Tips Cinta! Apa Yang Lelaki Mahukan Dari Wanita?

0
1

Tips Cinta! Apa Yang Lelaki Mahukan Dari Wanita? Lelaki ketika masih muda lazimnya tidak tahu malah tidak pernah mengerti akan kehendak tulus hati mereka. Kadang-kala, ciri pasangan yang bagaimanakah lebih relevan dengan diri mereka sekalipun mereka tidak pasti.

1. Belaian

Sebagai seorang wanita dan isteri kepadanya, memanglah anda tidak dapat menggantikan ibunya. Namun, lelaki tidak akan menolak andai kata anda ikhlas untuk memberi belaian, kasih dan sayang yang secukupnya kepada diri dia. Sebagai contoh, jika si dia jatuh sakit, cuba jaga dirinya dengan baik. Tunjukkan yang anda begitu mengambil berat akan kondisi si dia malah hadiahkannya dengan seleksi snek kegemarannya.

2. Lebih Tenang

Biasalah, lelaki tidak gemar berhadapan dengan ‘drama’. Dirinya tidak mahu diseret ke dalam pergaduhan remeh yang tidak munasabah pada ketika ini. Jadi, wahai wanita sekalian.

3. Pembersih

Sebagai pasangan yang tinggal sebumbung, si dia pasti akan menghargai sifat anda yang sering menjaga kebersihan. Si dia tidak mahu lubang air bilik mandi yang tersumbat dek kerana rambut isterinya yang gugur itu. Atau mungkin juga serbuk dan debu bekas alat solek anda yang bertaburan di atas meja solek.

4. Bijak

Yup! Sudah terang lagi bersuluh, akal anda akan jadi lebih bermakna apabila si dia semakin tua meskipun dahulu semasa hendak mengorat anda, kecantikan andalah yang paling utama buat si dia.

5. Mengambil Berat

Teman wanita atau isteri yang baik adalah mereka yang gemar mengambil berat tentang pasangan. Tidak kisahlah bagaimana anda ingin menunjukkan sifat ‘ambil berat’ itu, asalkan sahaja dia sedar bahawa anda benar-benar menghargai kehadirannya. Ingat! Lelaki juga mahu sentiasa disayangi dan dihargai seperti kita-kita ni.

6. Kreatif

Wanita yang kreatif bisa berfikir di luar jangkaan. Pandai memilih hadiah yang menarik buat si dia, bijak memasak makanan kegemaran si dia yang enak serta tahu membuat si dia yang tadinya murung menjadi ceria kembali.

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here