‘Syukur masih boleh cakap Melayu’ – Sarimah Ibrahim

‘Syukur masih boleh cakap Melayu’ – Sarimah Ibrahim.Warganet memuji pengacara dan pelakon Sarimah Ibrahim kerana tidak melupakan bahasa ibunda walaupun tinggal lama di luar negara.

Menerusi laman sosial Twitter, warga net meninggalkan komen positif pada ciapan pelakon berdarah kacukan Ireland itu.

Sarimah pada pagi Selasa (semalam) menulis status, meluahkan rasa syukur kerana bapanya bercakap Bahasa Melayu walaupun mereka tinggal di luar negara.

Syukur masih

Syukur masih

“Saya lahir di Ireland, belajar di sekolah kebangsaan di sini (Malaysia). Kemudian ke Cambridge High School di Abu Dhabi, The Emirates International School Dubai dan Wesley College, Dublin.

“Jadi, bila pulang ke Malaysia pada tahun 1996, saya masih boleh bercakap Bahasa Melayu,” katanya.

Ciapan Sarimah telah mendapat hampir 8 ribu ulang kicau dan 13 ribu tanda suka.

Sementara itu di ruangan komen rata-rata warga net memuji Sarimah yang tidak pernah melupakan asal-usulnya walaupun berdarah kacukan ‘mat saleh’.

Sumber: Astro Awani

‘Kenapa Abah Asif Selalu Pinjam Duit Dekat Syahmi?’

‘Kenapa Abah Asif Selalu Pinjam Duit Dekat Syahmi?’ Ternyata persengketaan antara penjaga Asif dan Youtuber terkenal, Syahmi Sazli masih belum reda […]

”Sejak Februari 2018″ – Noor Nabila

‘Sejak Februari 2018″ – Noor Nabila. Mungkin ramai yang sudah sedia maklum tentang keretakan rumahtangga di antara pelakon Sharnaaz Ahmad dan […]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *