Ramai Orang Tidak Sedar Dan Tidak Tahu Waktu Afdal Ziarah Kubur

Ramai Orang Tidak Sedar Dan Tidak Tahu Waktu Afdal Ziarah Kubur. Terutama kubur ibubapa. Disunatkan menziarah pd hari khamis selepas asar, sepanjang hari jumaat dan hari sabtu sebelum zohor. Waktu ini roh ada diperkuburan dan menunggu anak2 menziarahinya.

BACA: Amalkan Ayat Ini Tujuh Kali Sehari Untuk Menjemput Rezeki

Ramai Orang Tidak Sedar Dan Tidak Tahu Waktu Afdal Ziarah Kubur

Iman al-Bukhari meriwayatkan drpd Abu Hurarah r.a Hadis rasulullah saw :

Seorang anak yg menziarahi kubur ibubapanya pd hari2 tersebut diatas akan dicatatkan kepadanya pahala seperti membuat kebaikan kpd kedua ibubapanya semasa hayat mereka. Dan dosa2 anak tersebut diampunkan oleh Allah SWT.

Jika anak tersebut adalah seorang yg derhaka semasa hayat ibubapanya, dengan menziarahi kubur ibubapa akan dicatatkan sebagai anak yg taat.

Ziarah kubur merupakan amalan yang pada lazimnya lebih bersemarak di bulan Ramadan serta Hari Raya Aidilfitri. Terdapat juga sesetengah keluarga yang menjadikannya rutin yang dilakukan secara lebih kerap seperti seminggu sekali, umpamanya setiap hari Jumaat, sebulan sekali atau pada waktu-waktu tertentu yang dipersetujui oleh ahli keluarga untuk berziarah beramai-ramai ke kubur.

Ziarah kubur bukan satu amalan biasa. Bahkan ia merupakan satu ibadat. Walaupun kubur merupakan tempat persemadian jasad orang yang sudah meninggal dunia, ia bukan satu tempat sembarangan yang boleh diperlakukan sesuka hati. Oleh sebab itu, dalam syariat Islam, amalan ziarah kubur mempunyai larangan-larangannya yang tersendiri yang perlu dijauhi supaya amalan tersebut, yang asalnya merupakan satu ibadat, tidak menjadi amalan yang sia-sia atau mendatangkan dosa.

Hukum Ziarah Kubur

Amalkan

Hukum menziarahi kubur bagi lelaki adalah sunat. Manakala bagi golongan perempuan pula, sama ada perempuan yang dalam keadaan suci mahupun dalam keadaan haidh atau nifas, hukumnya adalah makruh.

Ini dengan syarat perempuan itu mampu mematuhi segala syarat serta larangan ketika menziarahi kubur, seperti mampu mengawal kesedihan, menjaga aurat, terhindar daripada fitnah dan sebagainya. Sekiranya perempuan itu tidak berupaya untuk mematuhi segala syarat serta larangan tersebut, maka hukum menziarahi kubur bagi perempuan menjadi haram.

Berbeza pula hukumnya menziarahi kubur Rasulullah (ﷺ). Ini kerana menziarahi kubur Baginda disunatkan ke atas lelaki mahupun perempuan. Begitu juga menurut sebahagian ulama, sunat berziarah ke kubur para nabi, para ulama dan aulia.

Hikmah Ziarah Kubur

Ziarah kubur mempunyai banyak hikmah. Antaranya :

Supaya dikasihi Allah Subhanahu Wata’ala kerana mengikut dan menghidupkan sunnah Rasulullah (ﷺ).
Bagi merenung asal-usul kejadian manusia yang berasal daripada tanah dan akan kembali semula ke tanah.
Bermuhasabah dengan mengingati hari kematian, alam kubur (barzakh) dan Hari Kiamat, sama ada akan layak menuju ke syurga atau sebaliknya.

Mengambil iktibar serta pengajaran dari apa yang telah berlaku, untuk melembutkan kekerasan hati dan menggamit kesedihan yang membawa kepada kesedaran. Mengingat kembali pengorbanan orang-orang yang berjasa dan orang-orang yang berjihad kerana menegakkan kalimah Tauhid.

Mendidik diri agar bersifat zuhud, iaitu tidak rakus dan tidak tamak akan harta benda dunia. Berlaku ihsan kepada penghuni kubur dan menggembirakan mereka dengan memberi salam, berdoa dan memohon keampunan untuk mereka.

Sumber: Pelita Brunei

Amalkan Ayat Ini Tujuh Kali Sehari Untuk Menjemput Rezeki

Amalkan Ayat Ini Tujuh Kali Sehari Untuk Menjemput Rezeki. Mungkin ada yang salah dalam hidupmu, ada yang kurang yang belum […]

Amalkan 5 Zikir Ini Supaya Hajat Cepat Terkabul

Amalkan 5 Zikir Ini Supaya Hajat Cepat Terkabul. Khasiat atau manfaat dari membaca doa dzikir asma (Ya Mujib) supaya hajat […]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *