Polis Siasat ‘Pemergian’ Mejar Mohd Zahir Disebabkan Kecuaian

Polis Siasat ‘Pemergian’ Mejar Mohd Zahir Disebabkan Kecuaian. Siasatan terhadap insiden Mejar Mohd Zahir Armaya yang maut terkena tembakan dalam demonstrasi di Kem Lok Kawi, Rabu lepas menjurus kepada faktor kecuaian.

Baca: Khabib Imam Solat, Netizen Tersentuh Hati!

Polis Siasat

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Omar Mammah berkata kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 304A Kanun Keseksaan dan beberapa individu akan dipanggil untuk membantu siasatan.

“Setakat ini, siasatan mendapati ia menjurus kepada kecuaian tetapi siasatan lanjut masih diteruskan,” katanya ketika dihubungi.

Omar berkata setakat ini 11 individu termasuk anggota tentera yang terbabit dengan insiden tembakan itu telah dipanggil bagi memberi keterangan.

Khamis lepas, Ketua Polis Negara Datuk Seri Abdul Hamid Bador berkata Polis Diraja Malaysia sedang menjalankan siasatan penuh berhubung insiden itu termasuk mengenal pasti punca sebenar kejadian.

Mej Mohd Zahir Armaya, 36, pegawai komando dari Pasukan 11 Rejimen Gerak Khas, meninggal dunia pada Rabu selepas dipercayai tertembak sewaktu gimik pelancaran Divisyen Kelima Infantri Malaysia (5 Div) dan Briged ke-13 Infantri Malaysia.

Terdahulu, Rakan Mohd Zahir, disiasat polis. Susulan itu, anggota tentera berusia 37 tahun yang melepaskan tembakan itu ditahan untuk tindakan lanjut berhubung insiden itu.

Rakan Mohd Zahir

Anggota tentera yang melepaskan tembakan ke arah Allahyarham Mejar Mohd Zahir Armaya telah ditahan untuk membantu siasatan berhubung insiden yang berlaku pagi Rabu.

Penahanan anggota yang berusia 37 tahun itu disahkan Ketua Polis Daerah Penampang, Dep Supt Haris Ibrahim.

“Pada jam lebih kurang 8.25 pagi, seorang Pegawai Tentera berpangkat Mejar telah meninggal dunia akibat tertembak semasa melakukan acara persembahan tembak sempena Majlis Perbarisan Penubuhan Divisyen ke-5 Infantri Malaysia dan Briged ke-13 Infantri Malaysia.

Tidak Sengaja

Rakan Mohd

“Ketika kejadian mangsa telah tertembak oleh rakannya sendiri dalam jarak lingkungan lima meter menggunakan senjata api semasa acara persembahan tembak di majlis tersebut,” katanya dalam satu kenyataan media sebentar tadi.

Dalam kejadian malang itu, Haris berkata, mangsa sedang melakukan acara persembahan tembak sempena Majlis Perbarisan Penubuhan Divisyen ke-5 Infantri Malaysia dan Briged ke-13 Infantri Malaysia di Kem Lok Kawi.

Sementara itu, Jabatan Perubatan Forensik, Unit Forensik Patologi, Hospital Queen Elizabeth (HQE) diselubungi suasana suram apabila ahli keluarga Mohd Zahir hadir bagi proses tuntutan jenazah dan tindakan lanjut.

Jenazah Allahyarham difahamkan akan disembahyangkan di Masjid As-Salam, Kem Lok Kawi, petang ini sebelum diterbangkan ke Kuala Lumpur.

Mohd Zahir, yang juga anak kepada pelakon veteran, AR Badul, menghembuskan nafas terakhir di Hospital Queen Elizabeth pada pukul 9.20 pagi.

Allahyarham yang bertugas di Kem Sungai Udang, Melaka dipercayai terkena tembakan dalam demonstrasi melibatkan pasukan khas itu sempena paluan berundur Markas 5 Briged.

Sumber: Siakap Keli

Khabib Imam Solat, Netizen Tersentuh Hati!

Khabib Imam Solat, Netizen Tersentuh Hati! Tidak hanya tangkas di gelanggang apabila bertemu ‘musuhnya’ bahkan atlet seni bela diri campuran […]

IPU Catat Angka Meningkat Di Kuala Lumpur, Tiga Buah Negeri

IPU Catat Angka Tidak Sihat Di Kuala Lumpur, Putrajaya Dan Dua Buah Negeri Lain. Kita semua tahu, sejak kebelakangan ini […]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *