“Saya Memang Tak Niat Nak Menunjuk..” – Foto Solat Atas Rumput Tular, Gadis Ini Jelaskan Situasi Sebenar…

“Saya Memang Tak Niat Nak Menunjuk..” – Foto Solat Atas Rumput Tular, Gadis Ini Jelaskan Situasi Sebenar. Baru-baru ini tular di sosial media dengan kisah seorang gadis yang menaiki grab berhenti di tepi jalan dan solat di atas rumput.

Menerusi perkongsian melalui Twitter itu, pemilik akaun yang juga sepupu kepada gadis dalam foto itu kagum dengan tindakan pemandu grab berbangsa cina kerana sanggup menunggu mereka.

Perkongsian itu telah menarik perhatian ramai dengan 2,300 retweets dan 3,100 tanda suka.

 Tak Ada Niat Nak Menunjuk

Biarpun menerusi ruangan kapsyen pemilik akaun sudah menjelaskan situasi sebenar, namun masih ada yang mengecam tindakan gadis berkenaan di ruangan komen.

Namun gadis dalam foto berkenaan tampil menjelaskan apa yang terjadi menerusi laporan Harian Metro.

Menurut Noor Aliyah Ali Choon gadis dalam foto tular tersebut, dia sendiri tidak tahu sepupunya merakamkan gambar itu dan memuatnaik di Twitter sehingga menimbulkan pelbagai reaksi dari netizen.

Memang Tak Sempat

“Bukan niat saya untuk menunjuk alim. Sebaliknya memilih solat di situ kerana bimbang tidak sempat memandangkan waktu Maghrib hampir tiba,” jelas gadis berusia 26 tahun ini.

Bercerita mengenai kejadian sebenar, mereka berdua bertolak ke Kuala Lumpur atas urusan kerja. Mereka menetap di Jitra, Kedah dan turut berkongsikan tiba di Kuala Lumpur kira-kira jam 5 petang dan terus ke Sri Petaling menaiki LRT.

Tambahnya lagi, mereka turut menempah Grab untuk stesen LRT dan mendapati kenderaan perkhidmatan itu akan tiba lewat kerana kesesakan lalu lintas. Disebabkan itu dia nekad untuk solat di ruang rumput itu selepas yakin dengan kawasan persekitarannya.

Gadis ini turut terharu dengan pemandu grab tersebut kerana sanggup menunggu dia selesai solat biarpun dia bukan muslim.

Sumber: Ainul / Harian Metro

“Tinggalkan Nota Dan Wang RM150 Gara-Gara..” – Misteri Nota Dan Wang Tunai RM150 Ditinggalkan Di Kereta Gadis Ini!

“Tinggalkan Nota Dan Wang RM150 Gara-Gara..” – Misteri Nota Dan Wang Tunai RM150 Ditinggalkan Di Kereta Gadis Ini! Hidup ini […]

‘Jangan Cepat Buat Kesimpulan’ – Hakiem Rusli

Dikaitkan Dengan Dakwaan Artis ‘Baru Nak Up’ Cekik Pekerja Stesen Minyak, Ini Jawapan Haqiem Rusli. Seorang penyanyi dan komposer berusia […]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *