Waktu Mustajab Doa Di Hari Jumaat

Ramai Yang Tak Tahu Ada Waktu Mustajab Doa Di Hari Jumaat. Senjata terbesar yang dimiliki umat manusia adalah doa. Doa adalah kekuatan yang mampu menghasilkan keajaiban. Ia umpama kekuatan yang mampu mengubah sesuatu yang tidak mungkin menjadi mungkin. Kekuatan yang mampu memeluk jiwa-jiwa lemah agar lebih kuat dan tegar dalam menjalani kehidupan.

BACA: Rahsia Kalau Nak Sentiasa ‘Diberi’ Rezeki, Lakukan 4 Amalan Ini Tanpa Jemu

Ramai Yang Tak Tahu Ada Waktu Mustajab Doa Di Hari Jumaat

Jika ingin berdoa maka pilihlah waktu yang terbaik agar doa-doa kita itu nanti akan ‘di dengari’ oleh Allah. Hari Jumaat adalah hari yang terdapat waktu istimewa doa untuk lebih mustajab.

Waktu pertama: Ketika imam mula duduk di atas minbar sehingga solat Jumaat.

Kedua : Selepas waktu Asar berdasarkan hadis Nabi

يَوْمُ الجُمُعة ثِنْتَا عَشْرَةَ سَاعَةً ، لاَ يُوجَد فِيهَا عَبْدٌ مُسْلِمٌ يَسْأَلُ الله شَيْئاً إِلاَّ آتَاهُ إِيَّاهُ ، فَالْتَمِسُوهَا آخِرَ سَاعَةٍ بَعْدَ العَصْر

Erti : Hari Jumaat ada 12 bahagian masa yang mana tiada seorang hamba muslim berdoa padanya kecuali akan diberikan (maqbul), maka CARILAH IA di HUJUNG WAKTU SELEPAS ASAR” (hadis riwayat Abu Daud- hadis sohih)

Berdoalah dengan adab-adab menurut sunnah seperti berikut:

1.Menghadap kiblat, angkat kedua belah tangan dan boleh menyapu muka di akhir doa.(sapu wajah selepas doa ada khilaf ulama kerana hadisnya diperdebat kerana dikatwgorikan sbg dhoif, namun Al-Hafidz Ibn Hajar dalam kitab Bulughul Maram berijtihad bahawa hadis-hadisnya saling mengukuh maka boleh diamalkan, bagi yang nak tinggalkan juga boleh. Namun ulama mazhab as-Syafie seperti Izzudin abd salam menolak amalan sapu muka lepas doa, demikian nukilan Al-Syarbini dalam Mughni al-Muhtaj,1/370)

2. Merendahkan suara di antara bisik dan jahar (lantang)

3. Hadir hati, Khusyu’ dan rendah diri, berserah diri kepada Allah.

4. Datangkan rasa ‘confirm’ doa akan dimaqbulkan dan benar-benar harap kepada Allah SWT.

5. Merayu bersungguh maka seeloknya diulang tiga kali.

6. Membuka doa dengan ‘Majami’ al-Hamd’ (induk dan penghulu lafaz pujian kepada Allah SWT – thukah kalian bacaannya? selawat ke atas Rasul s.a.w dan diakhiri juga sedemikian.

7. Istighfar dan taubat beserta doa, jika ada ZALIMI maruah atau harta orang lain WAJIB DIKEMBALIKAN SEGERA. Itu adalah faktor paling kuat untuk makbulnya doa.

8. Memahami doa yang dipinta.

SELAMAT BERDOA, antara waktu mustajab berdoa di hari Jumaat adalah selepas Asar sebelum Maghrib.

Berdoalah kerana doa membawa keajaiban.

Sumber: Dr.Zaharuddin Abd Rahman

Banyakkan Baca Surah Ar Rahman Masa Hamil, Rahsia Untuk Anak Yang Comel

Banyakkan Baca Surah Ar Rahman Masa Hamil, Rahsia Untuk Dapat Anak Yang Comel. Siapa tidak geram melihat kecomelan kanak-kanak ini. […]

Dunia Akan Bergelap Selama 40 Hari, Gejala Jerebu Ingatkan Tentang Peristiwa ‘Dukhon’

Dunia Akan Bergelap Selama 40 Hari, Gejala Jerebu Ingatkan Tentang Peristiwa ‘Dukhon’. Susulan daripada kebakaran hutan lebih 1000 hektar di […]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *