“Proton 1 ini telah dipandu oleh dua orang sultan..” – Ahli Perniagaan tawar RM5 juta Untuk beli Proton 1 Sultan Johor

“Proton 1 ini telah dipandu oleh dua orang sultan..” – Ahli Perniagaan tawar RM5 juta Untuk beli Proton 1 Sultan Johor. Seorang ahli perniagaan sanggup menawarkan RM5 juta untuk membeli kereta Proton Saga generasi pertama dengan nombor pendaftaran Proton 1 milik Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar jika ia ‘dilelong’.

Tawaran itu dikongsi melalui satu hantaran di Facebook milik ahli perniagaan Datuk Seri Zaienal Abidin.

Ingin membeli

 

Ketika dihubungi Zaienal bagaimanapun tidak mendedahkan nama ahli perniagaan yang membuat tawaran itu, tetapi menjelaskan nilai RM5 juta itu berdasarkan kepada nilai kereta nasional pertama itu.

Katanya, kereta itu mempunyai nilai sentimental dan sejarah yang sangat tinggi kerana bukan sahaja kereta nasional keluaran Proton yang pertama dengan nombor pendaftaran Proton 1, tetapi juga kerana individu-individu yang pernah menggunakan kereta itu.

“Proton 1 ini telah dipandu oleh dua orang sultan, iaitu Almarhum Sultan Iskandar dan Sultan Ibrahim, dan dinaiki oleh ‘dua’ perdana menteri, iaitu Perdana Menteri Keempat dan Perdana Menteri Ketujuh iaitu Tun Dr. Mahathir Mohamad,” katanya.

Oleh itu katanya, tawaran harga RM5 juta itu adalah wajar.

Proton 1 milik SUltan Johor itu menjadi perhatian dan perbualan apabila Sultan Ibrahim sendiri memandu ketika baginda menghantar Dr. Mahathir ke lapangan terbang selepas pertemuan antara kedua-duanya baru-baru ini. – UTUSAN ONLINE

Kongsikan artikel ini.
  • 885
  •  
  •  
  •  

“Walaupun Rumah Ni Menunggu Masa Untuk Menyembah Bumi, Saya Tak Ada Pilihan.” – SEBAK!! Luahan Hati Ibu Ini Boleh Buat Semua Menangis

“Walaupun Rumah Ni Menunggu Masa Untuk Menyembah Bumi, Saya Tak Ada Pilihan.” – SEBAK!! Luahan Hati Ibu Ini Boleh Buat […]

“Teacher, Saya Belum Beli Buku, Mak Cakap Tunggu Gaji Ya,” Bisik Pelajar Itu Buat Cikgu Ini Teringat ‘KISAH’ Lalu, Dihina Kerana Tak Mampu

“Teacher, Saya Belum Beli Buku, Mak Cakap Tunggu Gaji Ya,” Bisik Pelajar Itu Buat Cikgu Ini Teringat ‘KISAH’ Lalu, Dihina […]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *