“Rezeki Allah Ada Dimana-mana Kalau Berusaha,” Jangan Putus Asa!

“Rezeki Allah Ada Dimana-mana Kalau Berusaha,” Jangan Putus Asa! Sejak dari kecil lagi, kita sudah dididik untuk menyimpan wang, iaitu menabung. Ianya tidaklah begitu sukar untuk dilakukan sewaktu kecil dahulu, kerana ada kalanya apa yang kita inginkan sudah dibeli oleh ibu dan bapa, jadi duit simpanan di dalam tabung tidak akan diusik.

Namun begitu, sikap menabung kian merudum, dikala diri makin membesar. Ini berlaku, mungkin disebabkan kita sudah mengetahui nilai wang itu sendiri, dan ada keinginan yang perlu ditunaikan. Oleh sebab inilah, ramai di antara kita yang gemar berbelanja, tetapi tiada simpanan yang kukuh.

Tiada Simpanan Kukuh

Atas faktor ini, kami ingin kongsikan, satu penulisan dari saudara Syafiq Mustafa, mengenai kebaikan yang diperolehi daripada sifat menabung, jom kita baca apa yang cuba disampaikan.

Kebaikan menabung

 

Sumber: Syafiq Mustafa

Rezeki Buat Keluarga Makin Sempit. Ustaz Ebit Lew Jelaskan Sebabnya!

Ketua keluarga iaitu seorang suami tanggungjawabnya bukan kepada isteri dan anak-anak tetapi ibu bapanya. Jika suami merasakan rezeki makin menyempit iaitu sentiasa tak cukup tentu ada yang tak kena dalam kehidupan.

Perkongsian ustaz Ebit Lew sungguh menyentuh hati untuk kita renung-renungkan diri. Moga kisah ini dijadikan ikhtibar untuk muhasabah diri.

Semasa cuci kereta tadi jumpa seorang abang muka serabut dan masam. Saya salam dengannya dan kata apa khabar? Selalu cuci kereta di sini ke? Yer selalu cuci di sini sebab bersih.

Begitulah iman cara nak bersihkan dan gilapkannya dengan puji Allah. Cakap kalimah. Dialah Allah. Dialah tuhan yang buat segalanya. Allah maha kaya. Allah Sayang kita banyak nikmat dia beri. Hanya Allah yang berkuasa. Semua makhluk langsung tiada kuasa.

Terus dia mencelah. Saya sedih sebab ada masalah hutang yang terlalu banyak. Saya ada buat beberapa personal loan. Dua-dua dah kena bayar. Dah lebih tarikh. Macam -macam saya kena nanti. Mak ayah dan isteri saya dah marah dan kami asyik bergaduh.

Tak tahu nak buat macam mana. Ada nasihat ke ustaz?

Jika abang jumpa saya awal mungkin saya akan nasihatkan jangan buat personal loan dengan sesiapa pun termasuk bank. Saya ada 3 soalan jer untuk abang. Jika abang jawab 3 ini insyaAllah segalanya akan jadi mudah dan Allah mudahkan segala urusan hutang tu.

Pertama abang solat awal waktu tak? Allah jika sebab tu. Saya memang jarang sangat solat. Kadang-kadang jer solat. Tapi sebenarnya dah lama juga tak solat. Jika abang jaga solat Allah akan jaga abang.

Kedua bagaimana layanan abang pada orang tua dan isteri ? Mak ayah ada. Tapi jarang ziarah.. Isteri pun selalu kena marah dan kena tengking. Kami selalu bergaduh.

Jaga Ibu Bapa

Sebenarnya jika abang jaga ibubapa dan isteri dengan baik. Allah akan berkatkan rezeki kita. Sentiasa niat bekerja untuk bahagiakan hati mereka. Sikit pun tak nak susahkan mereka. Jaga isteri dengan baik. Rezeki bertambah. Pengalaman semua kawan saya, jika mereka setia dan baik dengan isteri rezeki bertambah. Jika mereka sakiti hati ibubapa atau isteri. Rezeki yang dah ditangan pun hilang. Dah nak masuk mulut pun keluar semula.

Ketiga suka beri duit pada mak ayah dan isteri. Beri mereka duit belanja. Walau sedikit. Saya pernah ada hutang 20ribu. Tak tahu nak bayar macam mana. Saya ada sedikit duit 2 ribu jer saya selesaikan semua hutang isteri dulu. Minggu depan Allah hantar jalan selesaikan hutang saya rm20k. Sebenarnya saya tak sangka secepat itu Allah buka jalan.

Pernah juga saya terlalu sempit dan anak-anak sakit yang buat saya betul-betul menangis. Saya ada duit sikit. Saya cepat-cepat pergi rumah mak ayah bagi duit sikit dan kata mak ayah tolong doakan. Mereka tolak duit saya. Ebit lagi perlukan duit ni. Kata saya mak…ayah…tolong terima sebab bila mak ayah terima dengan gembira. Allah sayang ebit. Bila Allah sayang tak ada lagi perkara perlu risau. Lepas tu Allah selesaikan masalah dan sakit. Lagi kita pemurah pada ahli keluarga. Lagi murah rezeki kita. Jika pada isteri dan ibubapa kedekut bagaimana rezeki nak datang lagi. Kita diberi rezeki mengikut ramainya tanggungan kita. Nampak besar beban tapi sebenarnya Allah nak bagi rezeki lebih. Payah nak faham. Tapi itulah iman. Itulah hakikat yang sedang terjadi dan sentiasa terjadi.

Dia terus sebak. Dan kata saya dah lama tak buat semua tu. Saya keras hati. Ya Allah.

Cubalah abang buat 7hari baki Ramadhan ni. Bila dia datangkan masalah yang buat kita hilang cerdik dan rasa betul-betul bodoh. Begitulah bila dia selesaikan kita sampai terlupa kita pernah ada masalah. Mintalah pada dia. Dia cuma sayang kita dan nak betulkan hidup kita. Supaya kita tak hanyut. Dialah Allah yang sedang menyaksikan kita semua. Lailatulqadar lebih baik dari seribu bulan. Semua doa dimakbulkan. Buatlah 3 perkara tadi. Pasti Allah mudahkan buat abang.

Sumber: Ebit lew

Kongsikan artikel ini.
  • 605
  •  
  •  
  •  

“Nak Share sikit. Adil ke saya kena bayar harga itu, walhal kucing saya hilang”

“Nak Share sikit. Adil ke saya kena bayar harga itu, walhal kucing saya hilang”. Nak Share sikit. Kucing milik kawan […]

Jika Kenderaan Dilanggar Pemandu Tiada Lesen Dan Cukai Jalan Tamat Tempoh? Peguam Ini Ajar Cara Selesaikan, Jangan Panik OK!!

Jika Kenderaan Dilanggar Pemandu Tiada Lesen Dan Cukai Jalan Tamat Tempoh? Peguam Ini Ajar Cara Selesaikan, Jangan Panik OK!! Bila […]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *