Penyewa Lama Tinggalkan Tunggakan Bil TNB Yang Tinggi?

Penyewa Lama Tinggalkan Tunggakan Bil TNB Yang Tinggi? Permasalahan yang sering timbul berkaitan dengan penyewaan rumah sama ada dari pihak penyewa atau pemilik rumah biasanya melibatkan dengan duit sama ada deposit rumah sewa, tunggakan bayaran bil elektrik dan air serta masalah kecurian dan sebagainya.

Masalah Rumah Sewa

Walau bagaimanapun, tuan rumah mempunyai risiko yang sangat tinggi sekiranya tiada perjanjian sewa rumah hitam dan putih yang dibuat kerana tiada peraturan malahan penyewa boleh melakukan apa saja seperti keluar rumah begitu saja tanpa notis dan sebagainya. Apabila penyewa keluar dan tinggalkan rumah dengan meninggalkan tunggakan bayaran Bil TNB yang mencecah ribuan ringgit, pasti perkara ini akan merungsingkan dan memeningkan kepala tuan rumah untuk menyelesaikan masalah ini. Mulai sekarang, semua tuan rumah atau pemilik rumah sewa tidak perlu bimbang lagi tentang perkara yang mengaitkan bayaran tunggakan bil eletrik yang ditinggalkan penyewa lama kerana lelaki ini, Mohd Noor Hafiz telah berkongsi panduan untuk tuan rumah supaya perkara ini tidak berulang lagi atau mengalami kerugian yang teruk.

Bayaran Elektrik Online

Sebenarnya, kita semua bernasib baik dan beruntung kerana Tenaga Nasional Berhad (TNB) telah memperkenalkan Skim Penukaran Penghuni Sementara untuk keadilan kepada tuan rumah yang menyewakan rumah mereka.

Skim Penukaran Penghuni Sementara (Rumah Sewa)

Skim ini membolehkan penyewa didaftarkan pada bil TNB secara bulanan dengan menggantikan tuan rumah berikutan kes penipuan berkaitan dengan tunggakan pembayaran bil TNB semakin tinggi dan kerap berlaku di seluruh Malaysia. Cara dan proses untuk melaksanakan skim ini diterangkan seperti berikutnya.

1. Tamatkan Bil TNB atas nama Tuan Rumah

Keperluan adalah satu salinan MyKad dan Surat Pengesahan Nombor Akaun Bank Tuan Rumah bagi tujuan pemulangan deposit yang sedia ada oleh TNB.

2. Tukar Bil TNB atas nama Penyewa

Keperluan: Isi Borang Penukaran Penghuni Sementara yang boleh didapati di Kios TNB. Tn Rumah boleh mohon Penyewa isi Borang berkenaan semasa proses tandatangan Surat Perjanjian Sewaan. Tun Rumah boleh mewakili Penyewa untuk tujuan hantar ke Kios TNB semula. Sesalinan MyKad Penyewa. Salinan Surat Perjanjian Sewaan yang telah dimatikan setem LHDN. Surat Pengesahan dan Kebenaran Tuan Rumah. Jumlah deposit yang diperlukan oleh TNB. Jika perlu letak RM300.00. Tak boleh lebih atau kurang. Melalui cara ini Penyewa juga tidak perlu membuat bayaran Cagaran Deposit yang tinggi seperti 1/2 bulan atau 1 bulan yang diamalkan di Malaysia.

3. No Akaun Baru TNB atas nama Penyewa.

Selepas ini semua Bil Bulanan TNB akan dialamatkan terus ke nama Penyewa.

4. Penyewa berkenaan berpindah keluar

Mohon Penyewa untuk ke Kiosk TNB berdekatan untuk tujuan penamatan dan proses penerimaan semula Deposit daripada TNB. Jika ada tunggakan, mereka perlu selesaikan disebabkan ia atas nama sendiri. Tuan Rumah tidak perlu mengamalkan cara lama dengan memegang Cagaran Deposit Utiliti Penyewa. Misalnya cagaran dipegang RM1k namun tunggakan bil RM8k, maka ia merugikan pihak Tuan Rumah. Kes yang kerap berlaku. Melalui cara ini, nombor akaun Penyewa adalah berasingan antara Penyewa Lain dan Tuan Rumah. Jika tunggakan tidak diselesaikan oleh Penyewa Lama, TNB sendiri akan mengambil tindakan mahkamah ke atas mereka.

INFO:

Tuan Rumah boleh ulangi semula proses di atas untuk tujuan sewaan kepada Penyewa Baru. Diharapkan ilmu ini dapat dimanfaatkan oleh semua Tuan Rumah agar tidak lagi dipermainkan oleh penyewa yang tidak bertanggungjawab. Semoga panduan yang dikongsikan oleh Mohd Noor Hafiz ini akan membantu semua pemilik sewa rumah yang menghadapi masalah tunggakan bayaran bil elektrik TNB.

Sumber: Media Maklumat

Jika Ada Tanda-Tanda Ini, Anda Mungkin Telah Terkena Sihir Pemisah.

Jika Ada Tanda-Tanda Ini, Anda Mungkin Telah Terkena Sihir Pemisah. Sihir pemisah (sihir tafriq) atau dipanggil sihir pelalau penghalang jodoh […]

Taktik ‘Scammer’, Ini Cara Nak Kesan ‘Scammer’ dengan Mudah! Anda Rugi Jika Tidak Ambil Tahu!

Taktik ‘Scammer’, Ini Cara Nak Kesan ‘Scammer’ dengan Mudah! Anda Rugi Jika Tidak Ambil Tahu! Dalam zaman serba serbi moden […]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *