Selepas Starbucks, Kini Family Mart Pula Jadi Tempat Pilihan pelajar Belajar?

Selepas Starbucks, Kini Family Mart Pula Jadi Tempat Pilihan pelajar Belajar? Kalau sebelum ini pernah tular dengan budaya pelajar memilih Starbucks sebagai lokasi belajar dan dikecam teruk netizen, kali ini Family Mart pula menjadi mangsa.

Tak faham juga saya kenapa perlu mengulangkaji pelajaran di tempat-tempat awam sebegini. Tidak rasa bersalah ke mengambil hak pelanggan yang datang untuk makan atau minum? Sudahlah tempat duduk yang disediakan agak terhad, pelajar-pelajar yang datang belajar ini pula mengambil tempat duduk tersebut dalam tempoh yang lama pula.

Dalam satu perkongsian di Twitter milik Zalikhakadir, dia memuat naik sekeping gambar di dalam Family Mart yang meja sepatutnya tempat makan telah didominasi oleh pelajar-pelajar.

Macam-manalah diorang boleh fokus.

“Boleh tak jangan nak belajar kat Family Mart? Ada banyak tempat lain lagi untuk belajar. Ini tak, korang dominasi kebanyakkan meja di situ. Orang ramai keluar masuk di Family Mart itu dan mahu dudu. Saya tak pasti jika pelajar itu membeli apa-apa dan duduk di situ, tapi meja itu hanya dipenuhi dengan buku-buku.”

Rata-rata netizen turut tidak berpuas hati dengan perangai pelajar-pelajar sebegini.

Tak fahamlah kenapa nak study kat tempat makan.

Pentingkan diri betul!

Tak rasa bersalah ke?

Ada juga yang pertahankan perbuatan pelajar ini.

Apa-apa pun, bolehlah kalau nak belajar di tempat-tempat sebegini kalau tiada pelanggan. Tapi tolonglah kalau dah nampak ada orang datang untuk makan, korang bangunlah. Common sense kot gais!

Sumber: HCL

Kongsikan artikel ini.
  • 218
  •  
  •  
  •  

Ribuan Serangga Dikatakan Cengkerik Disekitar Kota Mekah Dan Madinah, Masyaallah…

Ribuan Serangga Dikatakan Cengkerik Disekitar Kota Mekah Dan Madinah, Masyaallah… Seranngan ribuan serangga di kota mekah,, Masyaallah… Kita lihat apa kata […]

Hari-Hari Bertarung Nyawa, Kanak-Kanak Ini Sanggup Panjat Tangga Gunung Berjam-Jam Nak Ke Sekolah

Hari-Hari Bertarung Nyawa, Kanak-Kanak Ini Sanggup Panjat Tangga Gunung Berjam-Jam Nak Ke Sekolah. Terdapat sebuah kampung terpencil terletak di kawasan […]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *