Sultan Iskandar memandu sendiri kereta Proton Saga menghantar Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad ke Lapangan Terbang Antarabangsa

Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar memandu sendiri kereta Proton Saga menghantar Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad ke Lapangan Terbang Antarabangsa Senai di sini, petang Khamis.

Kenderaan itu dipersembahkan kepada ayahanda Sultan Johor kira-kira 34 tahun lalu.

Senario yang menarik perhatian ramai itu berlaku selepas pertemuan Sultan Ibrahim dan Dr Mahathir selama 90 minit.

Kenderaan berwarna biru yang dipandu Sultan Johor itu melalui perjalanan sejauh kira-kira 25 kilometer antara Istana Bukit Serene ke lapangan terbang.

Plat pendaftaran

Kenderaan dengan nombor pendaftaran Proton 1 itu dipersembahkan Dr Mahathir kepada Almarhum Sultan Iskandar ketika baginda menduduki takhta Yang di-Pertuan Agong pada 9 Julai 1985.

Proton Saga adalah model terawal yang menandakan bermulannya Malaysia sebagai negara pengeluar kenderaan.

Sebelum itu, Dr Mahathir tiba di istana untuk mengadakan pertemuan dengan Sultan Ibrahim pada pukul 4 petang.

Ia adalah pertemuan pertama antara Dr Mahathir dan Sultan Ibrahim selepas Pakatan Harapan memenangi Pilihan Raya Umum Ke-14.

Menurut sumber pejabat Perdana Menteri, pertemuan itu diadakan atas permintaan Sultan Ibrahim beberapa minggu lalu.

Sumber: Mstar

Kongsikan artikel ini.
  • 8
  •  
  •  
  •  

“Saya tak sangka dia sanggup buat macam ni pada saya, sebab dua hari lepas dia dah minta maaf Tapi saya tak sangka Dia sanggup buat begini”

“Saya tak sangka dia sanggup buat macam ni pada saya, sebab dua hari lepas dia dah minta maaf Tapi  saya […]

”Semasa Hidup, Inilah Zikir Untuk Kami Pujuknya Tidur,” Sebak, Alunan Zikir Ayah Mengiringi Jasad Anak Buat Kali Terakhir”

”Semasa Hidup, Inilah Zikir Untuk Kami Pujuknya Tidur,” Sebak, Alunan Zikir Ayah Mengiringi Jasad Anak Buat Kali Terakhir”. Ibu bapa […]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *