Tepek Skrub Gula 3 Bahan, Lepas 5 Minit Mujarab Cerahkan Kulit Sunburn

Tepek Skrub Gula 3 Bahan, Lepas 5 Minit Mujarab Cerahkan Kulit Sunburn. Mana-mana wanita bertudung akan berdepan masalah ini. Kulit muka yang terdedah matahari, jadi lebih gelap. Bila buka tudung, nampak jelas beza kulit muka yang sunburn itu dengan belah dalam yang dilindungi tudung. Jadi tak seronok pula. Lagi-lagi bila suami menegur. Bukan marahkan suami yang menegur itu. Mak-mak sendiri yang rasa tak bahagia tengok kulit wajah sendiri. As Zulqa (Dr As Zulqa) ini berkongsi petua. Cara cerahkan balik kulit muka yang sunburn dengan petua 3 bahan dapur.

Mudah sangat nak buat ini

Percaya tak, Gula kat dapur kita tu, Selain daripada diguna untuk buat air… banyak lagi kegunaan lain termasuk untuk mencantikkan kulit juga boleh menghilangkan sunburn di muka.”

Bahan-bahan

Tepek 3 Bahan Ini Di Muka, Lepas 5 Minit Mujarab Hilangkan Kulit Sunburn . Petua Hilangkan Sunburn Dengan 3 Bahan Dapur

Cuma campurkan

GULA + OLIVE OIL + LEMON = gaulkan dengan cepat then sapu di muka. (Nak lebih elok, gunalah gula perang). Biarkan 5 minit, kemudian bolehlah di skrub muka sampai bersih. Murah! Senang! Jimat! Berkesan!

Manfaat Skrub Gula Pada Kulit

Menyingkirkan sel-sel kulit mati. Membantu menghilangkan sunburn pada kulit. Skrub ini tak menyumbat pori-pori & senang meresap dalam kulit. Menghaluskan kulit muka. Membantu menyekatakan tona kulit. Setelah selesai skrub muka wajib memakai serum supaya kulit muka tak kering. Pilih lah natural based serum supaya kulit muka kita lebih sihat & berseri.

Sumber/Foto : As Zulqa (Dr As Zulqa)

Artikel Lain

Ritual ‘Puja Laut’ di Palu Tetap Diteruskan Biarpun Dibantah Agamawan

Tular di media sosial beberapa hari lalu apabila ritual pemujaan yang berlaku di Palu mendapat perhatian netizen. Walaupun dikritik para agamawan, ritual tersebut masih diteruskan bagi tujuan memuja ‘penjaga laut’ dengan amalan membunuh haiwan dengan kejam. Upacara ini dijalankan semasa Festival Palu Nomini berlangsung sejak 3 tahun lalu. Ritual diketuai oleh dukun yang melakukan jampi bersama acara tarian daripada penari wanita yang berusia 50 tahun ke atas.

Kambing

Kambing dan ayam digunakan sebagai penarik utama ritual ini. Tujuannya untuk mengambil darahnya yang kemudian akan dioles ditubuh mereka yang sakit. Pelepasan beberapa hidangan akan dilakukan selepas itu ke sungai sekaligus memandikan orang yang sakit. Proses ini mempunyai makna dimana jika dimandikan di sungai, maka penyakit akan hilang mengikut aliran sungai kemuara samudera luas dan tidak akan kembali lagi.

Ritual

Selain itu, ritual ini adalah sebagai simbolik untuk menyembuhkan penyakit yang ada dibumi serta memberi kedamaian dan kesejahteraan seluruh umat manusia. Dalam hidangan itu terdapat pinang, gambir, tembakau, syiling, kuih tradisional dan beberapa yang lain. Semua itu akan diharung ke laut. Dahulu nenek moyang kami kalau ada pesta keraian, pasti semua hidangan ini disediakan,” kata salah seorang penduduk.

Bercanggah Dengan Hukum Islam

Walaupun begitu, seorang ustaz di Palu menganggap upacara ini sama sekali menyalahi adat dan bercanggah dengan hukum Islam. Mereka masih berdegil meneruskan upacara kejam ini. Ratusan bangkai ayam ditemui sepanjang pantai Talise dari Jambatan Jambatan Ponulele atau Jambatan Kuning sehingga ke Masjid Arkam Bab Al Rahman.”

Amalan Syirik

“Bangkai ayam yang mati dibunuh dan mempunyai warna bulu yang sama membuktikan amalan syirik itu masih diteruskan walaupun selepas gempa bumi dan tsunami melanda.” Menurutnya, ketika upacara yang sama dilakukan pada tahun 2016 dan 2017, Palu didatangi dengan hujan lebat dan angin kencang. Selain itu, pengunjung dihanyutkan ombak serta memusnahkan tapak khemah.

 

Kongsikan artikel ini.
  • 332
  •  
  •  
  •  

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *