Apa kena mengena dengan muka kau dengan Kedai Mak Cik Kiah gua pun tak tahu.

Cuba belajar kurangkan emosi, mudah sentap tu. Sikit-sikit merajuk. Pakwe / tunang bluetick mesej WhatsApp pun meroyan bagai. Dah merajuk, makan banyak. Lepas tu jadi gemok. Dah gemok, bising.

Jangan Berprasangka Buruk

Kalau pakwe / tunang kau balas mesej pendek-pendek je, lepas tu cakap busy la, kena kerja hujung minggu tu, kau rileks je. Dorang nak cari duit kahwin untuk korang tu. Jangan berprasangka buruk sangat okey?

Jangan minta pakwe / tunang belanja makan tempat sedap, belanja tengok wayang. Setiap bulan minta hadiah. Lepastu kau kata dia tak menyimpan duit untuk kahwin dengan kau. Kalau boleh sama-samalah kumpul duit belanja kahwin ye. Nak hidup sama-sama juga kan lepas ni?

Jangan manja sangat. Jangan anggap pakwe / tunang kau tu kepunyaan kau sorang. Jika pakwe / tunang kau bergaji enam angka setiap bulan tak apalah. Ini empat angka, lepastu anak sulung. Adik beradik dia kena tanggung. Ha, mereputlah nak melayan kehendak kau sorang je. Banyak lagi tanggungjawab dia.

Yang masih single tu jangan risau, kau akan jumpa bakal suami yang kau impikan.Tuhan bagi sesorang yang kita perlu bukan yang kita mahu. Kau sabar je.

3 Zikir Untuk Wajah Kekal Muda & Cantik Berseri!

Dalam masa kau tengah sabar tu kau perbaiki la perangai kau. Ini tazabar tazabar nak jadi bini orang, mak suruh potong bawang pun buat muka. Jalan hentak kaki je kalau kena angkat kain di ampaian.

Ruang terbesar dalam hidup kita ialah ruang untuk berubah. Belajar menjadi isteri yang terbaik 😊

Kah! SHARE l TAG jika bermanfaat

[ASY]

Sumber: Amir Syahir Via Pesona Pengantin

Foto: Sekadar Hiasan

Kongsikan artikel ini.
  • 2.2K
  •  
  •  
  •  

Tak Rugi Bahagiakan Isteri, Ni Salah Satu Tip Menjemput Rezeki..

Tak Rugi Bahagiakan Isteri, Ni Salah Satu Tip Menjemput Rezeki.. Dulu awal kahwin, pegang tangan isteri, lepas dah ada anak, […]

“Teacher, Saya Belum Beli Buku, Mak Cakap Tunggu Gaji Ya,” Bisik Pelajar Itu Buat Cikgu Ini Teringat ‘KISAH’ Lalu, Dihina Kerana Tak Mampu

“Teacher, Saya Belum Beli Buku, Mak Cakap Tunggu Gaji Ya,” Bisik Pelajar Itu Buat Cikgu Ini Teringat ‘KISAH’ Lalu, Dihina […]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *