Tips Rare Untuk Yang Tidak Sempat Basuh Baju

Tips Rare Untuk Yang Tidak Sempat Basuh Baju. Sudahlah penat seharian bekerja di pejabat, balik kerja tengok menimbun pulak baju kat bakul yang nak kena cuci. Kita sebagai ibu yang bekerja, tiba-tiba rasa tertekan. Di pejabat sudah banyak kerja, balik rumah pun ada banyak lagi kerja!

Belum lagi campur anak-anak yang bergaduh sesama sendiri. Terjerit-jerit sambil berlari ke sana-sini. Dengan ruang tamu yang bersepah, mainan yang tidak sempat kemas dan mungkin ada air yang tumpah kena langgar dengan anak.

1. MINTAK TOLONG SUAMI KITA

Bagi suami-suami di luar sana, hargailah anda sebagai isteri dengan tolong membasuh baju. Bukan susah mana pun, kutip baju dari bakul, masuk mesin basuh, tuang pencuci dan tunggu cucian siap.
Kita sebagai isteri ni pulak, pandai-pandai lah masak makanan kegemaran suami sedap-sedap. Pasti beliau ringan tangan nak menolong.

Kalau rajin, lepas siap cuci, tolong sidai sekali. Kalau suami tolong lipat sekali, boleh bagi ‘upah‘.

2. BUAT JADUAL BASUH BAJU, GILIR-GILIR

Ingat, jangan hujung minggu baru nak basuh semua sekali. Hujung minggu sepatutnya boleh rehat.

Dengan cuaca yang tidak menentu, kadang hujan kadang panas; apa kata kita tetapkan jadual membasuh. Isnin basuh baju kita dan pasangan, hari Rabu pula basuh baju anak-anak, hari Jumaat basuh baju baby pula.

Tapi kalau banyak sangat, mungkin boleh tukar jadual sikit, Isnin basuh baju kita dan pasangan, selang 2 hari (Rabu) basuh baju anak-anak dan baby, selang 2 hari lagi (Jumaat) basuh baju kita dan seterusnya.
Nampak mudah dan senang untuk diamalkan bukan?

Lagi bagus kalau gilir-gilar basuh baju antara suami dan isteri. Tentu lebih erat kasih sayang.

3. ASINGKAN BAJU TERLEBIH DAHULU

Baju yang ingin dipakai untuk solat, asingkan. Baju anak-anak asingkan. Kenapa kena asingkan terlebih dahulu?

Pertama, kita tidak mahu najis bercampur dengan baju yang kita guna untuk solat. Kedua, proses sidai baju akan lebih mudah.

Baju anak-anak biasanya kecil. Ia sangat rumit dan leceh untuk sidai. Kalau baju orang dewasa agak besar, senang nak sidai atau guna hanger sahaja. Kalau dua-dua jenis saiz ini bercampur, kita yang akan jadi stress.

4. BASUH DI KEDAI DOBI 24 JAM

Saya pasti anda semua perasan yang kedai dobi 24 jam kini semakin bercambah dan tumbuh bak cendawan lepas hujan. Kalau dah tak larat nak basuh sendiri tu, apa kata anda basuh je di kedai dobi 24 jam.

Sekarang kedai dobi macam ni pun dah ada sediakan kemudahan WiFi, kerusi urut, sofa, televisyen dan sebagainya. Sambil menunggu baju nak siap, macam-macam boleh buat kan? Boleh lah ber-FB untuk dapatkan informasi terkini di sekeliling kita atau melayari internet untuk dapatkan tips-tips berguna seperti ini.

5. PAKAI BAJU ATAU SELUAR 2 KALI BARU BASU

Teringat zaman sekolah asrama mahu pun di universiti dulu. Kalau baju tu masih elok dan tak kotor sangat, apa kata simpan dan gantung elok-elok untuk dipakai 2-3 hari kemudian.

Contohnya, seluar jeans takkan pakai sekali terus basuh? Atau pergi kedai 10 minit pakai baju baru, takkan nak terus basuh? Kalau pakai sekejap terus basuh, akan jadi Gunung Everest la nanti.

Tapi jangan pula pakai baju yang sama dua hari berturut-turut, nanti terkantoi pula dengan rakan sepejabat. Ingat baju dan seluar sahaja ya, bukannya seluar dalam. Rasa tak bersih pula nanti.

6. GUNA MESIN BASUH SERBAGUNA

Mesin basuh zaman sekarang semakin canggih. Ada banyak ciri-ciri membasuh yang kita tidak pernah terfikir.

Ya, ada heater. Dah macam mesin dobi pula, boleh main pilih-pilih temperature. Heateratau pemanas ini, boleh membasuh pada suhu yang lebih tinggi (40-60 °C). Ia lebih berkesan mencairkan pencuci dan meningkatkan prestasi basuhan. Hasilnya, cepat, pantas dan bersih!

Nampak tak? Jimat masa, jimat tenaga dan jimat duit!

5 Tips Pemilihan Hijab Untuk Kekal Trendy

5 Tips Pemilihan Hijab Untuk Kekal Trendy. ‘Hijab’ satu perkara yang tidak asing lagi bagi kaum wanita. Namun dalam ledakan […]

Tips Berhijab Untuk Beginner Bukan Untuk Mengikut ‘Trend’

Tips Berhijab Untuk Beginner. Seorang rakan saya terjaga dari tidur dan terus nekad untuk mula memakai tudung. Bagi ramai di […]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *