Puteri Balqis Muntah Darah Dan Pengsan Setiap Hari

Sedih hati mendengarkan kisah terbaru mengenai kehidupan pelakon cilik yang penuh berbakat iaitu Puteri Balqis yang kini masih menerima rawatan berikutan masalah jantung yang dihadapinya. Malah pelakon yang mesra dengan panggilan Aqish ini juga turut muntah darah dan pengsan hampir setiap hari.

Ada Masalah Jantung

Menurut ibu Aqish, Norashikin Mohd Aziz menjelaskan bahawa masalah jantung itu dimaklumkan oleh doktor selepas melalui beberapa siri pemeriksaan kesihatan menyeluruh sejak Disember lalu.

“Kami perasan Aqish cepat letih dan demam berulang kali dalam tempoh panjang. Kami syak Aqish diserang denggi tetapi ujian darah tidak menunjukkan begitu. Sejak awal tahun lagi, hospital sudah menjadi rumah kedua kami”

“Ini kerana Aqish perlu menjalani ujian dan pemeriksaan bagi mengesan sakitnya. Lebih teruk apabila dia pengsan dan muntah darah hampir setiap hari. Sebagai ibu, sudah tentu luluh hati saya melihat keadaannya,” katanya kepada kami.

Hampir Kehilangan Anak

Mengakui hampir kehilangan anaknya itu, Norashikin juga menyatakan bahawa keadaan Aqish semakin baik beberapa minggu lalu. Malah Aqish juga rindu untuk kembali berlakon semula.

Menurut ibunya lagi, Aqish sambil menambah selama ini anaknya itu jarang demam sebaliknya aktif biarpun mengalami masalah asma sejak kecil. Semoga Aqish cepat sembuh dan dipermudahkan segala urusan.

Kongsikan artikel ini.
  • 741
  •  
  •  
  •  

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *