Tak Perlu Tayang Bahagia Di Media Sosial, Bukan semua Orang Suka Kita!

Tak Perlu Tayang Bahagia Di Media Sosial, Bukan semua Orang Suka Kita! Cabaran dunia tanpa sempadan kini, ramai yang gemar berkongsi segala segala perasaan, emosi, sedih, gembira, bahagia, marah di media sosial, baik Facebook, Instagram, Tweeter atau apa sahaja. Termasuklah apa sahaja yang berlaku disekeliling, bahkan tentang kehidupan termasuk rumah tangga turut akan di luahkan di ‘diari’ moden ini. Hari ini masak apa, makan bersama pasangan, bercuti, shopping, hadiah, malah sekadar gambar kaki bersama suami pun dimuat naik untuk pengetahuan rakan-rakan di media sosial.

Tujuannya? Hanya anda yang tahu

Tapi jika ada yang melakukannya kerana mahu orang lain tahu anda pasangan bahagia ternyata itu satu kesilapan. Kenapa? Sebab pasangan bahagia tidak akan atau jarang sekali mempamerkan kemesraan dan kebahagiaan mereka di media sosial. Ini kerana pada mereka:

1. Bahagia Itu Untuk Dirasa Bukan Dipamer

Ketika meraikan waktu gembira bersama pasangan, mereka mahu menikmatinya bukan diganggu dengan rakaman demi rakaman gambar atau lakonan selfie untuk dimuat naik di media sosial.Jika ada pun foto yang diambil ia untuk tatapan peribadi bukan untuk dikongsi dan sekiranya memuat naik gambar waktu sebegini ia sekadar yang bersifat umum, bukan untuk mempamer kemesraan.

2. Perasaan Bahagia Itu Bersifat Peribadi

Pasangan yang benar-benar bahagia dalam perhubungan tidak berminat untuk menunjuk atau membuktikan mereka bahagia pada orang lain. Pada mereka perasaan bahagia itu bersifat peribadi. Jadi tak perlu membuang masa untuk menunjukkannya kepada orang lain.

3. Setiap Pasangan Itu Bahagia Dengan Cara Berbeza

Kebahagiaan sejati akan menjadikan seseorang lebih rendah diri dan menghayati maknanya. Mereka faham bahawa setiap pasangan itu bahagia dengan caranya sendiri. Apa yang buat kita bahagia, belum tentu buat orang lain bahagia jadi untuk apa ia dicanang?

4. Tak Perlu Bangga Dengan Kebahagiaan Yang Dimiliki

Setiap orang punya masalah dan ujian hidup yang berbeza. Kita mungkin bahagia tapi pasangan lain mungkin sedang berduka jadi tak perlu bangga dengan kebahagiaan yang dikecapi ini. Tak guna membanding-bandingkan hidup kita dengan orang lain atau merasakan kehidupan kita lebih baik dari mereka.

5. Tidak Semua Suka Kita

Perlu ingat tak semua orang suka dan bahagia dengan ‘kebahagiaan’ yang kita kongsikan. Lebih buruk lagi, kebahagiaan tersebut boleh ‘dicuri’, atas sebab perasaan hasad dengki dan cemburu dengan kebahagiaan yang kita miliki. Oleh itu, tak perlu menunjuk- nunjuk kebahagiaan kita ada.

6. Tak Salah Tak Tunjuk

Bahkan, pernah tak lihat pasangan yang sering menunjukkan ‘kebahagiaan’ dilaman sosial, kelihatan sangat ‘sweet’ & sempurna. Memang kita rasa cemburu lah bila melihatnya! Tapi hakikatnya, dialam realiti ia sebaliknya, tidaklah ‘semanis’ yang dipamerkan. Media sosial hanya dijadikan sebagai ‘lakonan’ untuk menunjukkan persepsi sisi bahagia, bagi menutup kekurangan didalam rumahtangga!

Setuju?

Jaga Keselamatan Diri Dan Keluarga, Tolong Jangan Kongsi 5 Benda Ni Di Media Sosial!

Sudah menjadi lumrah bagi sesetengah orang untuk berkongsi segalanya di media sosial termasuklah aktiviti harian, gambar makanan, pakaian dan sebagainya. Kebiasaannya, niat kita memuat naik sesuatu di media sosial hanyalah niat untuk berkongsi kegembiraan bersama rakan-rakan dan keluarga.

Tidak dinafikan media sosial juga boleh berfungsi sebagai album dan diari digital yang menyimpan data peribadi secara dalam talian tanpa perlu khuatir ia akan hilang.

Tetapi, setiap kebaikan ada keburukannya jika kita menyalah gunakannya. Keburukan boleh terjadi sekiranya kita terlalu berlebihan dalam berkongsi maklumat di media sosial. Individu di luar sana yang berniat jahat terhadap kita boleh mengakses maklumat peribadi kita dengan mudah melalui perkara yang kita kongsikan di media sosial.

Oleh itu, entri kali ini akan berkongsi tentang beberapa perkara yang tidak sepatutnya kita kongsi di laman sosial bagi menjaga keselamatan diri dan keluarga supaya tidak menerima ancaman buruk dari luar.

Perkongsian berguna ini ditulis oleh Taufiq Razif di laman facebooknya. Selamat membaca dan semoga bermanfaat buat semua.

1. BAGITAHU SUAMI OUTSTATION

Pencuri dan perompak paling takut dengan kehadiran sosok lelaki di dalam rumah kerana mereka tahu kebanyakan lelaki akan melawan dan mempertahankan diri dan keluarganya. Mereka paling seronok kalau mereka tahu tak ada lelaki langsung dalam rumah yang akan mereka pecah masuk.

2. BAGITAHU LOKASI RUMAH

Kalau nak tunjuk lokasi ‘check-in’ di media sosial pun, jangan sesekali check-in di lokasi yang berdekatan dengan rumah. Lagi spesifik lokasi rumah kita dedahkan, lagi bahaya untuk keluarga kita.

3. TAYANG NO PLATE KERETA

Bukan cuma info seberapa banyak saman je boleh dikorek daripada no plate ni. Alamat rumah, no ic, no telefon, dan nama penuh semuanya boleh digali hanya dengan menayangkan no plate kenderaan kita. Buka je MyEG dan MyCariInfo ataupun emailkan pada syarikat insurans kereta tu, semuanya boleh digali dan dicari!

4. TAYANG NO IC DAN NO PASSPORT

Kadang kadang kita teruja sangat duk tayang keputusan peperiksaan sampai lupa nak tutup nombor ic anak kita. Kadang-kadang tu kita terupload gambar percutian kita dan keluarga sampai ‘ter-snap’ sekali gambar passport padahal nombor tu semua adalah data peribadi yang wajib kita lindungi. Kalau rasa ada yang curi data peribadi kita boleh je buat aduan di web aduan@JPDP.gov.my. Pihak yang sebarluaskan data peribadi kita tu boleh dikenakan hukuman sampai RM500K tau!

5. BAGITAHU KETERLAMBATAN KITA MENJEMPUT ANAK

Kadang kadang kita selalu buat posting ” aduh.Terlambat lagi ambik anak aku kat sekolah ” Benda ni sendiri dah diperingatkan oleh PDRM sebab risiko untuk orang luar pantau dan intip keberadaan kita dan anak kita. Sebarang kelewatan kita, adalah risiko besar bagi anak kita jadi sebaiknya jangan kita bagitahu pada orang luar lebih-lebih di media sosial. Tolong ingatkan benda ni semua pada keluarga dan pasangan kita ye.

Sumber: Taufiq Razif

Kongsikan artikel ini.
  • 10.9K
  •  
  •  
  •  

Bila Stress Perut Makin Buncit, Kenalah Rajin Amalkan Petua Ibu-Ibu Zaman Dulu, Confirm Cun!

Bila Stress Perut Makin Buncit, Kenalah Rajin Amalkan Petua Ibu-Ibu Zaman Dulu, Confirm Cun! Ditegur rakan sepejabat akan perut yang […]

Kebanyakan Lelaki Sememangnya Suka Melihat Wanita Tanpa Mekap

Kebanyakan Lelaki Sememangnya Suka Melihat Wanita Tanpa Mekap. Mungkin ramai sudah tahu yang kebanyakan lelaki sememangnya suka melihat wanita tanpa […]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *