Tidak Mendirikan Rumah Tangga, Duduk Dengan Keluarga

Selagi belum mendirikan rumah tangga, selagi itu pelakon yang mencipta nama menerusi drama, Titian Cinta, Farah Nabilah tidak diizinkan ibunya meninggalkan kediaman keluarga. Bagi Farah, 26, syarat yang diletakkan ibunya itu tidak memberinya masalah besar kerana dia lebih selesa memerap di rumah jika tiada sebarang urusan kerja atau sesekali akan pergi bercuti bersama keluarga.

Syarat Ibu Bebas Terpalit Kontroversi

Farah atau nama sebenarnya, Farah Nabilah Saifuddin juga melihat, syarat yang diletakkan ibunya itu turut membantu dirinya bebas daripada terpalit isu kontroversi yang boleh menjatuhkan reputasi.

“Banyak perkara yang membuatkan saya perlu berhati-hati, terutama ketika era teknologi di hujung jari. Hal kecil boleh menjadi besar dan jika tersalah percaturan, ia akan menjerat diri. Saya perlu awasi langkah supaya nama kekal ‘bersih’.

“Saya memasuki industri seni untuk berkongsi bakat dan fokus saya hanya kepada kerjaya. Seandainya kontroversi tidak mampu dielakkan, tetapi ia bukan berpunca daripada kesilapan diri, lebih baik saya berdiam diri.

Tersilap langkah Akan terus Mengaku

“Jika tersilap langkah, saya akan terus mengaku dan mulakan hidup baharu. Saya tidak mahu membebankan diri apabila terus mengelak kerana lambat-laun orang akan tahu perkara sebenar,” katanya.

Farah berkata, ketika ini, dia juga selesa menolak ketepi hal berkaitan peribadi kerana mahu terlebih dulu memastikan kerjaya seninya bertapak kukuh.

Akui Farah, kesibukan memenuhi rutin seni membuatkan dia belum bersedia menjalin hubungan serius dengan mana-mana lelaki. Baginya, dia ingin terlebih dulu menikmati detik manis dalam kerjaya daripada memikirkan hal yang belum pasti.

Cinta Akan Datang Tepat Waktunya

“Saya percaya, cinta akan datang tepat pada waktunya. Ketika ini, saya selesa sendiri dan memberikan tumpuan kepada kerjaya. Saya bukan jenis wanita yang gemar keluar bersosial, entah bila saya akan bertemu lelaki yang layak dijadikan bakal suami.

Katanya lagi, dia juga tidak gemar menggembar-gemburkan hal peribadi dan hanya akan berkongsi mengenainya dengan orang yang terdekat.

“Seperti wanita lain, saya juga mengimpikan keluarga yang bahagia. Jika bertemu jodoh, saya berharap dapat mendirikan rumah tangga sebelum mencecah usia 30 tahun. Saya tidak mahu bercinta terlalu lama,” katanya.

Kongsikan artikel ini.
  • 347
  •  
  •  
  •  

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *