Sambutan Hari Lahir, Ini Antara Amalan Yang Boleh Dilakukan Untuk Lebih Berkat

Sambutan Hari Lahir, Ini Antara Amalan Yang Boleh Dilakukan Untuk Lebih Diberkati. Itu antara ucapan yang sering dilontarkan buat birthday boy atau birthday girl tidak kira berapa angka yang telah anda cecah. Walau berapa pun umur anda, pasti perasaan seronok itu akan menjalar dalam diri untuk menyambut hari kelahiran sendiri.

BACA: 7 Zikir Pembuka Rezeki Amalan Rasulullah Yang Paling Mustajab

Sambutan Hari Lahir, Ini Antara Amalan Yang Boleh Dilakukan Untuk Lebih Diberkati

Buat mereka yang sentiasa mengadakan sambutan hari lahir sama ada dengan mengadakan jamuan atau berkumpul bersama yang tersayang, mungkin ia sebagai satu peluang untuk lebih mensyukuri kehidupan yang dilalui sepanjang hidup.

Namun, apa yang paling penting ialah amalan dan sambutan yang dilakukan tidak menuju ke arah haram atau yang melanggar syariat Islam seperti wujudnya pembaziran, pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan atau yang melalaikan sehingga meninggalkan ibadat wajib.

Sambutan Hari Lahir

Para ulama’ dan juga golongan ilmuwan tidak menghalang untuk melakukan majlis sambutan hari lahir kerana ia salah satu bukti bahawa kita bersyukur dengan nafas yang telah diberikan sehingga ke hari ini.

Raikanlah hari lahir anda dengan tujuan untuk mensyukuri nikmat Allah, muhasabah diri dan bergembira bersama yang tersayang. Apa yang telah dilakukan sepanjang kehidupan anda dan bagaimana untuk menjadi hamba yang lebih baik dari sebelumnya.

Menyambut hari lahir bukan bererti umur anda makin panjang, namun perlu diingat akan semakin hampir dengan Allah. Jadi, dalam waktu inilah anda boleh mengambil ruang dan masa untuk berfikir ke arah yang lebih baik dan tidak mensia-siakan peluang yang diberikan.

Oleh itu, untuk lebih diberkati pada hari lahir dan sepanjang umur anda, terdapat beberapa amalan yang boleh dilakukan;

1 – Zahirkan Rasa Syukur

وَأَمَّا بِنِعْمَةِ رَبِّكَ فَحَدِّثْ

Mafhum: “Adapun nikmat tuhanmu, maka hendaklah engkau sebut-sebutkan (dan zahirkan) sebagai bersyukur kepadaNya.” (Surah Ad-Dhuha, 93:11)

Bersyukur dengan melalukan amalan-amalan sunat seperti solat sunat dua rakaat dan berdoa agar umur yang diberikan itu diberkati dan dijauhkan daripada amalan-amalan buruk.

2 – Memberi Makan Sekadar Mampu

Mengadakan jamuan hari lahir adalah dengan memberi makan kepada mereka yang hadir seperti keluarga dan rakan-rakan yang tersayang. Namun, buat mereka yang tidak ingin menyambut hari lahir, boleh juga memberi makan buat mereka yang memerlukan.

Ia dianggap sedekah dan amalan memberi ini aalah lebih mulia daripada si penerima. Tidak perlu tunggu rakan-rakan anda melakukan kejutan hari lahir, sebaliknya anda perlu memulakan dengan memberi makan tidak kira kepada siapa sahaja.

Ia diibaratkan sebagai satu nafas baru untuk memulakan tahun anda agar lebih mudah melakukan kebaikan dan memberi. Jika bukan pada hari-hari begini, bila lagi anda boleh memulakan?

3 – Memberi Hadiah

Sebelum anda berfikir untuk meminta hadiah daripada orang tua anda, adalah lebih baik anda yang memberikan mereka hadiah. Mereka ialah orang yang selama ini mengandung, melahirkan dan membesarkan anda bagai menatang minyak yang penuh.

Jadi, mereka ialah orang yang paling layak untuk menerima ucapan terima kasih dan hadiah daripada anda sebagai tanda anda menghargai jasa mereka. Walau ia kecil dan tidak dapat disamakan dengan jasa besar mereka, namun sekurang-kurangnya ia dapat membahagiakan mereka sekali gus menambah keredaan kepada anda.

Tanpa mereka, mungkin anda tiada di dunia pada hari ini.

Kesimpulan

Sambutan hari lahir tidak perlu diadakan secara meriah sehingga membazir, cukup dengan anda muhasabah diri dan menerima doa daripada orang-orang tersayang, itu sudah memadai.

Yang paling penting, tetapkan azam untuk menjadi lebih baik pada usia baru tersebut. Kerana kematangan bukan diukur berdasarkan usia tetapi sejauh mana anda mengubah diri menjadi lebih baik.

Wallahu a’lam.

Sumber: Tazkirah.net

7 Zikir Pembuka Rezeki Amalan Rasulullah Yang Paling Mustajab

7 Zikir Rezeki Amalan Rasulullah Yang Paling Mustajab. Rezeki yang sedikit tetapi diberkati Allah adalah lebih baik dan tinggi darjatnya […]

3 Jenis Doa Yang Boleh Dibaca Apabila Menziarahi Orang Sakit

3 Jenis Doa Yang Boleh Dibaca Apabila Menziarahi Orang Sakit. Hak seorang Muslim kepada Muslim yang lain adalah menziarahi apabila […]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *