“Syukur bukti keikhlasan…Kerbau ini umpama kawan baik saya…” -Syukor Kampong Boy

“Syukur bukti keikhlasan…Kerbau ini umpama kawan baik saya…” -Syukor Kampong Boy

Hari ini, foto seorang pelajar tingkatan 2 yang bergambar bersama sekumpulan kerbau telah tular di laman sosial. Foto-foto tersebut telah memenangi Anugerah Street/People Photographer of The Year Asian Geographic -Image of Asia 2018 dan Remarkable Award di Siena International Photography Award 2018, Itali.

Pelajar yang dikenali sebagai Mohd Syukur bin Khamis telah menarik perhatian Mufti Wilayah Persekutuan yang telah memuji perhubungan akrab antara Syukur dengan puluhan kerbau tersebut menerusi muat naik status di Facebook rasmi beliau.

Syukur bukti keikhlasan…

Anak saya yang lain suka ke kandang juga, tapi Syukur istimewa…

Ditemui pihak Harian Metro, bapa kepada Mohd Syukur menyifatkan beliau tidak menyangka bahawa foto anaknya bersama kerbau peiharaannya akan tular di laman sosial.

Khamis Jusoh yang telah menjalankan penternakan kerbau sejak 30 tahun menyifatkan anaknya seorang yang istimewa, kerana perhubungan yang rapat dengan kerbau ternakannya.

Ramai fotographer datang untuk ambil gambar Syukur dengan kerbaunya…

Khamis juga memberitahu bahawa, sebelum ini ada beberapa orang jurugambar yang datang ke kandang kerbaunya untuk mengambil foto Syukur dengan kerbau ternakannya.

Walaupun Mohd Syukur kini menjadi tumpuan, saya tidak pernah mengambil kesempatan untuk menjadi kaya kerananya, malah saya tidak mengenakan sebarang bayaran. Ramai yang kata, jurugambar yang merakam gambar Mohd Syukur dan masuk pertandingan menang beribu-ribu ringgit dan saya patut minta bayaran, tetapi bagi saya, cukuplah mereka doakan saya sihat dan sedekahkan Al-Fatihah jika saya sudah tiada nanti,” katanya.

Usia 4 tahun saya dah biasa dengan Kerbau

 

Ketika berusia 4 tahun lagi, Syukur sering mengikuti bapanya ke kandang kerbau dan lama-kelamaan dia sudah terbiasa dengan puluhan kerbau ternakan bapanya sehingga menjadi akrab.

Syukur menyifatkan kerbau peliharaan bapanya sangat mendengar kata dengan menurut arahan ketika ada jurugambar ingin mengambil foto dengan kerbaunya. Puluhan kerbau bapanya amat ‘mesra’ dengannya, dan tidak kisah jika Syukur memanjat belakang badan, serta bersandar di badan ketika haiwan tersebut sedang ‘berbaring’.

Ada orang kata saya ada ilmu penunduk sedangkan tidak. Mungkin sebab saya dah biasa dengan mereka sejak kecil jadi mereka kenal tuan dan mendengar kata. Tetapi sebenarnya saya bukan saja akrab dengan kerbau, tetapi juga lembu, kambing dan angsa peliharaan bapa.

Rapat dengan Kerbau nama Awang, namun dia sudah ‘pergi’

“Kalau kambing pula saya rapat dengan Saat. Selepas tiga hari dia lahir, ibunya mati dan saya menyusukannya setiap hari dan menjaganya sehingga bawa tidur bersama di atas rumah. Kerbau yang sangat rapat dengan saya dan sering menjadi teman ketika fotografi bernama Awang juga sudah mati,” katanya.

Sumber: oh my media

Kongsikan artikel ini.
  • 3.1K
  •  
  •  
  •  

Pakar Perubatan Alternatif Terkenal Malaysia Ditahan Di Indonesia, Media Dakwa Langgar Visa Melancong

Pakar Perubatan Alternatif Terkenal Malaysia Ditahan Di Indonesia, Media Dakwa Langgar Visa Melancong Pihak berkuasa imigrasi Indonesia di Palembang, Indonesia […]

‘GrabFood Couple’ Ini Bukan Setakat Jatuh Cinta Tapi Gambar Kahwin Pun Ikut Tema GrabFood!

‘GrabFood Couple’ Ini Bukan Setakat Jatuh Cinta Tapi Gambar Kahwin Pun Ikut Tema GrabFood! Nur Atiqah dan Mohd Afandi telah bertemu […]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *