Sanggup Makeup Jadi ‘Mat Salleh’ Sebab Nak Curi Rantai Emas… Gigih Betul!

Sanggup Makeup Jadi ‘Mat Salleh’ Sebab Nak Curi Rantai Emas… Gigih Betul! Pelbagai helah dan strategi dilakukan individu untuk mendapatkan sesuatu yang diinginkan. Seperti lelaki Thailand ini, dia sanggup menyembunyikan identiti sebenar dengan mengenakan solekan pada wajah dan berkelakuan seperti pelancong asing untuk mencuri beberapa kalung emas di Bangkok.

Niat jahatnya itu gagal apabila dia terpaksa bergelut dengan seorang pegawai keselamatan di pusat membeli-belah disitu.

Menyamar untuk mencuri emas

Menurut laporan portal Coconuts, bekas penjual barangan kosmetik, Wongsakorn Petchsanan, berusia 30 tahun telah didakwa mencuri barang kemas di salah sebuah kedai emas di Bangkok. Dia yang memakai baju kemeja bercorak petak dan berseluar jeans biru itu telah ditangkap pihak polis pada Isnin, 3 Disember lalu.

Gagal melarikan empat kalung emas

Lelaki ini telah menyamar dengan memakai hidung palsu, rambut palsu dan kanta lekap untuk menyerupai pelancong asing. Sewaktu di kedai emas itu, dia meminta kepada kakitangan untuk melihat empat kalung emas terlebih dahulu sebelum melarikan diri.

Lelaki ini berjaya ditangkap pegawai keselamatan sebelum dia melarikan diri. Amarin TV melaporkan hasil kecurian empat kalung emas itu bernilai sebanyak TH471,600 (RM59,780). Pihak polis Thailand berpendapat bahawa suspek telah merancang sebelum bertindak menyamar dan mencuri emas di kedai berkenaan.

Sumber: Amarin TV, Coconuts Via Oh Bulan!

Tindakan Rakyat Thai Ini Kepada Penyokong Malaysia Buat Ramai Orang Kagum. Respect!

Semoga sikap hormat menghormati dan menyantuni antara satu sama lain tanpa mengira perbezaan agama, bangsa mahupun negara seperti ini sentiasa berkekalan.

Namun begitu, apa yang menarik perhatian netizen adalah apa yang berlaku di perkarangan stadium sebelum perlawanan bermula

Semalam, viral di Twitter apabila salah seorang penyokong Thailand telah membelanja air mineral kepada penyokong pasukan Malaysia yang telah tunggu berjam-jam lamanya di bawah sinaran matahari yang panas terik.

Sudah menjadi kebiasaan semasa berlangsungnya perlawanan lebih-lebih lagi di peringkat akhir pasti masing-masing akan menunjukkan ‘taring’ demi mempertahankan pasukan yang disokong.

Namun apa yang berlaku benar-benar membuatkan bukan sahaja penyokong Malaysia bahkan netizen turut berasa kagum dengan sikap rakyat Thailand.

Bagusnya! Semoga sikap hormat menghormati dan menyantuni antara satu sama lain tanpa mengira perbezaan agama, bangsa mahupun negara seperti ini sentiasa berkekalan. 🙂

Buat Skuad Harimau Malaya, selamat bertanding di final nanti!

‘Umat Islam Boleh Ucap Merry Christmas’ – Mufti Wilayah

Bulan Desember merupakan bulan yang dinanti-nantikan oleh penganut agama kristian. Hal tersebut kerana pada tanggal 25 Desember setiap tahun mereka menyambut Hari Natal. Namun di Malaysia, ramai masyarakat melayu menganggap mengucapkan ‘selamat menyambut Hari Natal’ kepada mereka yang meraikannya merupakan satu kesalahan di sisi agama.

Terbaru, Mufti Wilayah Persekutuan mengumumkan bahawa mengucapkan ucapan selamat kepada mereka yang menyambut Hari Natal dibenarkan di sisi agama Islam.

Merupakan ucapan tahniah

Menerusi laporan Sinar Harian, Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, perkara itu dibenarkan kerana ia disifatkan ungkapan tahniah kepada perayaan agama lain tanpa niat memuliakan agama mereka.

Umat Islam boleh mengucapkan kepada orang Kristian (Merry Christmas), dengan syarat mereka tidak memuliakan agamanya.

Selagi tidak memuji agama lain

Tambah beliau lagi, mengirim salam melalui kad, e-mel atau mesej teks kepada orang bukan Islam semasa musim perayaan mereka adalah dibenarkan, selagi ucapan itu tidak memuliakan agama lain atau menggunakan simbol agama menurut Majlis Muzakarah Majlis Fatwa Kebangsaan Muzakarah dalam mesyuarat ke-78 dalam Hal Ehwal Islam pada 2007 yang telah menyimpulkan hal tersebut.

Adalah penting untuk mewujudkan kesedaran mengenai perkara ini supaya tidak timbul kekeliruan.

Hiduplah dengan harmoni bersama orang-orang beragama lain.

Sumber: Sinar Harian

Kongsikan artikel ini.
  • 396
  •  
  •  
  •  

Lahir Tanpa Kidney, Limpa & Salur Najis – Ibu Redha Dengan Pemergian Anak

Lahir Tanpa Kidney, Limpa & Salur Najis – Ibu Redha Dengan Pemergian Anak. Setiap pasangan yang sudah mendirikan rumah tangga […]

(Video) Dapat Tahu Cikgu 2 Bulan Tak Bergaji Dan Tinggal Di Sekolah, Pelajar Dapat Kumpul RM1,500, Usaha Mereka Buat Cikgu Ini Sebak

(Video) Dapat Tahu Cikgu 2 Bulan Tak Bergaji Dan Tinggal Di Sekolah, Pelajar Dapat Kumpul RM1,500, Usaha Mereka Buat Cikgu […]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *