Suami Asyik Dengan Handphone, Sampai Tak Ada Masa Untuk Anak Dengan Isteri!

Suami Asyik Dengan Handphone, Sampai Tak Ada Masa Untuk Anak Dengan Isteri! Wahai suami yang asyik dengan telefon, anda hanya perlu masa 1 minit (atau kurang) untuk terlepas momen indah dan istimewa yang tercipta di antara isteri dan anak-anak. Percayalah, anda – suami asyik dengan handphone akan terlepas semua momen indah yang anda tak jangka ini. Anda perasan tak bagaimana anak perempuan anda itu ternanti-nanti perhatian dari anda kerana dia sudah berjaya mengeja? Anda mungkin tak nampak momen indah ini kerana anda sibuk dengan handphone.

Rugi

Anda juga mungkin tak nampak yang isteri tercinta baru saja berjaya mengajar anak lelaki anda menghirup air dengan straw, dan dalam sekelip mata, si manja anda berjaya meniru aksi ibunya! Saya nampak semuanya. Saya bukan nak menghukum anda, wahai suami yang asyik dengan telefon 24 jam. Mungkin anda sedang membalas mesej dari tempat kerja. Atau mungkin anda sibuk dengan game Clash of Clans dan level yang anda kena unlock. Walau apapun alasan anda, saya takkan menghukum. Tapi saya sebenarnya sedih dengan anda.

Tidak Ambil Tahu

Entah berapa banyak pencapaian anak-anak yang anda terlepas? Entah berapa kali anak lelaki anda memandang anda untuk meminta perhatian, tapi anda tak menghiraukannya? Entah berapa kali isteri anda terpaksa ulang soalan beliau kerana anda tak dengar apa dia cakap? Entah berapa kali makan malam yang disediakan si isteri sejuk kerana anda lambat nak makan, sibuk main telefon saja? Semua ini mungkin antara momen-momen indah dan bernilai yang anda terlepas. Saya tak kenal anda, tapi saya nampak yang hubungan antara anda dan telefon itu akan merosakkan hubungan anda dengan keluarga anda sendiri.

Mereka memerlukan anda

Semua cerita di Facebook itu boleh tunggu. Daripada anda sibuk nak tahu apa yang semua orang sedang buat, apa kata anda cipta “momen” anda sendiri? Semua permainan dan level dalam game anda itu boleh tunggu. Anda mungkin akan kalah dalam games, tapi anda akan memenangi hati anak anda. Mereka akan menyayangi bapa mereka sepenuh hati. Malah, emel dari bos anda itu juga boleh tunggu. Bukankah anda bekerja untuk keluarga? Kenapa bawa balik kerja ketika anda bersama keluarga, pula?

Silap Sendiri

Kelemahan kaum suami hari ini, masuk rumah tak peluk isteri dan anak tapi tengok phone dulu! Tak tahu mana yang silap, baru kahwin terus ada masalah rumah tangga. Bila pasangan nak betulkan keadaan, masing-masing mula tinggi suara. Akhirnya anak jadi ‘penonton’ kes tikam lidah suamai isteri! Allah… rugilah kalau anda masih tak sedar silap sendiri. Untuk renungan, baca perkongsian dari Ebit Lew ini…

Perkongsian Ustaz Ebit Lew

Ya Allah berilah setiap lelaki dapat jadi orang Islam yang baik. Ketua keluarga yang bertanggungjawab. Zaman ini kita lelaki tak sedar isteri dan anak-anak ialah amanah Allah yang besar untuk kita pimpin masuk syurga..kasihan wanita dan anak-anak. Islam datang nasib wanita terbela. Darjat wanita ditinggikan. Sehinggakan beza seseorang dengan yang lain ialah takwa.

Muhasabah Diri

Muhasabah buat saya dan ketua keluarga. Kesilapan kita sebagai ketua keluarga. Marilah kita perbaiki diri kita supaya Allah sayang kita. Hanya untuk Allah sayang. Suami balik kerja terus keluar tak sampai 30 minit terus keluar rumah main bola, berbual dengan kawan-kawan, lepak sampai lewat pagi. Ada yang 3 dan 4 pagi baru balik rumah. Ya Allah sedihnya…

Tak Peluk Isteri Dan Anak Terus Main Phone

Suami masuk rumah tak peluk isteri dan anak-anak yang merinduinya, terlupa beri salam, pegang hp dan hadap hp sampai pecah hp. Badan di rumah tetapi hati tiada di rumah. Isteri anak bercakap tak pandang muka mereka. Pandang muka keluarga ketika bercakap sunnah Nabi saw..mata dekat hp jer.. Suami langsung tak bantu isteri. Biar isteri masak seorang diri. Biar isteri basuh baju dan lipat baju seorang diri. Anak dah ramai tetapi langsung tak kisahkan anak-anak. Tak tolong mandi dan uruskan anak-anak…

Suami tak faham hati isteri

Tak buat kejutan buat mereka. Tak sentuh tangan mereka. Tak peluk mereka dari belakang. Tiada ucapan cinta dan sayang lagi.. Suami sibuk dengan kawan, tengok tv, main hp walau waktu malam sepatutnya tidur disebelah isteri tercinta. Suami kasar bercakap melukakan hati isteri. Baran tak menentu dengan isteri dan anak-anak. Jadi boss besar semua order jer sampai. Tersilap atau terlambat marah. Tiada lagi erti sebuah keluarga.

Tak pernah ajak solat tahajud berjemaah

Tidak jadi imam. Tak pernah ajak buat Ta’lim rumah. Love till jannah. Tapi tak tak pernah dengar fatihah isteri. Tak pernah cek wuduk isteri. Tidak ada suasana nasihat menasihati. Bagaimana ketua boleh jadi baik tanpa nasihat. Ukuran bahagia nama Allah yang disebut. Lagi banyak nama Allah disebut lagi bahagia. Kini banyak rumah sepi dari nama Allah. Di mana bahagia.

Tak menjadi motivator buat anak-anak

Sebagai ketua tak hargai orang yang berjuang buat kita. Kedekut dengan isteri. Ada suami beli motor besar. Kereta besar. Tapi tak tanya isteri apa dia nak.langsung tak beri duit belanja buat mereka. Nak beli pencuci muka pun takde. Pakai duit isteri. Terlupa isteri cuma membantu. Beri nafkah tugas kita lelaki, mereka bukan bibik atau orang gaji. Mereka bidadari yang akan bersama kita dalam syurga. Berilah masa untuk mereka. Hargai mereka.

Suami tak bawa isteri berjuang di jalan Allah

Sehingga isteri tiada fikir agama. Risau akhirat. Setiap pemimpin akan ditanya atas apa yang dipimpinnya. Ya Allah tiada daya upaya kami melainkan dengan pertolonganMu. Pilihlah setiap lelaki dapat belajar iman. Berjuang dijalanMu. Bantulah kami dalam membimbing keluarga kami…

Sumber: Ustaz Ebit Lew, The Asian Parent Malaysia

Jangan Ingat Wanita Suri Rumah Ni Bersenang Je Tau!

Jangan Ingat Wanita Suri Rumah Ni Bersenang Je Tau! Bila dah kahwin dan dah ada anak, rasanya jaranglah kita nak […]

Jika Ada Tanda-Tanda Ini, Anda Mungkin Telah Terkena Sihir Pemisah.

Jika Ada Tanda-Tanda Ini, Anda Mungkin Telah Terkena Sihir Pemisah. Sihir pemisah (sihir tafriq) atau dipanggil sihir pelalau penghalang jodoh […]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *