“Saya tertekan… Mereka Kaitkan Video Gigil Dengan Malam Pertama” – Ardell Aryana enggan keluar rumah, dimalukan sekumpulan remaja

“Saya tertekan… Mereka Kaitkan Video Gigil Dengan Malam Pertama” – Ardell Aryana enggan keluar rumah, dimalukan sekumpulan remaja. Pelakon Ardell Aryana berasa sedih apabila dihina segelintir pihak gara-gara video menggeletar ketika disarungkan cincin selepas bergelar isteri Nadzmi Adhwa tular di media sosial.

Baca: Bas Terbakar di Sungai Perak, Al-Quran Pemandu Tidak Hangus

Saya Tertekan

Ardell, 29, menegaskan tindakan spontan itu bukan perkara dibuat-buat atau gimik seperti mana didakwa netizen. Malah, pemilik nama Nurul Hidayah Mohd Amin ini mengakui ia berpunca daripada penyakit anxiety dan kemurungan yang dialami.

“Pertama sekali saya minta maaf kalau video pernikahan kami tular sehingga ada yang membuat parodi dan ada juga yang menghina dengan mengatakan saya ini perempuan cacat la, parkinson dan macam-macam lagi.

Ardell mengidap anxiety dan kemurungan yang agak teruk menyebabkan dia cepat panik apabila berhadapan dengan ramai orang.

Saya Bukan Nak Drama

“Sebenarnya saya dan suami tak niat apa-apa pun nak buat drama walaupun kami berdua pelakon. Bila momen suami cakap ‘saya terima nikahnya’ selepas lafaz akad itu saya rasa semuanya sudah berubah,” katanya.

Menceritakan keadaannya ketika majlis itu, Ardell berkata, penyakitnya bertambah parah, apabila dia berasa ingin melarikan diri dan tidak mahu meneruskan majlis perkahwinan tersebut.

“Saya ada anxiety dan kemurungan yang teruk, jadi saya tak boleh berada dalam keadaan ramai orang. Kalau ikutkan hati saya nak lari sebab sebelum majlis lagi dah menggeletar.

“Saya rasa tak nak kahwin sebab saya takut dekat pelamin nanti penyakit saya itu datang menyerang,” kata Ardell dengan nada sebak menerusi video yang dikongsikan akaun Instagram Mingguan Wanita.

Nadzmi turut sedih isterinya dikecam teruk oleh warganet.

Sebelum ini video Ardell dalam keadaan menggeletar ketika Nadzmi ingin menyarungkan cincin selepas diijab kabulkan pada 1 September lalu menarik perhatian segelintir netizen yang beranggapan agenda malu-malu itu sekadar lakonan.

Tampil Jelas

Sebagai seorang suami, Nadzmi tampil menjelaskan perkara sebenar dan mendedahkan isterinya itu mempunyai masalah kebimbangan dan kemurungan yang agak teruk.

Dalam pada itu, Ardell mendedahkan berdepan dengan hinaan melampau netizen yang mengaitkan penyakit itu dengan malam pertamanya.

Perkara itu menyebabkan dia mengurung dirinya di rumah selama beberapa hari. Perasaan takut dan panik itu lebih parah apabila terdapat kejadian sekumpulan remaja menaiki kereta berhenti di hadapan dia dan suami semata-mata ingin mengambil video sambil ketawakan mereka.

Gelakkan Kami

Tapi jadi paranoid apabila ada satu kumpulan remaja dalam kereta berhenti semata-mata nak rakam dan gelakkan kami.

“Saya lagi bertambah tertekan apabila ada netizen menyentuh isu malam pertama, mereka bertanya mengenai keadaan badan saya ketika itu. Disebabkan itu, saya tak keluar rumah beberapa hari.

“Selepas dipujuk suami, dua hari lalu saya makan di Shah Alam. Tapi jadi paranoid apabila ada satu kumpulan remaja dalam kereta berhenti semata-mata nak rakam dan gelakkan kami.

“Ia sudah dikira seperti membuli. Maknanya video yang tular itu memberi impak yang besar, bukan sahaja dikecam di laman sosial tapi di umum pun kena juga. Jadi, saya mohon henti buat parodi dan kecam,” ujarnya.

Pasangan ini bernikah di kediaman keluarga Ardell yang terletak di Seri Kembangan, Selangor pada 1 September lalu selepas kira-kira lapan tahun mengenali antara satu sama lain.

Sumber: Mstar Online

Bas Terbakar di Sungai Perak, Al-Quran Pemandu Tidak Hangus

Bas Terbakar di Sungai Perak, Al-Quran milik Pemandu Tidak Hangus. Senaskah al-Quran ditemukan masih berkeadaan baik walaupun bas ekspres yang […]

Khabib Imam Solat, Netizen Tersentuh Hati!

Khabib Imam Solat, Netizen Tersentuh Hati! Tidak hanya tangkas di gelanggang apabila bertemu ‘musuhnya’ bahkan atlet seni bela diri campuran […]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *