Panduan Cara Solat Sambil Dukung Bayi Yang Betul

Panduan Cara Solat Sambil Dukung Bayi Yang Betul. Bagi mereka yang mempunyai anak kecil ingin menunaikan solat tetapi sering terbantut apabila bayi mereka itu meragam dan perlu menunggu si anak tidur dulu kerana bimbang jika dibiarkan dia akan merayap dan ini merisaukan. Sebenarnya semua ibu bapa boleh solat sambil dukung bayi tanpa sebarang gangguan lagi.

BACA: Adab Masuk Tandas Yang Ramai Tak Tahu Agar Ibadah Kita Sempurna!

Panduan Cara Solat Sambil Dukung Bayi Yang Betul

Mungkin masih ada yang tidak tahu bagaimana cara nak solat sambil dukung bayi dan hukum solat bersama anak kecil. Kerana tidak tahu, mereka selalunya terpaksa melengahkan atau menangguhkan solat walaupun waktu semakin habis dan akan menunaikannya apabila ada waktu terluang.

Semua suri rumah pasti akan berhadapan dengan situasi ini sewaktu nak solat di rumah atau di mana saja. Bayi pula pasti akan menangis apabila si ibu seperti tidak peduli lagi tentangnya ketika bersolat. Dek kerana tidak sampai hati meninggalkan anak sendirian, pasti solat ibu tak khusyuk dan terpaksa berhenti.

Bayi kecil yang tidak tahu apa-apa walau ibu dan ayah sedang sembahyang. Sebenarnya, sesiapa saja yang mempunyai anak kecil, anda boleh solat dengan bayi anda tanpa sebarang masalah. Malah agama Islam itu sangat mudah serta ada hukum menunaikan sembahyang bersama bayi samada didukung atau dibawa bersama ke masjid.

Mulai sekarang tiada lagi masalah bayi ganggu solat anda kerana perkongsian Puan Insyirah Soleha ini akan membantu anda menyelesaikan masalah ini dengan berkongsi panduan tentang solat sambil mendukung bayi dan juga cara-cara menunaikannya langkah demi langkah.

Panduan Solat Sambil Dukung Bayi atau Anak

Selalu ibu-ibu bila ada anak kecil, tak seronok terasa peluang ibadah semakin sempit. Selalu rindu nak solat berjemaah dengan kawan-kawan.

Jadi, suami cadangkan untuk kami berkongsi cara untuk solat dengan anak kecil. Mungkin ada masa anak meragam tak mahu duduk, ibu pula dah makin singkat waktu untuk solat. Daripada luput waktu solat, boleh sahaja solat dengan anak kecil.

1. Ibu ayah boleh salin pampers anak sebelum solat. Kalau memang pampers anak berat dengan air kencing atau berak, basuh dahulu. Bagi anak selesa.

2. Ibu biasanya dapat agak masa untuk salin pampers anak, jadi boleh sedia untuk tukarkan pampers anak sebelum solat.

Permasalahan dukung anak pakai pampers

1. Berhubung dengan najis
متصل بالنجاسة

2. Menanggung najis
حامل النجاسة

Dua perkara ini berbeza :

Contoh berhubung dengan najis ialah tahi cicak pada pakaian kita semasa solat.

Contoh menanggung najis ialah kita solat atas karpet masjid, ada najis pada hujung saf.

1. Najis pada pakaian
2. Najis pada karpet.

Apa hukum kedua-dua situasi tersebut?

1. Sah kedua-dua solat?
2. Tidak sah kedua-dua solat?
3. Salah satu sah?

Solat tidak sah sekiranya najis pada pakaian kita semasa solat, tetapi solat sah sekiranya tahi cicak hujung karpet tempat solat. Sama juga seperti dukung bayi BELUM BERSUNAT dan PAKAI PAMPERS, kita tidak menempel najis pada tubuh kita.

Ia juga terpakai kepada mana-mana sahabat yang berniat bawa anak menunaikan umrah, sama kondisi seperti persoalan solat. Kalau kita mencari sebab tak boleh, memang selamanya kita akan cakap tak boleh. Dalam Islam, sentiasa ada solusi untuk setiap tribulasi.

Isteri, suka sangat bila suami tawarkan diri untuk jadi imam dan solat berjemaah. Selepas suami solat berjemaah di surau/masjid, boleh balik rumah solat sunat 2 rakaat sambil isteri jadi makmum untuk solat fardhu. Jadi, isteri boleh solat berjemaah dengan suami. Saya kongsikan video bagaimana untuk solat dengan bayi kepada para bapa supaya selepas ini boleh sama-sama berjemaah dengan isteri dan anak-anak.

Video contoh solat sambil mendukung bayi

Semoga perkongsian cara solat sambil dukung bayi yang dikhaskan kepada semua ibu bapa yang mempunyai anak kecil ini akan menambahkan lagi ilmu dan pengetahuan seterusnya akan menyempurnakan lagi ibadah solat masing-masing. Inilah antara amalan-amalan yang dibolehkan berdasarkan contoh yang disampaikan oleh Nabi Muhammad SAW. Semoga membantu dan bermanfaat untuk semua muslimin dan muslimat.

Sumber: Ustaz Azhar Idrus

Adab Masuk Tandas Yang Ramai Tak Tahu Agar Ibadah Kita Sempurna!

Adab Masuk Tandas Yang Ramai Tak Tahu Perlu Alirkan Air Pada Dinding. Kebersihan diri adalah perkara penting yang harus kita […]

hukum

12 Perkara Yang Kita Tahu Banyak Fadhilatnya, Tapi Kita Tak Pernah Ambil Peduli

12 Perkara Yang Kita Tahu Banyak Fadhilatnya, Tapi Kita Tak Pernah Ambil Peduli. Banyak perkara dalam kehidupan kita yang kita […]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *