“Saya tak kisah dipanggil anak drebar lori” – Nur Izzati ‘hadiahkan’ ijazah untuk ayahnya yang cari rezeki halal

“Saya tak kisah dipanggil anak drebar lori” – Nur Izzati ‘hadiahkan’ ijazah untuk ayahnya yang cari rezeki halal. Di sebalik ketegasan seorang ayah, pasti ada kelembutan yang tersembunyi dalam dirinya.

Ini dibuktikan menerusi perkongsian Twitter yang dimuat naik oleh graduan Universiti Sains Islam Malaysia (Usim), Nur Izzati Omar, 23, baru-baru ini.

Anak sulung daripada empat adik-beradik itu turut sebak dengan luahan ayahnya yang dimuat naik di Facebook milik Omar Mohamed, 50, selesai majlis konvokesyen di Usim minggu lalu.

Paparan Twitter milik Nur Izzah yang memuatnaik status ayahnya di Facebook menjadi tular
“Saya sungguh sebak dan terharu kerana seperti kita tahu, golongan ayah-ayah biasanya jarang untuk ekspresikan rasa hatinya termasuk kepada anak-anak mereka.

“Apabila ayah muat naik status di laman sosial Facebook, saya rasa begitu dihargai selain bangga sebab dapat buat yang terbaik, untuk ayah dan ibu,” katanya kepada Kampus Uols.

Graduan Ijazah Sarjana Muda Bahasa Arab dan Komunikasi ini berkata, walaupun dia tidak mendapat ijazah kelas pertama, anak sulung ini tetap berbangga apabila ayahnya dapat menghadirkan diri pada hari konvokesyen bersama-sama ibu dan adik-beradiknya yang lain.

Jelasnya, ketika keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sebelum ini, ayahnya tidak dapat hadirkan diri kerana urusan kerja.

Nur Izzati (tengah) bersama-sama ibu dan bapanya di Majlis Konvokesyen Usim, baru-baru ini
“Manakala ibu, Norsahlindah Salleh, 45, juga tidak dapat datang kerana tidak pandai memandu menjadi faktor penghalang untuk ke Sekolah Menengah Arab Assaiyidah Khadijah, Melaka ketika keputusan SPM keluar.

“Saya tidak marah tetapi faham dengan kerja ayah yang tidak menentu serta perlu menghantar bekalan pasir di kawasan ditetapkan,” katanya.

Nur Izzati berkata, ayahnya yang bekerja sebagai pemandu lori pasir sering keluar bekerja seawal jam 4 pagi dan pulang selepas Maghrib setiap hari demi mencari rezeki untuk keluarganya.

Menurutnya lagi, dia tidak pernah rasa malu malah berbangga dengan pekerjaan yang dijalankan oleh ayahnya.

“Saya memang tidak kisah jika dipanggil anak drebar lori kerana saya tahu ayah mencari rezeki yang halal untuk menampung kami sekeluarga walaupun hanya memandu lori.

“Malah, ayah tidak ambil trip jauh sebaliknya balik hari semata-mata mahu melihat anak-anaknya membesar depan mata,” katanya.

Ayahnya akan menghantar bekalan pasir sekitar kawasan Melaka dan paling jauh di Tangkak serta Muar, Johor.

“Ayah jenis orang tidak pernah mengatakan rasa bangganya secara terus kepada kami adik-beradik, tetapi ditunjukkan dengan bekerja keras untuk anak-anaknya.

“Dalam masa sama, adik saya sedang ikuti pengajian Diploma dan ayah sering beri nasihat agar ikut jejak saya yang berjaya menamatkan pengajian di IPTA,” katanya.

Tambah Nur Izzati, dia juga sering mengikuti ayahnya ketika menghantar pasir ke lokasi ditetapkan.

Mengakui bukan pekerjaan yang mudah, Nurul Izzati berkata, tubuhnya akan mengalami kesakitan sepanjang perjalanan ketika menaiki lori yang dipandu oleh ayahnya itu.

“Tapi saya tak kisah kerana dapat merasai susah payah ayah mencari sesuap nasi untuk kami sekeluarga,” katanya.

Tinggal di Telok Mas, Melaka, Nur Izzati berkata, ayahnya selalu menceritakan kesusahannya sejak kecil kepada adik- beradiknya.

Katanya, ayah bekerja keras kerana tidak mahu anak-anaknya susah sepertinya ketika kecil.

“Saya bersyukur dapat tamatkan pengajian di Usim dan ijazah ini khusus untuk ayah dan ibu yang banyak berkorban demi kami adik-beradik,” katanya.

Sumber : kampusouls

‘Instafamous’ Ditegur PU Amin Sebab Soalan Lucah Jadi Bahan Gelak!

Seorang Instafamous ditegur oleh PU Amin kerana dikatakan telah menjadikan soalan-soalan berunsur sensitif sebagai bahan lawak malah turut dikongsi sehingga ramai yang menonton.

Gara-gara ‘ask me question’ di Instagram, Instafamous terbabit membuatkan PU Amin berdukacita apabila isu sedemikian menjadi hiburan meskipun nampak kecil tapi jika tidak dibendung maka bagi Pu Amin akan berlaku lagi.

Benda terlanjur jadi bahan gelak?

“Video lebih 400 ribu tontonan. Saya berdukacita bila ramai netizen dan Instafamous isi masa lapang dengan respon soalan-soalan luar dari fitrah manusia untuk dijadikan bahan gelak. Pengguna media sosial lebih dari separuh di Malaysia ini adalah remaja dan kanak-kanak. Jangan ranapkan akhlak anak-anak generasi kita dengan perkara sebegini. Teguran ini untuk kita bersama. Dalam video tersebut juga ada disebut kemaluan lelaki dengan dijadikan bahan gelak. Berhati-hati kawan kawan. Nampak kecil dan bahan hiburan, kalau tidak dibendung dan ditegah, maka berlambak lagi video seperti ini dibuat secara halal. Kita kena bersedia menghadapi fitnah akhir zaman. Bukan meraikan kedatangan akhir zaman. Maafkan saya menegur,” katanya menerusi Instagram.

Bagaimanapun, seharusnya mereka perlu tahu bahawa pengguna media sosial lebih dari separuhnya adalah remaja dan juga kanak-kanak. Jadi, menurut PU Amin jangan ranapkan akhlak anak-anak generasi dengan perkara sebegini.

Rata-ratanya turut bersetuju dengan teguran PU Amin malah berterima kasih kerana dia telah menegur isu sedemikian.

Kongsikan artikel ini.
  • 657
  •  
  •  
  •  
Cendol

Reaksi Netizen Bila CNN Iktiraf Cendol Berasal Dari Singapura

Reaksi netizen bila CNN iktiraf cendol berasal dari Singapura. Cendol durian juga antara cendol yang sangat enak dinikmati bersama keluarga […]

Doa Ini Viral Hingga Dapat Lebih 69K Perkongsian Di FB. Sungguh Inspirasi Ilmu Ini

Doa Ini Viral Sehingga Dapat Lebih 69K Perkongsian Di FB. Sungguh Inspirasi Ilmu Ini. Sesungguhnya doa seorang ibu adalah doa […]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *