Tip Mudah Bangun Subuh. Amalkan, Lepas Ni Tak Susah Bangun Solat Subuh!

0
8
Tip Mudah

Tip Mudah Bangun Subuh. Amalkan, InsyaAllah Lepas Ni Tak Susah Bangun Solat Subuh! Ramai beranggapan lagi lama tidur lagi bagus kerana badan dapat berehat secukupnya. Ada yang beranggapan bangun awal pagi menyebabkan kita lesu dan penat seharian. Sebenarnya mereka silap.

BACA: Amalkanlah Doa Ini, Setiap Kali Terasa Sedih & Terbeban Dengan Hutang!

Kalau orang bukan islam boleh bangun awal pagi demi mengejar kebahagiaan dunia, kenapa kita orang islam tidak boleh melaksanakannya. Sedangkan kita mengejar mengejar kebahagiaan dunia dan akhirat.

Pada waktu beginilah solat dan bacaan alquran kita lebih khusyuk dan terasa dihati kita. Pada waktu begini juga merupakan masa kita untuk bersendirian dengan Allah dan menceritakan segala permasalahan kita.

TIP MEMUDAHKAN ANDA UNTUK BANGUN SUBUH

Tip Mudah

1. Sebelum kita tidur, niat dalam hatu bahawa tidur kita ini adalah ibadah kerana Allah SWT. Set diminda bahawa kita ingin bangun awal pada esok hari. Nyatakn pukul berapa kita ingin bangun daripada tidur.

2. Biasakan diri kita dengan berwuduk sebelum merebahkan badan dan melelapkan mata. Cuba bayangkan ini adalah wuduk kita yang terakhir. Sempurnakan wuduk dengan tenang dan tertib.

3. Dirikan solat sunat atau solat sunat taubat sebelum tidur. Pohon keampunan daripada Allah SWT serta bersihkan diri kita daripada dosa-dosa dan kekotoran maksiat.

4. Gunakan apa cara sekalipun untuk bangunkan kita daripada tidur samada menggunakan alat bantuan seperti jam loceng, telefon bimbit atau gadjet yang lain. Boleh juga berpesan pada ibu bapa, adik-beradik atau kawan-kawan yang ada.

5. Untuk bangun awal kita hendaklah tidur awal. Tidur yang cukup memudahkan kita untuk bangun dengan segar, ceria dan bertenaga.

Tip Ringkas! Cara Untuk Hadapi Ujian Dengan Tenang

Tip Mudah

Ada masa-masanya, kita rasa amat sedih hari ini dari pagi hingga ke petang, tetapi gembira pula pada keesokan harinya. Adakalanya kaki sendiri terpijak batu kerikil di tepi jalan, boleh membuat kita marah hingga merah muka.

1. Sebilangan Besar Mengalami

Ini bukan aneh, bukan juga terjadi kepada segelintir umat manusia, tetapi sebilangan besar. Bukan merupakan sesuatu yang tidak normal kerana begitulah kejadian manusia yang dikurniakan dengan nafsu dan akal.

Setiap perubahan perasaan ini dipengaruhi oleh pelbagai faktor, antaranya bebanan kehidupan yang ditanggung, pertengkaran di dalam rumah atau di luar, kepiluan kerana kehilangan cinta atau harta benda dan lain-lain hal.

2. Bagaimana Untuk Menjaga Hati Sentiasa Tabah

Jadi, bagaimana untuk menjaga hati agar sentiasa tenang dan tabah? Biarlah seribu rintangan mendatang, namun hidup mesti diteruskan. Jangan diberikan lampu sorot atau dibesarkan saiz perkataan putus asa dan kecewa dalam kamus kehidupan kita.

3. Seringlah berdoa ke hadrat Ilahi

memohon keampunan daripada-Nya. Ya, mungkin sesuatu hal itu bukan berpunca daripada kita, tetapi ingatlah, Allah SWT menyukai hamba-Nya yang bertaubat. Bertaubatlah, meskipun tidak terlibat dalam perkara-perkara maksiat.

4. Hati Gundah Gulana

Saat hati gundah dan gelisah, padamkan api kegelisahan dalam hati dengan berwuduk. Kemudian bentangkan tikar sejadah lalu kerjakanlah solat sunat dua rakaat, iaitu solat sunat taubat.

Sumber: Islam Itu Indah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here