Punya Liat Nak Bangun Solat Malam, TAPI Lepas Amal 4 Cara Ni Allah Berikan Kenikmatan Bersolat Tahajjud

Punya Liat Nak Bangun Solat Malam, TAPI Lepas Amal 4 Cara Ni Allah Berikan Kenikmatan Bersolat Tahajjud. Ramadhan ini sebenarnya masa terbaik untuk anda membentuk habit atau sikap. Tentulah kita nak bentuk sikap yang baik ya tak? Nak dapatkan kehidupan yang sukses dunia dan akhirat, ada perkara-perkara penting yang perlu dijaga. Paling utama tentulah solat awal 5 waktu, seterusnya amalan solat sunat baik dhuha mahupun tahajjud.

Solat Tahajjud

Salah satu solat sunat yang paling nikmat tapi paling liat nak buat adalah solat sepertiga malam iaitu solat tahajjud. Dan inilah yang dikongsikan oleh Leya Sari Nazri tentang dirinya yang pernah berdepan dengan situasi sukar bangun bertahajjud.

“Saya selalu motivasi diri sendiri. Bangun pukul 3 ke 4 pagi. Saya berjaya keluar dari selimut awal dari orang lain. Kira powerlah bangun beratus minit awal dari orang lain. Dulukan saya selalu pelik, macam mana orang boleh bangun pukul 3 ke 4 pagi dan boleh buat solat sunat. So dalam nak ubah hidup, saya paksa diri. Alhamdulillah, kalau cuti pun tetap bangun, tetap 3/4 malam. Sebab dah biasa.”

Kata Ustaz Ini Punca Liat Nak Bangun Solat Malam

Ustaz saya pernah cakap, beratnya orang bangun solat malam dan solat sunat kerana DOSA DOSANYA. Maka kita kena muhasabah. Seorang ustaz lagi pernah cakap, kasihan orang yang tak boleh bangun Tahajjud, sebab Allah tak pilih dia untuk berborak dengan Allah.

“Dulu saya tepat jam 9.30 dah landing atas katil. Jam 10 dah sampai Republic Chezh. Tapi sekarang paling lewat tidur pukul 11 ke atas.”

Saya Amal 4 Cara Nak Bagi Rasai Nikmat Bertahajjud

Ade few cara kalau nak boleh buat.AZAM nak bangun tahajjud, InsyaAllah akan terjaga. Lock dalam kepala nak bangun pukul berapa. Baca Ayat Kursi 3 kali sebelum tidur hembus kat tapak tangan sampai habis nafas and sapu kat muka, kepala, badan sampai hujung kaki, pastu niat nak bangun Tahajjud (ni Ustaz ajar) – ni juga cara untuk melindungi kita dari kena tempias SIHIR.

Tidur seawalnya, selepas Isyak. Doa lepas solat minta Allah kejut kita untuk solat tahajjud (takut wei kalau Allah tak nak borak dengan kita). Ok tu je lah, ni saya taip pun dah berapa kali terlelap. Baik habiskan ayat dulu. Ok saya nak lek lek dulu.

Jangan Pernah Persoalkan Mengapa Allah Belum Makbul Doa Kita? Jangan Bersedih!Bersangka Baik Pada-Nya.. Jangan Bersedih!Bersangka Baik Pada-Nya.. Ujian rumahtangga sangat menyakitkan. Kita berdoa,moga Allah mudahkan ujianNya, tapi makin payah pula nak dilalui. Hati mula ragu-ragu, tak sayangkah Allah dengan kita? Jangan begitu mak-mak, ada sebab kenapa Allah tak beri apa kita nak. Sebenarnya doa mudah menggunakan bahasa pertuturan harian memohon petunjuk kepada Allah sama ada perlu meneruskan hubungan bersama suami atau sebaliknya.

Kenapa Doa Allah Belum Makbulkan

Saya yakin, memang ramai yang berdoa kepada-Nya bila berdepan dengan pelbagai ujian. Tapi tak ramai yang benar-benar berserah kepada-Nya bagi menentukan keputusan yang terbaik.

1. Ramai yang lebih suka memohon

Agar hajat hati atau kemahuan fikiran sendiri diperkenankan oleh Allah SWT walau tidak pasti sama ada hajat atau kehendak tersebut terbaik untuk diri sendiri, pasangan dan anak-anak atau sebaliknya. Sebab itulah ada tikanya bila doa yang diminta daripada Allah SWT dimakbulkan oleh-Nya, masalah dan ujian masih ada malah ada tikanya lebih parah dan payah.

2. Ada juga yang berdoa memohon yang terbaik

Daripada Allah SWT tetapi tidak betul-betul berserah atau mulut lafaz mohon yang terbaik tetapi minda telah ditetapkan dengan sesuatu kehendak. Lantaran, ramai yang mengeluh telah berdoa mohon yang terbaik tetapi jawapan daripada-Nya tetap tidak berpihak ke arah yang terbaik.

3. Bagaimana nak betul-betul berserah?

Jangan letak sebarang keputusan atau pendirian terhadap masalah anda. Terus berdoa mohon Allah berikan jawapan yang terbaik untuk diri dan jika ia melibatkan urusan perkahwinan; berdoa mohon yang terbaik untuk diri, pasangan dan anak-anak.

4. Jangan mohon yang terbaik untuk diri sahaja

Sebab yang terbaik untuk anda belum tentu yang terbaik juga untuk pasangan dan anak-anak anda.

Ganjaran Di Dunia Buat Anda Pencinta Solat Tahajud

Solat tahajud merupakan salah satu hadiah yang diberikan oleh Allah dalam kehidupan kita sebagai manusia di dunia ini. Selain kemudahan solat jamak yang merupakan hadiah semasa perjalanan musafir, solat tahajud juga boleh dijadikan sebagai salah satu hadiah yang Allah hadirkan buat kita.

Solat Tahajud

Tujuan utama seorang hamba bangun malam dengan bersolat tahajud adalah untuk menunjukkan petanda perhambaan kepada Allah. Kalam ulama menyatakan dua perkara yang menunjukkan dosa kita masih banyak membelenggu diri kita, iaitu pertama adalah solat tahajud.

Jika diri kita susah diberi peluang untuk bangun solat tahajud, sedar bahawa diri kita masih mempunyai banyak dosa yang menjadi asbab untuk kita bangun bertahajud. Kedua, puasa sunat terutama Isnin dan Khamis. Puasa juga menjadi kayu ukur yang menunjukkan keadaan diri kita.

1. Menjauhkan Diri Daripada Penyakit

Kesan solat tahajud pada diri kita adalah dapat menjauhkan diri kita daripada penyakit kerana ia merupakan salah satu senaman dan gabungan istirehat. Semasa berdiri tegak dan mengangkat takbir, secara tidak langsung rongga toraks dalam peparu kita di besarkan isipadunya. Isipadu yang tinggi membenarkan lebih banyak oksigen diserap ke dalam badan.

2. Melahirkan Rasa Taqwa Pada Wajah

Selain itu, kelebihan solat tahajud di dunia ini yang telah dinukilkan oleh Saidina Umar Al-Khattab adalah akan melahirkan rasa taqwa pada wajah seseorang hamba yang melakukan solat tahajud ini.

3. Dikasihi Allah Dan Manusia

Seterusnya, ganjaran dari melakukan solat tahajud ini juga akan menyebabkan diri kita sentiasa dikasihi oleh semua orang kerana, apabila diri sering melakukan solat tahajud, hubungan dengan Allah menjadi lebih erat, apatah lagi hubungan dengan manusia yang berada di dunia ini.

4. Dimurahkan Rezeki

Melalui solat tahajud yang dilakukan, kita mendapat kekuatan dan rezeki. Kekuatan yang diperolehi adalah setelah selesai solat tahajud kerana, semua masalah yang terpendam dalam hati telah diluahkan dan diceritakan kepada Allah.

Sumber: Tazkirah Net

Kongsikan artikel ini.
  • 19.7K
  •  
  •  
  •  

Tak Perlu Risau Kalau Lambat Bertemu Dengan Jodoh Dari Tersalah Pilih Pasangan!

Jangan Risau Kalau Lambat Jumpa Jodoh Dari Tersalah Pilih Pasangan! Memang menjadi isu yang hangat bila berbicara tentang kahwin. Lebih-lebih […]

Ini 5 Kelebihan Mengambil Wudhuk Yang Ramai Tak Tahu

Ini 5 Kelebihan Mengambil Wudhuk Yang Ramai Tak Tahu. Mengambil air sembahyang atau berwuduk merupakan salah satu syarat sah sebelum […]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *