‘Sultan Johor dan saya bersetuju saling berterus terang, tiada sembunyi-sembunyi’ – Tun Mahathir

‘Sultan Johor dan saya bersetuju saling berterus terang, tiada sembunyi-sembunyi’ – Tun Mahathir. Pelbagai isu berkaitan yang membabitkan rakyat dan Istana menjadi topik perbincangan diantara Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bersama Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar di Istana Bukit Serene, di sini hari ini.

Kata Tun Mahathir, pandangan beliau telah diterima baik oleh Sultan Ibrahim dalam pertemuan penuh mesra. Katanya, kedua-duanya juga bersetuju untuk berterus terang di masa hadapan.

Kami sudah bersedia

“Saya boleh berkomunikasi dengan Baginda (Sultan Ibrahim), kita bersetuju supaya kita lebih ‘frank’ (terbuka), bercakap secara berterus-terang dan tiada sembunyi-sembunyi. Baginda bagi pandangan Baginda, saya bagi pandangan saya,” kata beliau pada sidang media di Lapangan Terbang Antarabangsa Senai, Johor Bahru, Johor.

Malah katanya beliau juga melahirkan persetujuan untuk bertemu dengan Sultan Ibrahim pada masa akan datang sekiranya diperlukan.

Pertemuan Itu Membincangkan

Ketika ditanya adakah pertemuan itu ada membincangkan tentang pelantikan Yang di-Pertuan Agong yang baharu, Tun Mahathir berkata persoalan mengenai institusi Raja-Raja tiada kaitan dengan beliau.

“Itu soal Raja-Raja tidak ada kena mengena dengan saya,” katanya ringkas.

Kongsikan artikel ini.
  • 60
  •  
  •  
  •  

‘Takde orang nak bagi kerja, tangan semua bengkak, kaki pun pecah-pecah’ – Bapa usaha cari kerja demi sara keluarga tapi…

‘Takde orang nak bagi kerja, tangan semua bengkak, kaki pun pecah-pecah’ – Bapa usaha cari kerja demi sara keluarga tapi… […]

Kalaulah Saya Penguatkuasa, Saya Tak Sita, Saya Akan Bimbing – Uncle Kentang

Kalaulah Saya Penguatkuasa, Saya Tak Sita, Saya Akan Bimbing – Uncle Kentang. Siapa yang tak mengenali Unlce Kentang? Kuan Chee Heng seorang aktivis […]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *