Tips Berhijab Untuk Beginner Bukan Untuk Mengikut ‘Trend’

Tips Berhijab Untuk Beginner. Seorang rakan saya terjaga dari tidur dan terus nekad untuk mula memakai tudung. Bagi ramai di antara kita yang berhijab sejak kecil, caranya mungkin nampak semudah itu. Tapi untuk membuat keputusan berhijab bukanlah perkara mudah bagi mereka yang baru hendak memulakannya. Lebih-lebih lagi bila diri dikelilingi mereka yang tidak berhijab. Ia perlukan lebih dari sekadar kekuatan. Maka, tips ini untuk anda yang hendak berhijrah.

1 – Niat

Anda tidak mula berhijab kerana sebuah perkahwinan, kerana keluarga atau rakan-rakan. Anda tidak mula berhijab kerana fesyen atau selebriti. Anda melakukannya kerana Allah. Kita bukan berhijab untuk menyenangkan hati makhluk tapi menyenangkan Allah. Malah, kasih-sayang kita kepada makhlukNya juga adalah kerana cinta kita kepada Allah yang mahu kita menuruti perintahNya. Maka, perkata paling awal dalam berhijab adalah berniat dan memperbaiki niat.

2 – Mulakan Walaupun Perlahan

Seringkali kita mendengar kata-kata, “Bertudung tapi perangai buruk” yang membawa kepada “Saya tunggu Allah beri hidayah” kerana kebimbangan kita kepada persepsi dan tahap persediaan diri kita. Sesuatu yang anda perlu tahu dan mungkin sudah tahu adalah kita tidak akan terlepas dari kesilapan kerana kita adalah manusia.

3 – Persediaan

Apabila anda mula berhijab, anda juga mula tidak membeli-belah seperti sebelum anda tidak berhijab. Kali ini jenis pakaian yang anda beli mesti berlandaskan niat sebagai muslimah berhijab.Pakaian lama boleh disuai padankan dengan pakaian yang longgar, labuh, dan tidak singkat supaya menepati keperluan penampilan muslimah.

4 – Biasakan Berhijab Di Tempat Yang Anda Selesa

Mungkin anda berasa sukar berhijab di depan ramai orang yang mengenali anda. Di saat anda membuat keputusan besar dalam agama, sokongan yang anda perolehi tidak meyakinkan anda.

Anda juga boleh membiasakan diri berhijab di tempat yang tiada orang mengenali anda atau anda tahu kebarangkalian bertemu mereka adalah nipis. Ia lebih membuatkan anda selesa. Lama-kelamaan kata-kata orang lain tidak lagi sepenting penghijrahan anda.

5 – Sentiasa Ingatkan Diri Tujuan Kita Berhijab

Ramai orang gagal kerana melupakan tujuan asal. Bukan yang tidak berhijab sahaja yang berpotensi untuk kembali tidak berhijab, malah ujian keimanan ini turut mengenai mereka yang berhijab sejak kecil.

Tips Rare Untuk Yang Tidak Sempat Basuh Baju

Tips Rare Untuk Yang Tidak Sempat Basuh Baju. Sudahlah penat seharian bekerja di pejabat, balik kerja tengok menimbun pulak baju […]

5 Tips Penting Untuk Remaja Kenali Diri Sendiri

5 Tips Penting Untuk Remaja Kenali Diri Sendiri. Setiap orang pasti mengakui bahawa mereka sudah kenal diri sendiri, bahkan sudah […]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *