Tanda-Tanda Yang Dia Bukan Jodoh Anda Dalam Islam! Jangan Bimbang..

Tanda-Tanda Yang Dia Bukan Jodoh Anda Dalam Islam! jangan Bimbang. Jodoh dan pertemuan itu adalah ketentuan Allah. Setiap orang mempunyai perjalanan cerita yang berbeza dalam soal jodoh. Jodoh datang tanpa diduga, baru berkenalan namun sudah ke arah sebuah perkahwinan. Ada juga yang yang sudah bertahun mengenali antara satu sama lain, putus tanpa penghujungnya. Dalam erti kata lain Allah SWT telah mentakdirkan jodoh yang ideal bagi kita. Berikut 10 tanda yang dia bukan jodoh kita dalam Islam.

1. Tidak perkenalkan dengan keluarga

Salah satu hal yang meyakinkan anda untuk menganggap bahawa si dia bukan jodoh yang tepat apabila dia tidak mengenalkan anda pada orang-orang terdekatnya. Seolah-olah dia mahu menyembunyikan hubungan tersebut dari ketahui orang. Biasanya seorang yang serius tidak akan malu untuk memperkenalkan anda kepada orang tua dan kawan-kawannya. Apabila dia mengajak anda untuk bertemu orang tuanya, maka sudah pasti ia tidak akan berani bermain-main dan mahu ke tahap yang lebih serius.

2. Meletak syarat

Cinta adalah berusaha menerima segala kekurangan dan mengabaikan segala keburukan. Dalam hal ini cinta sebagai pasangan ialah yang mampu menerima kekurangan dan kelebihan satu sama lain. Apalagi jika ada komitmen untuk melangkah ke peringkat yang lebih serius tentu setiap pasangan tidak akan mengenakan syarat yang sukar dipenuhi oleh pasangannya. Jika sidia berbuat demikian bermakna, dia bukanlah jodoh yang tepat.

3. Kurang komunikasi

Komunikasi merupakan perkara penting dalam sebuah hubungan. Tanpa komunikasi, maka sebuah hubungan jadi semakin hambar. Banyak yang mengatakan jika seseorang berjodoh dengan kita maka kita akan mudah untuk berkomunikasi dengannya. Sebaliknya jika anda jarang berkomunikasi, menandakan dia bukanlah pilihan yang tepat. Maka segeralah lepaskan, sebelum hubungan ke arah yang serius.

4. Tiada Rasa Percaya

Kepercayaan merupakan perkara utama dalam perhubungan. Jika tidak ada rasa saling percaya maka hubungan yang dibina akan dipenuhi rasa curiga. Jika tiada rasa percaya bagaimana hubungan akan di lanjutkan ke perkahwinan. Karena jika ia adalah jodoh yang di takdirkan kepada kita maka dalam hati keduanya akan saling percaya meskipun terpisah oleh jarak yang jauh.

5. Tidak Ada Komitmen Untuk Masa Depan

Hubungan yang baik akan selalu dilandasi oleh komitmen yang kuat. Baik anda ataupun si dia harus memiliki komitmen untuk bisa melanjutkan hubungan ke jenjang yang lebih serius . Banyak pasangan yang memiliki komitmen kuat namun, pada akhirnya tidak berjodoh. Nah, bagaimana yang komitmennya saja sudah tidak ada. Apakah layak disebut jodoh.

6. Jodoh Tidak Disukai Keluarga

Perkahwinan bukan hanya menyatukan anda dan bakal pasangan, namun juga menyatukan dua keluarga besar. Bermakna siapapun jodoh anda tentunya akan boleh diterima oleh pihak keluarga satu sama lain. Namun, jika keluarga anda terutama kedua orang tua anda tidak menyukai pasangan anda, maka fikirkan kembali, apakah dia jodoh terbaik untuk anda.

Artikel Lain

Nak Betul-Betul Pikat Hati Cik Abang, Ini Isteri Kena Buat!

Siapa yang tak sayang suami kan. Tapi bila hubungan dah makin lama, rasa sayang dan romantik itu dah kurang. jadi apa para isteri perlu buat ye untuk tambat balik hati suami dan rasa seperti baru kahwin? Biar hangat berpanjangan. Jangan separuh jalan je tau!

1. GUNA PANGGILAN MANJA

Cari nama panggilan yang disukai suami dan panggillah dengan nama itu.

2. ELAK MEMBEBEL

Inilah lumrah seorang isteri. Walaupun tak berniat melukakan hati, ramai lelaki stres kalau dimarahi atau dinasihati dengan cara yang salah. Elak melawan kata suami, terutamanya ketika masing-masing sedang marah. Biar dia ‘cool down’ dulu, baru cari peluang untuk bercakap dengan suami.

3. MEMINTA MAAF TAK BERERTI SALAH

Segera minta maaf jika anda ada lakukan kesalahan. Suami, hatinya mudah cair dan tersentuh.

4. MULIAKAN SUAMI

Bercakap yang baik-baik sahaja mengenai suami apabila di hadapan keluarganya dan rakan-rakan. Seringlah memuji suami di hadapan anak-anak.

5. PANDAI AMBIL HATI MERTUA

Hormati dan sayangi mak mertua. Jika anda baik melayan keluarga mertua, pasti suami bertambah kasih pada anda.

6. BUAT KEJUTAN

Bangun awal dari suami dan siap-siap sediakan makanan kegemarannya. Pakai pakaian yang cantik walaupun berada di rumah, dan gunakan sedikit wangian. Suami pasti teruja jika anda buat kejutan dengan masakkan makanan kegemarannya.

Kongsikan artikel ini.
  • 8.3K
  •  
  •  
  •  

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *