Penduduk Wuhan Berebut Sayur, Mohon Bantuan Kerana Kekurangan Sumber Makanan Selepas Dikuarantin!

0
4
Penduduk Wuhan

Penduduk Wuhan Berebut Sayur, Mohon Bantuan Kerana Kekurangan Sumber Makanan Selepas Dikuarantin! Kuarantin yang dikenakan ke atas 8 bandar termasuk Wuhan menyebabkan penduduk di kawasan terlibat menjadi panik. Sekatan ke atas bandar itu dijangka mengakibatkan bekalan makanan terganggu hingga menyebabkan harga makanan meningkat mendadak.

Penduduk Wuhan Berebut Sayur, Mohon Bantuan Kerana Kekurangan Sumber Makanan Selepas Dikuarantin!

BACA: Cara Pembayaran Fidyah Untuk Rujukan Anda, Puasa Lagi 2 Bulan Je Ni!

Kobis kini berharga 35 yuan (bersamaan kira-kira RM20.5), beberapa kali ganda berbanding sebelum krisis itu,” ujar seorang penduduk Wuhan, Alex Wang kepada SCMP.

“Stok beberapa pasaraya dengan penghantaran atas talian juga habis. Pasaraya, jalan utama dan restoran yang biasanya sibuk kini kosong. Jalan juga kosong walaupun waktu punca. Ia seperti bandar berhantu.”

Dalam perbincangan atas talian di Weibo, ramai penduduk tempatan yang menyuarakan kesedihan mereka berikutan krisis yang melanda.

“Kami elakkan dari keluar rumah, sering membasmi kuman dan memakai topeng,” tulis salah seorang pengguna.

 

“Tetapi kami kekurangan makanan dan pembasmi kuman, kami perlukan lebih banyak sumber. Kami harap semua orang memahami dan kami rasakan ia seakan-akan penghujung dunia.”

Firma farmasi China turut meningkatkan produksi topeng muka bagi menampung keperluan pakaian perlindungan. Semoga negara kita jauh daripada sebarang jangkitan yang dibawa oleh mereka.

Semoga bermanfaat untuk korang!

Sumber: South China Morning Post, Siakap Keli

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here