Setia Atau Curang itu Pilihan. Menjadi orang KETIGA juga sebuah Pilihan!

Setia Atau Curang itu Pilihan. Menjadi orang KETIGA juga sebuah Pilihan! Buat suami yang pernah terniat atau tanpa sengaja menduakan isteri yang dinikahi, cuba duduk dan fikir sebentar.

Untuk apa perlunya yang lain? Sedangkan bahagia sudah ada di depan mata. Ada anak-anak yang menceriakan siang dan malam.

Jangan Beri Alasan

Wah, bukan main lagi alasan yang diberikan. Apakah perkahwinan hanya untuk sebuah kecantikan. Kalau tahu isteri tak pandai masak, tak pandai kemas rumah, ajak dan ajar isteri. Isteri suka marah-marah mungkin juga berpunca daripada sikap suami sendiri.

Cuba fikir, selama ni siapa yang basuh, sidai dan lipat baju. Selama ni siapa yang masak untuk kenyangkan perut kau tu. Pergi kerja baju elok bergosok, siapa yang buatkan. Anak-anak siapa yang mandikan, buat susu, beri makan dan berjaga tengah malam kalau anak tidak sihat.

Adakah kau yang lakukan semua sendiri tanpa perlukan pertolongan isteri? Atau kau langsung tak pernah buat semua tu. Duit belanja RM100 pun susah nak bagi kat isteri. Meskipun isteri bekerja, nafkah tetap wajib diberi.

Siapa Yang Terima Kau masah Susah

Siapa yang terima kau masa kau tak punya apa-apa dulu? Siapa yang sanggup tempuh hidup susah dengan kau dulu? Sanggup basuh baju pakai tangan sebab baru pindah rumah. Sanggup tidur beralaskan toto sebab tahu kau belum mampu nak sediakan semua tu.

Tetapi, bila dah kaya, dah senang sikit-sikit, mula nak cari lain. Mula burukkan isteri. Macam la kau tu sempurna segala-galanya.

Untuk yang pilih menjadi yang ketiga pula, bagaimana kau tega melukakan hati yang juga seorang perempuan? Kalau ayah kau kahwin lain, kakak kau diduakan tahu pula kau marah dan geram.

Khas Untuk Orang Ketiga

Letakkan diri kau pada tempat isteri yang pertama. Apa kau akan rasa. Atau kau jenis yang langsung takde perasaan. Jangan fikir diri sendiri je. Fikir juga hati dan perasaan orang lain.

Kau nampak lelaki tu segak bergaya, berduit. Tapi kau tahu tak kerana siapa dia jadi sebegitu? Kerana seorang isteri yang sentiasa di sisi. Kau senang-senang je nak rampas kebahagiaan orang.

Buatlah pilihan yang terbaik dalam hidup ni. Allah kurniakan kita akal dan fikiran untuk memilih. Kah!

Moga manfaat

[ASY]

#AmirSyahir

Kongsikan artikel ini.
  • 3.1K
  •  
  •  
  •  

“Esok Mak Pergi Tak Balik Lagi,” Seloroh Tinggalkan Keluarga Jadi Kenyataan

“Esok Mak Pergi Tak Balik Lagi,” Seloroh Tinggalkan Keluarga Jadi Kenyataan. Seorang daripada lima beranak yang maut dalam kemalangan jalan […]

‘Apa Dosa Anak Saya?’ – Organ Dalaman Dikeluarkan, Misteri Kehilangan Gadis 11 Tahun Terjawab!

‘Apa Dosa Anak Saya?’ – Organ Dalaman Dikeluarkan, Misteri Kehilangan Gadis 11 Tahun Terjawab! Kej am dan tidak berperikemanusiaan! Itulah […]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *