Tadom Hill Resort Selangor Curi Tumpuan Ramai 2020. 45 Minit Je Dari KL!

0
1

Tadom Hill Resort Selangor Curi Tumpuan Ramai 2020. 45 Minit Je Dari KL! Tadom Hill adalah kawasan perkampungan orang asli yang berkeluasan 40 ekar. Tempat ini sangat indah kerana berdekatan dengan tasik dengan permandangan bukit batu kapur dan pokok-pokok yang indah. Anda pasti akan teruja dengan keindahan di Tadom Hill Resort dan percutian anda akan menjadi lebih bermakna bersama keluarga.

BACA:Lokasi Popular Di Penang WAJIB Anda Singgah, Rugi Kalau Tak Mai!

Tadom Hill ini terletak 45 minit dari ibu kota Malaysia iaitu di Banting, Selangor. Tempat ini adalah satu tempat yang sangat sesuai bagi anda yang meminati aktiviti luar. Selain itu, di sini juga anda dapat bersantai melakukan aktiviti bersama rakan dan keluarga. Jadi datang ke resort ini merupakan pilian yang tepat untuk bercuti bersama keluarga.

Bagi anda yang ingin berehat dan mengambil masa cuti untuk tenangkan fikiran dan rehatkan diri dari kemelut kerja atau pun kehidupan bandar, Tadom Hill sangat sesuai untuk anda. Anda pasti dapat merasakan bagaimana chilldan relaxnya tempat ini.

Hampir segala dekorasi dan reka bentuk di Tadom Hill ini adalah diperbuat daripada buluh. Jadi. larilah dari kesibukan kota dan datang ke resort ini.

Jangan tunggu lagi, masukkan dalam kalendar anda resort ini sebagai tempat percutian keluarga atau untuk beriadah. Anda juga boleh datang ke sini untuk jalankan aktiviti beriadah tanpa perlu bermalam di sini dengan bayaran akan dikenakan. Jangan lepaskan peluang untuk datang ke sini kerana keindahan flora dan fauna sedang menunggu anda disana.

PERCUTIAN ANDA AKAN MENJADI LEBIH HEBAT JIKA BERKUNGJUNG KE TADOM HILL RESORT

Mari kita lihat butiran kawasan ini dahulu.

1.Tadom Groove Di Tasik

Disini boleh lakukan aktiviti mandi manda di tasik yang air kebiruan. Selain daripada anda bersantai mandi-manda bersama keluarga, pelbagai aktiviti anda boleh lakukan seperti bermain kayak buluh. Semua kemudahan seperti jaket keselamatan dan rakit buluh adalah percuma. Anda boleh melakukan aktiviti ini dari 8:00pagi hingga tasik ditutup iaitu 6:30petang.

2. Aktiviti BBQ

Selain dari bermain air, anda juga boleh berbarbekue di kawasan yang telah disediakan. Anda boleh menyewa tempat untuk BBQ atau dipanggil BBQ Pit ini di kaunter perkhidmatan. Aktiviti ini sesuai dijalankan pada waktu malam sekiranya menginap di resort ini.

3. Tadom Base

Tadom Base adalah satu tarikan di dalam Tadom Hill Resort ini. Ia adalah bagi sesiapa yang menggemari aktiviti lasak dan ingin menguji kekuatan diri dan ketahanan fizikal. Terdapat pelbagai aktiviti yang boleh anda lakukan di Tadom Base ini.

Terdapat 4 zon yang boleh di pilih oleh anda iaitu:

– Zon Hijau

– Zon Merah

– Zon Biru

– Zon Coklat

Direka bukan sahaja untuk mencabar ketahanan fizikal anda dan ketabahan mental tetapi juga platform untuk memupuk semangat berpasukan untuk menyelesaikan semua halangan.

Penginapan yang Ada

1. Gendui Chalet

Gendui Chalet dinamakan sempena “Gendui Tadom” amat disayangi , seorang pemimpin lagenda Bukit Tadom yang mengetuai penduduk kampung terhadap pencerobohan oleh orang yang tidak bertamadun (binatang-binatang buas di hutan).

Gendui Chalet ini adalah tempat penginapan terbaru yang dibina di Tadom Hill. Ada 2 pilihan anda di Gendui Chalet, samada 1 katil Queen atau 2 katil single. Bagi anda yang menginginkan waktu peribadi bersama pasangan atau keluarga, chalet ini adalah pilihan sesuai.

2. Tadom Bamboo Hut

Tadom Bamboo Hut ini adalah satu dorm besar yang boleh memuatkan 12 orang dalam satu masa. Terdapat 6 tilam di dalam nya. Maksimum 1 tilam adalah 2 orang sahaja. Semua tilam di bahagikan dengan kelambu nyamuk sahaja.

Ia bukanlah pilihan sesuai untuk sesiapa yang hendak berbulan madu. Anda juga boleh menyewa seluruh dorm ini jika anda datang berkumpulan.

3.  Hammock Sphere

Hammock Sphere adalah tempat menginap yang menarik kerana anda boleh tidur didalam buai rajut! Dimana anda boleh tidur dan lepak dengan sahabat atau keluarga didalam buai. Tadom Hill Resort ada menyediakannya. Kelambu nyamuk juga disediakan di dalam Hammock Sphere ini. Plug untuk anda cas telefon atau gadget anda juga disediakan di tengah-tengah Hammock Sphere.

Anda boleh lepak dan bersantai bersama rakan dan keluarga didalam Hammock ini. Ia nya sangatlah seronok. Tidak kira berapa besar saiz anda, anda pasti boleh muat didalam nya. Tidak perlu risau!

4. Khemah

Anda juga boleh menyewa khemah yang disediakan di Tadom Hill ini. Terdapat banyak khemah disediakan untuk anda. Ada 2 jenis khemah iaitu “Lakeside Tent” atau pun “Garden Tent”. Khemah ini boleh memuatkan 2 orang dewasa ataupun 1 orang dewasa dan 2 kanak-kanak.

Sumber: The Kaki Cuti

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here