“Perempuan Kalau Nak Cari Calon, Carilah Lelaki Yang Caring Terhadap Keluarga Dia..”

“Perempuan Kalau Nak Cari Calon, Carilah Lelaki Yang Caring Terhadap Keluarga Dia..”. Kaum perempuan kalau nak cari calon, carilah lelaki yang caring terhadap keluarga dia. Selalu bertanggungjawab terhadap keluarga dia. Mak ayah dia layan dengan baik. In Sha Allah, nanti kau jadi isteri dia, dia akan layan kau dengan penuh kasih sayang.

Allah menciptakan sebuah perkahwinan untuk membolehkan suami isteri berkasih sayang dan mencari ketenangan. Tetapi ada yang salah menggunakan perkahwinan yang dibina seperti berlaku kasar terhadap isteri misalnya.

Kenapa ada suami yang sering naik tangan kepada isteri? Sebelum kahwin bukan main sweet. Bila dah kahwin, tak boleh silap sikit mula nak naik tangan.

Lelaki ini tinggi egonya. Pantang dicabar dan tercabar. Masa tu ego lebih mengatasi segalanya.

Bila Bertengkar, Belajar Sabar

Bila bertengkar antara suami isteri, belajar sabar. Adakalanya diam itu lebih baik. Isteri pula jangan cabar suami. Jangan la dok cabar suami suruh pukul ke, ceraikan ke. Tengah marah, syaitan pun menghasut. Ditambah dengan ego lagi. Mula la nak sepak terajang isteri.

Lagi sedih bila suami yang sepak terajang isteri masa isteri tengah mengandung. Takde belas kasihan langsung. Ikut hati sangat. Kadang-kadang isteri tu dah tak larat. Tak sempat masak. Suami balik kerja penat, tengok makanan takde. Mula lah naik angin. Lepastu naik tangan. Kemon la. Benda simple macam tu bawak bawak la bersabar.

Ada juga suami yang pukul isteri sebab cemburu. Mungkin isteri dia cantik sangat kot. Dah tu sampai isteri tak boleh bersembang dengan orang lelaki langsung. Kau agak-agak la. Cemburu biar bertempat.

Lepas Kantoi Pukul

Ada kalanya suami pukul isteri bila isteri dapat tau rahsia dia. Contohnya macam bila isteri tahu dia curang tapi tak nak mengaku. Lepastu pukul isteri. Ego la tu. Dah buat salah mengaku je lah.

Masa muda kau jangan nak panas baran je. Lelaki yang sabar adalah lelaki yang kuat. Ini sikit-sikit nak panas baran. Masa bercinta kemain penyayang.

Kurang asas agama juga merupakan salah satu punca suami cepat naik tangan dekat isteri. Kalau kau tahu hukum hakam, marah macam mana pun kat isteri kau takkan naik tangan.

Mana ada rumah tangga yang takde masalah. Jadikan itu sebagai cabaran dan salah satu sebab nak kuatkan lagi kasih sayang antara suami dan isteri. Kalau ada masalah, bawa berbincang. Kalau tak boleh, lebih baik kau diam. Bila dah reda marah, baru berbincang. Kah!

[ASY]

#AmirSyahir

Kongsikan artikel ini.
  • 3.4K
  •  
  •  
  •  

“Macam Mana Nak Tahu Dia Jodoh Kita Eh? Kalau Tak Usaha Nanti Takut Melepas..” – Jodoh Itu Rahsia Ilahi

“Macam Mana Nak Tahu Dia Jodoh Kita Eh? Kalau Tak Usaha Nanti Takut Melepas..” – Jodoh Itu Rahsia Ilahi. Ada […]

Allah Akan Buka Pintu Rezeki Yang Luas Saat Kamu Berkahwin, Pecayalah!

Allah Akan Buka Pintu Rezeki Yang Luas Saat Kamu Berkahwin, Pecayalah! Apakah kelebihan bagi orang yang ingin berkahwin? Apabila seorang […]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *