Baru-baru ini, firma penyelidikan YouGov di UK mengeluarkan kaji selidik individu paling berpengaruh dari seluruh dunia. Datuk Seri Siti Nurhaliza dinobat sebagai wanita paling dikagumi di Malaysia. Diikuti oleh isteri bekas perdana menteri, Tun Siti Hasmah Mohamad Ali dan selebriti popular Neelofa menduduki tempat ketiga.

Wanita Paling Dikagumi

Boleh dikatakan di kalangan selebriti, Datuk Siti Nurhaliza dan Neelofa antara yang paling berpengaruh. Berada di dalam industri hiburan tanah air selama 22 tahun dan merupakan penyanyi nombor 1 Malaysia, sememangnya Datuk Siti Nurhaliza layak dinobat sebagai individu paling dikagumi.

Namun siapa sangka walaupun terpalit dengan pelbagai kontroversi, usahawan berjaya Noor Neelofa Mohd Noor masih menjadi inspirasi anak muda dan dikagumi ramai. Dikalangan lelaki pula, bekas perdana menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir antara yang paling dikagumi. Menurut kaji selidik tersebut, tiada selebriti tempatan berada di dalam senarai.

Fazura Dan Vivy Tersenarai

Turut berada dalam senarai wanita paling dikagumi di Malaysia ialah usahawan berjaya Vivy Yusof di tangga ke-10, manakala Nur Fazura barada di kedudukan ke-14.

Kejayaan yang dimiliki atas hasil usaha dan titik peluh daripada diri sendiri dan juga penyokong yang sentiasa memberi semangat.

Kongsikan artikel ini.
  •  
  •  
  •  
  •  

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *