Nak Sesuatu Kena Usaha! Ini Tip Rare Untuk Mudah Dapat Jodoh

0
22

Nak Sesuatu Kena Usaha! Ini Tip Rare Untuk Mudah Dapat Jodoh. Nak dapatkan sesuatu kena berusaha. Nak dapatkan jodoh pun kenalah juga berusaha. Ya. Kena usaha. Tidak akan datang bergolek ataupun turun daripada langit. Berusaha yang bagaimana? Berusaha untuk menjemput jodoh itu banyak cara.

Baca: Wanita 25 Tahun Ke Atas Anda Patut Tahu Rahsia Jaga Kulit Wajah Kekal Cantik, Ramai Yang Terlepas Pandang!

Misi Mencari Jodoh

Musim cuti sekolah ni ramai yang kahwin. Kau yang masih #TeamSingle tu pun mesti nak kahwin kan. Jangan risau, jodoh kau pasti akan tiba bila sampai waktu dia.

Nak dapatkan sesuatu kena berusaha. Nak dapatkan jodoh pun kenalah juga berusaha. Ya. Kena usaha. Tidak akan datang bergolek ataupun turun daripada langit. Berusaha yang bagaimana?

Berusaha untuk menjemput jodoh itu banyak cara. Antaranya;

1. Jaga hubungan dengan Allah

Solat tak tinggal. Solat lima waktu. Bukan rasa rajin baru nak solat. Macam mana kau nak jaga jodoh kau, kalau solat pun kau tak mampu nak jaga. Selalu berzikir dan menderma. Dekatkan diri dengan Illahi. Mulakan dengan pekara kecil tetapi berterusan contohnya melakukan sesuatu dengan Bismillah dan sebagainya.

2. Jaga Tingkah Laku, Pergaulan & Percakapan

Jaga pergaulan dan tingkah laku. Mulut tu jaga. Jangan nak mencarut je kerjanya. Jaga juga hubungan dengan mak ayah adik beradik dan sahabat. Selalulah bermanis muka.

3. Perkukuhkan Simpanan Kewangan

Mulakan menyimpan wang untuk kehidupan selepas kahwin. Kumpullah sedikit demi sedikit duit tabungan tak kira lelaki ataupun perempuan. Zaman sekarang untuk berkahwin kosnya tinggi walaupun majlis yang sederhana. Jodoh sampai dah ada simpanan wang, boleh terus kahwin kan. Tak perlu bercinta lama-lama.

4. Menjadi Sang Setia

Kau dah ada calon, tapi nak pasang lain. Nak cari yang sempurna kononnya. Ada yang jenis tak sabar, terlalu terburu-buru, terlalu mengucap sayang. Sampai mudah berjanji manis sumpah setia bagai. Kau mudah meluah rasa sayang dan tukar pasangan. Belajarlah jadi seseorang yang terbaik untuk di miliki. Belajarlah untuk setia.

5. Banyakkan Berdoa

Jodoh belum sampai di saat kita bersedia mungkin Allah mahu dengar doa kita. Selalu berdoa minta jodoh yang baik-baik. Allah akan tunjukkan jalan. Permudahkan urusan bila jodoh kau dah sampai. Allah juga akan berikan jodoh yang kau perlu. Bukannya yang kau mahu.

6. Bertaaruf

Selain melakukan solat istikharah, kau boleh dapatkan pertolongan kawan-kawan untuk mencarikan. Bertaaruflah mana tahu ada jodoh. Buka hati kau untuk berkenalan hati budi seseorang. Berkenal-kenalan bukan bererti kau kena bercinta dengan dia terus. Tidak mengapa kalau kau perempuan kau mulakan dulu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here