Tip Mudah Bangun Subuh. Amalkan, InsyaAllah Lepas Ni Tak Susah Bangun Solat Subuh!

Tip Mudah Bangun Subuh. Amalkan, InsyaAllah Lepas Ni Tak Susah Bangun Solat Subuh! Ramai beranggapan lagi lama tidur lagi bagus kerana badan dapat berehat secukupnya. Ada yang beranggapan bangun awal pagi menyebabkan kita lesu dan penat seharian. Sebenarnya mereka silap.

Kebahagiaan Dunia

Kalau orang bukan islam boleh bangun awal pagi demi mengejar kebahagiaan dunia, kenapa kita orang islam tidak boleh melaksanakannya. Sedangkan kita mengejar mengejar kebahagiaan dunia dan akhirat. Pada waktu beginilah solat dan bacaan alquran kita lebih khusyuk dan terasa dihati kita. Pada waktu begini juga merupakan masa kita untuk bersendirian dengan Allah dan menceritakan segala permasalahan kita.

TIP MEMUDAHKAN ANDA UNTUK BANGUN SUBUH

Sebelum kita tidur, niat dalam hatu bahawa tidur kita ini adalah ibadah kerana Allah SWT. Set diminda bahawa kita ingin bangun awal pada esok hari. Nyatakn pukul berapa kita ingin bangun daripada tidur. Biasakan diri kita dengan berwuduk sebelum merebahkan badan dan melelapkan mata. Cuba bayangkan ini adalah wuduk kita yang terakhir. Sempurnakan wuduk dengan tenang dan tertib. Dirikan solat sunat atau solat sunat taubat sebelum tidur. Pohon keampunan daripada Allah SWT serta bersihkan diri kita daripada dosa-dosa dan kekotoran maksiat. Gunakan apa cara sekalipun untuk bangunkan kita daripada tidur samada menggunakan alat bantuan seperti jam loceng, telefon bimbit atau gadjet yang lain. Boleh juga berpesan pada ibu bapa, adik-beradik atau kawan-kawan yang ada. Untuk bangun awal kita hendaklah tidur awal. Tidur yang cukup memudahkan kita untuk bangun dengan segar, ceria dan bertenaga.

Artikel Lain

Tip Ringkas! Cara Untuk Hadapi Ujian Dengan Tenang

Ada masa-masanya, kita rasa amat sedih hari ini dari pagi hingga ke petang, tetapi gembira pula pada keesokan harinya. Adakalanya kaki sendiri terpijak batu kerikil di tepi jalan, boleh membuat kita marah hingga merah muka.

1. Sebilangan Besar Mengalami

Ini bukan aneh, bukan juga terjadi kepada segelintir umat manusia, tetapi sebilangan besar. Bukan merupakan sesuatu yang tidak normal kerana begitulah kejadian manusia yang dikurniakan dengan nafsu dan akal. Setiap perubahan perasaan ini dipengaruhi oleh pelbagai faktor, antaranya bebanan kehidupan yang ditanggung, pertengkaran di dalam rumah atau di luar, kepiluan kerana kehilangan cinta atau harta benda dan lain-lain hal.

2. Bagaimana Untuk Menjaga Hati Sentiasa Tabah

Jadi, bagaimana untuk menjaga hati agar sentiasa tenang dan tabah? Biarlah seribu rintangan mendatang, namun hidup mesti diteruskan. Jangan diberikan lampu sorot atau dibesarkan saiz perkataan putus asa dan kecewa dalam kamus kehidupan kita.

3. Seringlah berdoa ke hadrat Ilahi

memohon keampunan daripada-Nya. Ya, mungkin sesuatu hal itu bukan berpunca daripada kita, tetapi ingatlah, Allah SWT menyukai hamba-Nya yang bertaubat. Bertaubatlah, meskipun tidak terlibat dalam perkara-perkara maksiat.

4. Hati Gundah Gulana

Saat hati gundah dan gelisah, padamkan api kegelisahan dalam hati dengan berwuduk. Kemudian bentangkan tikar sejadah lalu kerjakanlah solat sunat dua rakaat, iaitu solat sunat taubat.

Artikel Lain

Bilakah Waktu Yang Sesuai Untuk Solat Sunat Taubat?

Tidak ada waktu yang khusus yang ditetapkan untuk mengerjakannya. Solat sunat taubat boleh dilakukan pada waktu siang mahupun malam, terpulang kepada empunya diri. Cuma disarankan untuk dilakukan pada waktu malam seperti dua pertiga malam atau pada waktu sahur. Ini kerana keadaan pada masa itu lebih tenang dan sunyi. Semoga dengan itu, kita dapat lebih tenang dan kusyuk menyerahkan diri kepada-Nya.

Untuk mengerjakannya juga mudah

“Aku solat sunat taubat dua rakaat kerana Allah Taala.” Selepas takbir dan Fatihah, baca surah Al-Kafirun. Pada rakaat kedua, baca surah Al-Ikhlas. Apa yang membezakan solat sunat taubat dengan solat sunat yang lain adalah pada bacaan dalam sujud akhir.

Selepas memberi salam, bacalah doa memohon keampunan

“Aku memohon ampun kepada Allah, Aku memohon ampun kepada Allah, Aku memohon ampun kepada Allah yang tiada Tuhan melainkan Dia Yang Maha Hidup Lagi Maha Mengurus!

Aku bertaubat kepada-Nya selaku taubatnya seorang hamba yang banyak dosa yang tidak berdaya untuk menolak mudarat atau berbuat manfaat dan tidak mampu mematikan atau menghidupkan mahupun membangkitkan (di Padang Mahsyar kelak).

Aku mohon perlindungan-Mu daripada dosa, kemalasan, dugaan kubur dan seksanya. Aku mohon perlindungan-Mu daripada segala kesalahan dan hukuman.

Ya Allah! Bersihkanlah diriku daripada dosa-dosa sebagaimana kain putih dibersihkan daripada kekotoran. Ya Allah! Sesungguhnya aku bertaubat kepada-Mu di atas segala dosaku, dan daku berjanji tidak akan mengulanginya.

Ya Allah! Pengampunan-Mu adalah lebih luas daripada dosa-dosaku dan pengampunan-Mu terhadapku adalah lebih tertunai daripada amalan baikku. Ya Allah! Sesungguhnya aku telah banyak menganiaya diriku sendiri, tiada yang dapat mengampuni dosaku itu kecuali Dikau; Maka berikanlah daku keampunan-Mu, kasihanilah daku.

Ya Allah, Ya Tuhanku! Terimalah taubatku, bersihkanlah segala dosaku dan kabulkanlah permohonanku. Sesungguhnya Dikau Maha Pengampun lagi Maha Penyayang!”

Kongsikan artikel ini.
  • 15.3K
  •  
  •  
  •  

Inilah Doa Ketika Rindu Seseorang Dalam Islam

Inilah Doa Ketika Rindu Seseorang Dalam Islam. Setiap manusia pasti pernah merasakan rindu. Perasaan ini muncul tatkala kita berada di […]

Rezeki Jodoh Sesat, Allah Aturkan Pertemuan Dengan Cara Yang Tidak Disangka!

Rezeki Jodoh Sesat, Allah Temukan Dengan Cara Yang Tidak Disangka! Apabila berbicara tentang soal jodoh nyata ia bukan sekadar omongan […]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *