Tiada Aurat Antara Suami & Isteri, Tapi Bila Bersentuhan Batal Wuduk? Ini Jawapannya!

Suami & Isteri Tiada Aurat Antara Satu Sama Lain, Tapi Bila Bersentuhan Batal Wuduk? Ini Jawapannya! Seperti yang kita ketahui, antara suami dan isteri, memang tiada langsung aurat antara satu sama lain. Sama ada suami atau isteri, masing-masing bebas menyentuh dan menerokai tubuh masing-masing.

BACA: Cara Dekatkan Diri Pada Allah. Elok Amal 15 Tip Ini Ketika Hadapi Masalah!

Walau bagaimanapun apabila suami atau isteri yang ada wuduk bersentuhan dengan pasangan masing-masing maka batallah wuduk. Batal wuduk bukan kerana aurat tetapi disebabkan oleh ada perasaan lain pada suami atau isteri apabila bersentuhan.

Ini penjelasan lengkap daripada Ustaz Azhar Idrus.

Cara Dekatkan Diri Pada Allah. Elok Amal 15 Tip Ini Ketika Hadapi Masalah!

Semua orang ada masalah, tinggal bagaimana seseorang itu mampu ‘menguruskan’ masalah dengan baik. Berikut 15 tip ketika menghadapi masalah.

1. Pertama sekali, terus paksa diri untuk ambil air wuduk dan solat. Boleh rujuk surah Al Baqarah ayat 45. Allah s.w.t sendiri bagi tips terbaik, mintalah pertolongan dengan jalan sabar dan solat.

2. Bila ada masalah, tika air mata mengalir. Saat itu satu saja yang boleh selesaikan masalah kita. Sedarilah bukan duit, bukan orang, bukan apa-apa melainkan Allah.

3. Selalu masalah datang dari pelbagai arah. Bertalu-talu. Kita tidak perlu fikir solusi, strategi atau pening nak buat apa. Jawapannya ketika timbul masalah adalah banyakkan Istighfar. Istighfar dulu. Solusi Allah akan bagi.

Minta ampun pada Allah. Kurangkan dosa kita. Diantara penyebab hidup kita selalu ada masalah, ini kerana kita kurang rahmat Allah dalam hidup atas akibat dosa kita.

4. Tarik perhatian Allah. Jemput rahmat Allah melalui mulakan menjaga amalan wajib. Solat 5 waktu saja tidak cukup, kalau boleh solat awal 5 waktu. Tambahkan dengan amalan-amalan sunat terutama Tahajud.

Sumber: Ustaz Azhar Idrus

Hukum Solat Sambil Menahan Kentut? Sah Ke Solat?

Hukum Solat Sambil Menahan Kentut? Sah Atau Tidak Solat Kita? Apakah hukum solat sambil menahan kentut? Adakah harus solat lebih […]

Kesan Surah Ad-Dhuha Boleh Mengubah Kehidupan Kita

Kesan Surah Ad-Dhuha Boleh Mengubah Kehidupan Kita. Kebanyakan daripada kita tahu dan hafal Surah Ad-Dhuha dan makna yang disampaikan agak […]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *