Pulau Langkawi Destiasi Percutian TOP 1 2020, Rugi Kalau Tak Datang!

0
14

Pulau Langkawi Destiasi Percutian TOP 1 2020, Rugi Kalau Tak Datang! Jika bercuti bersama keluarga di Langkawi pastikan semuanya dirancang dengan sempurna supaya semua tempat dapat kita pergi dengan teratur.

BACA: 5 Tempat Menarik Yang Ramai Tak Tahu, Boleh Jadi Panduan Bercuti Anda!

Tentunya cuti-cuti bersama keluarga adalah antara aktiviti wajib yang mesti ada apabila cuti sekolah atau cuti hujung minggu. Tentu pelbagai lokasi yang dirancang nak membawa anak-anak melihat dunia luar. Apa kata percutian kali ini, bawa anak ke Langkawi. Walaupun tiada taman tema atau pantai, tentu percutian ke Langkawi meninggalkan kenangan manis buat anak-anak.

Cuti sekolah akan mucul kembali pada raya cina dan sudah tentulah ramai yang ingin berkunjung ke Pulau Langkawi bersama rakan-rakan dan juga keluarga tersayang.Tidak dapat dinafikan yang Pulau Langkawi kini selalu dipenuhi pengunjung terutama sekali kepada pelancong-pelancong yang ingin keluar dari hiruk-pikuk bandar sambil mencari ketenangan di sebuah pulau.

Sebagai seorang yang sudah lama menetap disini, saya berikan beberapa tips dan pesanan semoga ianya dapat membantu dalam kelancaran trip anda untuk ke Pulau Langkawi.

Pengangkutan Feri

Sekiranya anda tidak tahan ataupun alah kepada mabuk laut, saya syorkan untuk anda supaya mendapatkan tiket feri untuk ke Pulau Langkawi melalui laluan Kuala Perlis dan bukannya Kuala Kedah. Ini kerana laluan laut melalui Kuala Perlis hanya mengambil masa lebih kurang 55 minit saja untuk sampai dan 2 jam sekiranya anda datang melalui Kuala Kedah.

Saya juga syorkan supaya anda membeli ataupun menempah tiket feri untuk trip pulang/keluar sebaik saja anda sampai ke Pulau Langkawi kerana ianya adalah satu tindakan yang bijak. Jangan mengambil mudah tentang perkara ini.

Terdapat banyak isu pelancong-pelancong yang terkandas dan tidak dapat keluar dari Pulau Langkawi kerana kehabisan tiket feri Ada juga yang terpaksa tidur di jeti kerana hotel-hotel telah penuh ketika musim cuti sekolah. By the way, sebelum anda give up, anda juga boleh mencuba membuat panggilan ke syarikat Feri RORO yang membawa kenderaan keluar-masuk ke Langkawi kerana mereka juga menyediakan kemudahan untuk penumpang sahaja.

Sekiranya anda membeli tiket feri pada masa tertentu, pastikan anda keluar 2-3 jam lebih awal dari hotel untuk ke jeti. Kesesakkan lalu lintas selalu terjadi di jalan-jalan berhampiran bandar Kuah menghala ke jeti terutamanya ketika musim cuti sekolah ataupun hari cuti umum.Takut nanti terlepas feri!

Aktiviti yang paling penting dan jangan sesekali anda lupa ialah mencuba laksa tempatan terutama sekali di restoran Laksa Kaw (Teratak LAKSA KAW Rossabina) yang terletak berhadapan Sekolah Rendah Padang Mat Sirat (berhampiran kawasan Beras Terbakar). Perrkkkhhh…Hidangan laksanya cukup sedap dan agak popular pada ketika ini. Jom !

Menikmati pemandangan yang cukup tenang lagi memukau di kawasan sawah padi yang berlatar belakangkan bukit dan juga gunung-ganang. Sekiranya anda berada di Pulau Langkawi, anda boleh cuba menyusuri jalan sekitar Ulu Melaka menuju ke Makam Mahsuri. Pemandangan di sini is worth to die for!

Pasar malam

Mengunjungi pasar-pasar malam Pulau Langkawi. Anda juga boleh membeli atau mencuba ulam “lat tut”di sini. Jangan takut,”lat tut” ini hanyalah sejenis rumpai laut yang begitu banyak terdapat di Pulau Langkawi. Selalui disediakan sebagai ulam!

Dataran Lang

Fotografi di sekitar Dataran Lang. Harus dilawati kerana ianya adalah ikon Pulau Langkawi. Saya masih sanggup abaikan segala lawatan ke Langkawi Wildlife Park, Crocodile farm ataupun Under Water World Langkawi semata-mata untuk ke sini. Mungkin itu hanya pandangan saya, belum tentu anda.

Hutan Bakau

Menjelajah hutan bakau di kawasan Kilim Geopark. Banyak hotel-hotel dan agensi-agansi pelancungan yang menawarkan pakej ini. Berhati-hati dengan harga yang ditawarkan.

Tasik Dayang Bunting

Saya juga syorkan untuk anda melawat ke Tasik Dayang Bunting. Lawatan ke sini banyak ditawarkan di dalam pakej Island Hopping. Anda boleh berurusan dengan banyak agensi-agensi pelancongan ataupun jurumudi bot di sekitar pantai Teluk Dalam (terletak berhampiran Resort World Langkawi) ataupun jeti Kuah jika berminat untuk ke sana.

Telaga Tujuh

Air terjun tujuh lapisan ini memang cukup popular namun banyak faktor keselamatan yang harus diambil kira sebelum anda datang ke sini.Terdapat beberapa kejadian di mana pelancung-pelancung tergelincir jatuh terutama sekali sewaktu musim hujan.Oh ya..Orang tua-tua kata, sekiranya anda terbau wangi sewaktu disini, janganlah ditegur.Besar kemungkinan puteri tujuh beradik sedang bermandi-manda. Entah betul atau mitos tapi tolong beringat ya!

Langkawi Cable Car

Satu lagi ikon Pulau Langkawi. Sekirannya anda datang ke Langkawi pada musim cuti sekolah, pastikan anda datang awal ke sini kalau tidak mahu beratur panjang. Terdapat juga tiket-tiket ekspress (tidak perlu beratur) yang dijual tetapi harganya agak mahal.

Pantai Pasir Tengkorak dan Pantai Teluk Yu

Aman dan damai.Tiada hiruk-pikuk manusia yang menjerit-menjerit bermain jet ski, ATV ataupun banana boat. Kawasan disini masih sunyi walaupun pada musim cuti sekolah. Pantainya juga agak bersih dan pasirnya juga putih jika hendak dibandingkan dengan kawasan tumpuan seperti Pantai Chenang.

Melawat Makam Mahsuri

Bagi saya ianya tidak masuk akal sekiranya anda datang ke Pulau Langkawi tetapi tidak melawati Makam Mahsuri. Sudah terdapat banyak usaha-usaha menaik taraf telah dijalankan disini dan sebab itulah ianya sering dilawati pengunjung. Terdapat acara pementasan drama Mahsuri selalu diadakan disini terutama sekali pada hari Ahad.

Berkunjung ke Tanjung Rhu

Pertama kali saya sampai ke sini adalah pada tahun 1984 dan ianya tetap memukau sehingga hari ini. Pemandang sewaktu senja di sini cukup cantik !

Pantai Pasir Hitam

Sama ada pasirnya bertukar menjadi hitam atas kerana sumpahan ataupun reaksi tindak balas bahan-bahan kimia, saya biarkan anda sendiri untuk menilainya. Pantai yang terletak berhampiran Teluk Ewa ini selalu dikunjungi kaki-kaki photography yang sukakan pemandangan Pulau Taratao (Thailand) yang boleh dilihat di sini.

Akhir sekali, jangan sesekali meninggalkan Pulau Langkawi sebelum anda menikmati hidangan laksa di Pulau Langkawi. Spot yang terbaik sekali untuk hidangan ini adalah gerai LAKSA KAW di pekan Mat Sirat ( Berhadapan Sekolah Rendah Padang Mat Sirat ). Jangan terkejut walaupun gerai ini agak kecil tetapi selalu dikunjungi oleh selebriti-selebriti tanah air ! Terdapat juga hidangan lain selain laksa disini. Cuba lah!

Sumber: hasnulyakin.blogspot.my

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here