“Saya dalam proses untuk mengambil alih negara ini.” – Individu dakwa pemilik sebenar Kerajaan Malaysia

“Saya dalam proses untuk mengambil alih negara ini.” – Individu dakwa pemilik sebenar Kerajaan Malaysia. Seorang lelaki di sini mengaku mendakwa dirinya mempunyai kaitan dengan kerabat diraja serta pemilik sebenar Kerajaan Malaysia.

Individu bernama Ahmad Abdul Kadir Ismail, 46, dan mengelarkan dirinya sebagai Sultan Sheikh Ahmad Abdul Kadir Iskandar D’zulkarnain turut memiliki seluruh kekayaan di negara ini serta mempunyai kaitan dan kepentingan di beberapa negara di dunia.

Mempunyai Harta

Malah Ahmad Abdul Kadir mendakwa beliau turut mempunyai harta kekayaan dan wang tunai berjumlah bertrilion dolar di beberapa negara termasuk di Hong Kong, China, Kemboja, Bangladesh dan Thailand.

“Saya dalam proses untuk mengambil alih negara ini. Biarpun hakikatnya sudah diambil alih namun kini baharu saya menguar-uarkannya. Cuma masalahnya ia dinafikan oleh politik di negara ini sejak dahulu.

“Saya sudah bergerak menuntut hak saya sejak lima tahun lalu iaitu semenjak Oktober 2013 malah pernah menyatakan hasrat untuk menemui kesemua raja-raja di negara ini serta Perdana Menteri,Tun Dr Mahathir Mohamad namun tidak dilayan,” katanya dalam sidang media itu yang turut diiringi beberapa pengikut di sebuah inap desa di Sungai Rambai, hari ini.

Mengadakan majlis

Beliau turut mengadakan majlis suai kenal bersama puluhan mengikut termasuk dihadiri kerabat diraja.

Ahmad Abdul Kadir yang menetap di rumah keluarga mertua di Sungai Rambai sejak lima tahun lalu berkata, beliau ada menyimpan banyak alat kebesaran terutama keris kebesaran di raja termasuk Keris Sempena Riau, Keris dari Bukit Siguntang, Pedang Hang Li Poh, Jade Tujuh Naga, Pedang Cheng Ho dan pinggan di zaman Dinasti Ming.

Dakwanya lagi, kesemua sultan dan ahli politik di negara ini sudah hilang status kerakyatan dan mendakwa pernah mengambil tindakan saman terhadap Kerajaan Malaysia berikutan kuasa yang ada kini sebagai tidak sah.

“Saya tidak perlu ditabalkan sebagai sultan sebab saya sudah tersedia menjadi sultan. Saya berasal dari Kuala Kangsar, Perak namun mempunyai lebih ramai pengikut di sebelah selatan negara ini.

“Saya juga adalah simbol semua bangsa meliputi Melayu, Cina, India, Arab serta Yahudi. Saya adalah tuan punya negara Malaysia atau Tanah Melayu,” katanya.

Untuk Bangsa Dan negara

Tambahnya lagi, kewujudannya adalah bertujuan untuk seluruh rakyat Malaysia dan dunia bagi mengembalikan kegemilangan negara, bangsa dan agama.

“Apa yang saya perjuangkan adalah bukan untuk diri saya sendiri tetapi adalah untuk semua rakyat di negara ini.

“Saya hanya menuntut hak saya dan bukannya hak orang lain,” katanya.

Sumber/Foto: Sinar Harian

Kongsikan artikel ini.
  • 5.8K
  •  
  •  
  •  

“Hari itu mereka mengejek kakak saya, Sekarang mereka baru sedar, baru mengaku itu kampung mereka sendiri” – ‘Budak koboi’

“Hari itu mereka mengejek kakak saya, Sekarang mereka baru sedar, baru mengaku itu kampung mereka sendiri” – ‘Budak koboi’. Ejekan […]

“Dia buka mata dan cakap, abah, saya minta maaf abah kirim salam dengan mak. Saya hanya mampu cium dahi dia”

“Dia buka mata dan cakap, abah, saya minta maaf abah kirim salam dengan mak. Saya hanya mampu cium dahi dia”. […]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *