Prof Muhaya Jelas Pemakaian Eyelash Extension

Prof Muhaya Jelas Pemakaian Eyelash Extension. Rata-rata anda boleh lihat bahawa kecantikan telah dijadikan sebagai perkara paling penting bagi setiap wanita. Malahan, ada juga yang sanggup menambah bulu mata palsu semata-mata untuk tampak lebih anggun dan cantik.

Mereka juga menambah bulu mata palsu dengan tujuan untuk menampakkan bulu mata lebih lentik dan panjang berbanding dengan bulu mata asal.

Nak Cantik

Kononnya ingin kelihatan bak ‘anak patung’, namun sebenarnya bulu mata palsu akan menyebabkan solat anda tidak sah dan banyak lagi kesan buruk lain.

Dengar penjelasan daripada pakar bedah mata iaitu Prof Dr. Muhaya di bawah mengenai isu ini:

Di dalam video tersebut beliau juga menjelaskan bahawa mengikut statistik, kira-kira 90 peratus orang di Malaysia tidak solat cukup 5 waktu.

Malah, yang cukup solat pula masih belum dapat dipastikan sama ada mereka mengambil wuduk dengan sempurna atau tidak.

Kenapa wuduk anda menjadi tidak sah jika anda memakai bulu mata palsu?

Ini kerana plastik yang digunakan dan diletakkan pada bulu mata anda mempunyai gam tebal yang boleh menutup dan juga menghalang air daripada mengalir pada bahagian bulu mata anda.

Sekaligus menjadikan wuduk anda tidak sah kerana air tidak terkena pada bahagian tersebut. Jika anda terus solat tanpa memastikan setiap bahagian yang perlu sudah terkena air wuduk, manakala solat anda juga secara automatik menjadi tidak sah.

“Ada hamba Allah nak hadiahkan awak telekung yang hilang tu!”

“Ada hamba Allah nak hadiahkan awak telekung yang hilang tu!” Baru-baru ini, seorang pengguna Twitter Dayang telah memuat naik status […]

Kajian Mengatakan 28 Hingga 32 Umur Terbaik Untuk Berkahwin!

Kajian Mengatakan 28 Hingga 32 Umur Terbaik Untuk Berkahwin! Bilakah umur yang sesuai untuk perkahwinan? Satu kajian telah menemui jawapannya. […]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *