“Saya tak sangka dia sanggup buat macam ni pada saya, sebab dua hari lepas dia dah minta maaf Tapi saya tak sangka Dia sanggup buat begini”

“Saya tak sangka dia sanggup buat macam ni pada saya, sebab dua hari lepas dia dah minta maaf Tapi  saya tak sangka Dia sanggup buat begini”

Norhasyelawati mencium pakaian anaknya Nurul Hanim yang dijahit sendiri sambil diperhatikan suaminya

“Dua hari sebelum kejadian, suspek ada datang ke rumah saya untuk meminta maaf”.

Demikian kata bapa kepada mangsa kes kelar dua beradik, Idris Saad, 47 yang ditemui dirumahnya di Kampung Sungai Yan, hari ini.

Idris berkata, dia dan suspek berkawan baik dan sering minum bersama-sama di kedai kampung berkenaan.

Tak sangka

“Saya tak sangka dia sanggup buat macam ni pada saya, sebab dua hari lepas dia dah minta maaf.

“Saya ada tanya dia juga awat minta maaf dia kata tak ada apa-apa dan sebagai ucapan terima kasih saya duk belanja dia minum,” katanya.

Idris berkata, ada ketika dia membantu suspek membeli pakaian kerana suspek tidak bekerja.

“Saya sungguh tak sangka kebaikan saya dia balas dengan meragut dua nyawa anak tetapi saya reda dengan ketentuan ALLAH,” katanya.

Idris berkata, ketika kejadian dia keluar ke laut pada jam 10 malam dan pulang sekitar jam 12 sejurus mendapat panggilan daripada ahli keluarga.

“Tidak dinafikan, suspek mengalami tekanan perasaan semenjak ditinggalkan isterinya beberapa tahun lalu.

“Dia sering mengamuk dan bertindak di luar kawalan dengan memukul orang yang memberinya masalah.

Sementara itu, ibu mangsa, Norhasyelawati Yusof, 37 berkata, dia masih lagi merasa hiba dan tidak mampu masuk ke dalam rumah berkenaan.

“Saya hanya boleh masuk setakat dapur saja, nak melangkah ke ruang tamu saya jadi lembik lutut apatah lagi ke dalam bilik.

“Di ruang tamu itulah saya duk suap depa dua beradik makan nasi dan saya tak sanggup nak terbayangkan keadaan itu,” katanya.

Norhasyelawati berkata, dia tidak mahu melihat muka suspek dan mahu suspek dihukum gantung sampai mati.

“Saya nak dia terima hukuman setimpal dengan apa yang dia dah buat pada dua anak saya.

“Semalam pun saya tak dapat nak lena sebab duk terbayang wajah anak terutama Muhamad Hafiz yang sentiasa dalam dakapan saya.

“Kakak dia pun Nurul Hanim manja dengan saya sebab dia seorang sahaja perempuan,” katanya sambil menangis.

Buat sementara ini, Idris bersama isterinya dan anak sulong mereka Muhamad Hakim tinggal bersama di rumah kakaknya.

Kongsikan artikel ini.
  • 2.7K
  •  
  •  
  •  

Lucu, Tunjuk Contoh Kepada Tukang Gunting Rambut Dari Video Yang Sedang Di ”Pause”. Ini Hasilnya..

Lucu, Tunjuk Contoh Kepada Tukang Gunting Rambut Dari Video Yang Sedang Di ”Pause”. Ini Hasilnya.. Fesyen rambut sentiasa berubah-rubah dan […]

Sultan Iskandar memandu sendiri kereta Proton Saga menghantar Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad ke Lapangan Terbang Antarabangsa

Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar memandu sendiri kereta Proton Saga menghantar Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad ke Lapangan […]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *