Siap Berdoa Nak Dapat Jodoh, Lelaki Ini Tak Sangka ‘Crush’ Dah Jadi Kekasih

Siap berdoa nak dapat jodoh, lelaki ini tak sangka ‘crush’ dah jadi kekasih. Setiap orang mesti pernah ada crush waktu sekolah, belajar, dan juga ketika bekerja. Ada juga yang pernah berangan crush kita jatuh hati dan suka kepada kita. Tapi malangnya perkara tu jarang berlaku.

Berjaya Menawan Hati

Tapi lain pula kisah kali ini apabila seorang lelaki berjaya menawan hati crushnya. Lebih menarik lagi, gadis tersebut yang memulakan langkah pertama! Lelaki yang bernama Izmal ini berkongsi cerita cintanya di Twitter baru-baru ini.

Doa yang dimakbulkan

Beliau memuat naik gambar screenshot daripada Instagram menunjukkan dirinya sedang menadah tangan berdoa bersama kapsyen:

Saya berdoa agar awak cepat-cepat masuk ke hati saya. Amin.

 

Alangkah gembiranya diri Izmal apabila gadis pujaan hatinya memberi komen di gambar tersebut “OTW”, yang bermaksud dalam perjalanan. Alahai manis sungguh mereka berdua ni!

Semoga ke akhir hayat

Gambar yang dimuat naik itu bertarikh Julai 2017, namun kini sudah hampir setahun dirinya mengenali gadis yang bernama Najua itu. Netizen turut terharu melihat kecomelan dan keserasian pasangan remaja ini. Semoga pasangan ini kekal bersama hingga ke jinjang pelamin ya. Kepada mereka di luar sana, jangan putus asa. Kalau jodoh tak kemana.

Artikel Lain

Mesti Baca! 6 Sikap Wanita Yang Buat Lelaki Bosan

Apabila berbicara tentang perihal hubungan antara lelaki dan wanita, ada ketikanya wanita terlepas pandang hingga menggugatkan sedikit sebanyak rasa cinta sang lelaki. Semuanya gara-gara sikap wanita itu sendiri yang sudah sebati di dalam diri. Mungkin bagi wanita, ianya remeh. Tetapi bagi si lelaki pula sebaliknya. Tidak hairanlah perkara sebegini boleh mengganggu-gugat keharmonian suatu perhubungan.

1. Ambil masa lama untuk bersolek

Rata-rata lelaki mudah bosan apabila menunggu wanita bersiap atau berdandan hanya untuk keluar membeli belah di pasaraya yang jaraknya dekat. Ya, memang ada wanita yang bersikap sebegitu kerana bagi mereka kecantikan macam inilah yang perlu diambil berat dan boleh membuatkan lelaki bosan dan pening kepala. Biarpun nampak kecil di mata wanita, tetapi jika dalam seminggu 2-3 kali lelaki ajak keluar dan anda masih mengambil masa 2-3 jam untuk bersiap dan membuatkan si dia menunggu, alamatnya tidak hairanlah lepas ni tiada pelawaan untuk keluar bersama lagi.

2. Lelaki sensitif bila dilabel mata keranjang

Mungkin apabila keluar membeli belah, ramai wanita lebih tertumpu mata kepada tag harga atau tanda jualan murah manakala si lelaki pula lebih suka mengambil masa sendiri untuk melakukan aktiviti digemari. Tetapi ada segelintir wanita menganggap sang lelaki meliarkan pandangan ke arah wanita lain walhal ia tidak berlaku. Bagi pendapat saya, normal lah apabila melihat sesuatu yang cantik, mata kita tidak terlepas pandang. Sama juga apabila wanita melihat jejaka kacak. Tetapi itu tidak bermakna mereka menaruh hati untuk tambah cawangan baru. Hakikatnya lelaki tidak suka dilemparkan tuduhan melulu apabila berbaur cemburu. Cemburu itu tanda sayang, tapi kalau dah melampau, sayang itu boleh melayang. Simpan saja prasangka sebelum ada bukti nyata.

3. Mengeluh tiada baju sesuai

Sedar atau tidak, anda sebenarnya telah membuatkan si lelaki marah apabila asyik mengeluh tiada bajulah, tidak cukup baju lah walhal baju sampai 2-3 almari. Walaupun baju 3 almari, kasut sampai 3 rak, masih lagi berani mengaku tidak ada baju yang sesuai untuk dipakai. Sudahlah lambat berdandan, lambat pula pilih pakaian kemudian ada hati kata tak ada baju. Jangan sampai si dia hilang sabar pula ya?

4. Salah pilih topik bercerita

Setiap manusia berbeza baik dari segi pemikiran, perbuatan, minat sikap dan macam-macam lagi lah. Tak salah bercerita dan berceloteh pada pasangan kita tetapi biarlah berpada-pada. Apa orang kata tu, membebel. Lelaki ni mudah bosan apabila diajak berbual tentang satu topik yang berat dalam tempoh masa yang panjang. Apa salahnya sekali sekala berborak mengenai sesuatu yang romantis ke, lawak jenaka ke, rasa best sikit kan? Kerana kalau terlalu kerap ‘membebel’ mengenai topik sama, ia boleh mencetuskan pergaduhan, jadi kawal lah perasaan anda.

5. Komen tentang penampilan

Pasti kadangkala anda pernah mengkritik berat badan dan penampilan suami. Memang tak salah menegur tapi pastikan perkataan yang digunakan itu sesuai dan jangan sampai menyinggung perasaan. Anda pun kalau dipanggil ‘gemuk’ oleh pasangan anda, anda pun rasa tak best kan? Berdiet dan bersenam memang aktiviti yang tidak digemari oleh sesetengah lelaki mahupun wanita. Jalan yang paling baik adalah memberi nasihat dengan cara selamba atau berserta lawak jenaka supaya keadaan menjadi lebih santai dan dalam masa yang sama wanita juga boleh belajar memasak menu yang sihat untuk si lelaki.

Kongsikan artikel ini.
  • 953
  •  
  •  
  •  

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *