Raja Iklan Kembali Beraksi, Kebangkitan Dr Rozmey!

0
2
Raja Iklan

Raja Iklan Beraksi Kembali, Kebangkitan Dr Rozmey! Siapa yang tidak kenal dengan usahawan tempatan terkenal, Dr. Rozmey Che Din. Dahulunya, muka beliau sentiasa menghiasi kaca-kaca televisyen dan majalah-majalah di negara ini sehinggakan setiap lapisan masyarakat mengenalinya.

BACA: Serik Dikhianat, Dr Rozmey Bagi ‘Amaran’ Pada Peniaga!

Berkongsi Kisah Jatuh Bangun

Betul kata orang kalau bangun daripada jatuh adalah lebih baik daripada tak rasa jatuh tapi bila terduduk tak mampu bangun. Kisah perkongsian usahawan dahulu sangat terkenal dan berjaya. Sebut sahaja nama Dato’ Dr Rozmey siapa tidak kenal.

Berkesempatan untuk beborak dan juga besama figura yang tidak kenal erti putus asa ini buat kita juga rasa bersemangat untuk berjaya sepertinya. Dr Rozmey yang kini tampil lebih segar dan berani. Juga membawakan identiti yang tiada siapa sangka beliau adalah Dr Rozmey yang dahulu.

Pengalaman

 

Bercerita tentang faktor kejatuhannya, Dr Rozmey dengan nada sebak berkata, beliau pernah ditipu dan dikhianati oleh rakan karib yang juga bekas penasihat peribadi serta syarikatnya. Baginya, peristiwa itu adalah satu pengalaman yang disifatkannya sebagai pahit dan mahal harganya.

Namun begitu bekas penasihat peribadinya baru-baru ini telah dihukum penjara lima tahun dan denda RM90,000 oleh Mahkamah Sesyen Alor Setar, Kedah.

“Saya kini sedar dalam perniagaan tiada istilah rakan karib dan sesiapa pun yang boleh dipercayai dan diserahkan tugasan bulat–bulat terutama mereka yang amat rapat dan baik pada kita ketika itu.

Sentiasa Berhati-Hati

Sikap hati–hati dalam mengurus segala urusan dan kewangan syarikat merupakan kunci kejayaan yang sebenarnya mampu membawa kita ke puncak. Ini merupakan kesilapan terburuk saya dalam kehidupan dan perniagaan. Harganya amat mahal dan saya cukup berdukacita,” katanya.

Bangkit Dan Terus Yakin

Bukan mudah untuk beliau bangkit tetapi disebabkan adanya keyakinan, takwa dan tawakal kepada Allah SWT, Dr. Rozmey mula membina kekuatan diri kembali. Daripada seorang usahawan produk suplemen, Dr. Rozmey kini bangkit namun berwajah baharu sebagai usahawan dalam bidang pertanian yang dilihat lebih luas dari segi pasarannya.

Perluaskan Bidang Perniagaan

Raja Iklan

“Sebaik sahaja momentum perniagaan kembali pulih, saya bekerja keras dan memulakan kembali bidang perniagaan serta mewujudkan platform domestik seperti pembelian cara digital dan melakukan pelaburan. Tidak ketinggalan, saya ingin mengembangkan perniagaan dalam bidang gas, minyak dan perkapalan,” katanya.

Sentiasa Memerlukan Asas Ilmu

Raja Iklan

Walaupun orang lain menganggap bidang perubatan, perniagaan produk suplemen dan pertanian berbeza tetapi tidak bagi Dr. Rozmey. Ini kerana beliau menganggap segala-galanya memerlukan asas ilmu. Meskipun beliau adalah pakar perbidanan dan sakit puan selama 18 tahun, itu tiada menjadi penghalang untuknya maju dalam bidang berbeza.

Itu yang mendorongnya melakukan penyelidikan dalam bidang pertanian pada 2014 melibatkan kesuburan tanaman dan tanah, mengenal pasti punca pelbagai penyakit tanaman dan vektor bawaan penyakit.

Semoga Terus Berjaya

Semoga Dr Rozmey terus berjaya dan dipermudahkan urusan beliau. dan terus berjaya dalam perniagaan beliau terus maju kehadapan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here