Kenyataan Biadab, Pemuda Mohon Maaf Dengan Institusi Diraja

Kenyataan biadab, Pemuda Mohon Maaf Dengan Institusi Diraja. Semalam, rakyat jelata dikejutkan dengan kehilangan akaun Twitter Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah yang dikenali dengan nama @cheminahsayang.

Baca: Hidup Berjauhan, Suami Pulang Tapi ‘Pergi’ Ketika Tidur

Kenyataan Biadab, Pemuda Mohon Maaf Dengan Institusi Diraja

Rata-rata menyuarakan rasa sedih atas keputusan Tuanku Permaisuri meninggalkan laman tersebut setelah menjalinkan interaksi yang rapat dengan rakyat melalui media itu.

Mereka mengaitkan keputusan itu dengan kecaman beberapa individu yang menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap kiriman-kiriman dan perkongsian Tuanku Permaisuri di laman berkenaan.

Meninggalkan komen biadap terhadap Tuanku Permaisuri dan pengikutnya, seorang pengguna Twitter, Firdaus Asraf menerima kecaman hebat dari rakyat jelata yang menggesa Polis Diraja Malaysia untuk mengenakan tindakan ke atasnya.

Kenyataan Mohon Maaf

Kenyataan

Berikutan kecaman hebat itu, Firdaus akhirnya tampil memohon maaf secara rasmi di laman Twitter miliknya.

“Ampun Tuanku beribu-ribu ampun, sembah patik mohon diampun.

“Warkah ini adalah sebagai pengganti diri patik menyatakan kekesalan diri patik berlaku biadap terhadap tuanku. Patik hanyalah seorang rakyat biasa yang derhaka terhadap Rajanya dan kerabat-kerabatnya,” katanya.

Dia turut menyatakan kesediaannya untuk mengadap baginda untuk permohonan maaf sekiranya Tuanku Permaisuri berkenan untuk menerimanya.

“Sesungguhnya patik tidaklah mengharap apa-apa melainkan pengampunan Raja Permaisuri Agong,” katanya.

Sumber: Firdaus Asraf

Hidup Berjauhan, Suami Pulang Tapi ‘Pergi’ Ketika Tidur

Hidup Berjauhan, Suami Pulang Tapi ‘Pergi’ Ketika Tidur. Mereka yang masih hidup hendaklah redha dan pasrah dengan ketentuan jika berhadapan […]

Genap 2 Tahun Tragedi Pusat Tahfiz, Sedih Bila Terkenang Jeritan ‘Anak Syurga’

Genap 2 Tahun Tragedi Pusat Tahfiz, Sedih Bila Terkenang Jeritan ‘Anak Syurga’. Kema tian yang menghidupkan, biarpun sudah genap dua […]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *