Selepas Nasi & Pizza Boba, Kini Ada Krim Boba Milk Tea Pula!

Selepas Nasi & Pizza Boba, Kini Ada Losyen Badan Boba Milk Tea Pula! Sudah masuk tahun 2020, tetapi trend boba milk tea masih lagi menjadi kegilaan ramai. Boba kini boleh didapati dalam pelbagai produk, sama ada produk makanan atau kecantikan.

BACA: “2/3 hari tak makan…”- Hidup berubah, pelakon cilik Puteri Balqis akui terpaksa ikat perut

Jika sebelum ini sudah ada yang menghasilkan nasi dan pizza bersama boba, ramai pasti tidak menyangka bahawa boba juga telah menjadi inspirasi gaya hidup bagi pengguna.

Selepas Nasi

Contohnya, sebelum ini warna rambut milk tea telah menjadi trend di kalangan orang China dan Jepun. Selain itu, jenama kasut popular Crocs juga telah mengeluarkan kasut yang diinspirasikan oleh minuman itu.

Lebih mengujakan, kini penggemar minuman teh boba boleh menyapu minuman itu pada kulit mereka. Sebuah jenama penjagaan kulit dari Thailand, Mistine telah menghasilkan losyen badan boba milk tea.

Apa yang menariknya adalah Milk Tea Body Lotion tersebut bukan sahaja berbau seperti teh boba, malah ia benar-benar dihasilkan daripada minuman itu.

Losyen badan Mistine diperbuat dari teh hitam dan susu di mana teh hitam menjadikan kulit lembut dan gebu, sementara protein susu terkenal sebagai pelembab semula jadi untuk kulit kita.

Losyen tersebut juga mempunyai Vitamin B3 untuk kulit yang sihat dan glowy, serta Vitamin E yang menawarkan ciri-ciri anti-penuaan.

Pembungkusan produk tersebut berwarna coklat cair menyerupai warna teh susu, dengan ilustrasi ‘pearl’ berwarna coklat gelap di bahagian penutup.

Jenama itu juga menyakinkan pengguna bahawa mereka tidak perlu bimbang tentang kalori atau berat badan kerana losyen itu tidak boleh dimakan.

Losyen badan itu setakat ini hanya boleh didapati dari Lazada Thailand pada harga 99 baht (RM13.37) bagi saiz 200ml.

Sumber: Mothership, Facebook

Gerhana bulan berlaku awal pagi esok, tiada solat sunat Khusuf dilakukan

Gerhana bulan berlaku awal pagi esok, tiada solat sunat Khusuf dilakukan. Jika sebelum ini rakyat di Malaysia telah berpeluang melihat […]

SELEPAS SOLAT BACALAH 2 DOA INI UNTUK NAIKKAN SERI WAJAH, AMALKAN!

Selepas solat bacalah 2 doa ini untuk naikkan seri wajah, amalkan! Potongan 2 ayat dari surah dalam Al Quran ini baik […]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *