TMJ Perli Kaw2 Menteri Sibuk Mahu Jumpa Pemain Selepas Berjaya Mara Ke Perlawanan Akhir

TMJ Perli Kaw2 Menteri Sibuk Mahu Jumpa Pemain Selepas Berjaya Mara Ke Perlawanan Akhir. Melalui entri terbaru di laman Twitter sebentar tadi, DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim (TMJ) meluahkan perasaan ‘kurang senang’ baginda dengan sikap ahli politik terhadap pemain bola sepak negara.

“Susah senang kami bersama, bila dah menang barulah berebut-rebut semua politician nak jumpa kamu semua. Apa-apapun saya dibelakang anda semua. Saya doakan anda semua berjaya,” ujar baginda melalui entri tersebut.

Susah senang kami bersama, bila dah menang barulah berebut-rebut semua politician nak jumpa kamu semua. Apa-apapun saya dibelakang anda semua. Saya doakan anda semua berjaya.

Walaupun tidak memberikan gambaran secara terus, kenyataan oleh baginda tersebut boleh difahami dengan jelas. Bahawasanya tidak pernah ada pihak yang pedulikan pemain-pemain bola sepak selama ini sehinggalah pasukan negara mampu mencapai kejayaan.

Turut disertakan baginda dalam entri seterusnya ialah perbualan melalui aplikasi Whats App yang memaparkan perbualan baginda bersama-sama dengan dua pemain, dipercayai Safawi Rasid dan juga Aidil Zafuan.

TMJ ‘Tembak’ Menteri Sibuk Mahu Jumpa Pemain Selepas Berjaya Mara Ke Perlawanan Akhir

Ia bukan perkara yang menghairankan TMJ menghubungi kedua-dua pemain, kerana Safawi dan Aidil adalah pemain JDT.

Melalui perbualan Whats App tersebut, turut didedahkan barisan pemain dijadualkan akan berjumpa dengan menteri-menteri. Apa yang dipersoalkan ialah tidak ada siapa di kalangan ahli politik berkenaan yang peduli akan cabaran skuad Harimau Malaya menjelang kejohanan Piala AFF Suzuki sebelum ini – melainkan TMJ yang sempat melakukan pertemuan sebelum pasukan berlepas ke Kemboja untuk perlawanan pertama peringkat kumpulan.

DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR TERIMA KUNJUNGAN SKUAD BOLASEPAK KEBANGSAAN DAN PENGURUSAN PERSATUAN BOLASEPAK MALAYSIADYAM…

Posted by HRH Crown Prince of Johor on Sunday, 4 November 2018

TMJ merupakan bekas Presiden FAM. Walaupun tidak lagi menerajui FAM, baginda sentiasa mengikuti perkembangan semasa pasukan negara – selain daripada bekerjasama dengan FAM dalam pelbagai cara untuk menambah baik prestasi pasukan di pentas antarabangsa.

Mengenai pertemuan yang dirancang oleh ahli-ahli politik tersebut, bukankah lebih elok sekiranya pihak berkenaan melakukannya selepas kejohanan tamat? Ini untuk membenarkan barisan pemain memberikan fokus sewajarnya kepada apa yang mereka perlu capai buat masa sekarang.

sumber: semuanya bola

Apa Guna Anak Ramai Kalau Sepinggan Nasi Ayah RM6 Tak Boleh Bayarkan

Kasih ibu bawa ke syurga, kasih ayah sepanjang masa. Ia kedengaran biasa namun jika diteliti dengan mendalam, ia membawa maksud yang sangat besar. Dunia semakin maju, namun masih ada segelintir masyarakat hari ini yang kurang peka dengan sensitiviti perasaan ibu bapa. Seorang gadis yang bekerja di sebuah kedai makan telah menceritakan pengalamannya berdepan situasi sedih sebuah keluarga ini.

Diorang datang beramai2.. si ayah order nasi goreng

Gara-gara sedang berbajet, seorang anak yang digelar sebagai kakak terus memarahi bapanya yang menginginkan nasi goreng. Perasaan ayah mana yang tidak sedih bila diperlakukan anak sebegini di hadapan orang luar? Gadis yang mengambil pesanan makanan ini perasan akan perubahan air muka bapa tersebut dengan mata yang sedikit berkaca.

Mungkin sebab terlalu lapar, si bapa tetap memesan nasi goreng berserta teh o panas. Namun, ini yang dilakukan bapanya selepas makanan itu sampai..

Bila sampai ayah dia bayar sendiri dia makan

Tak sampai RM10 pun. RM6 je!

Dia bagi RM5.. bapak dia tolak. Sedih sis tengok

Sumber: Twitter niknurainhamid

Kongsikan artikel ini.
  • 1.8K
  •  
  •  
  •  

‘Kami mohon maaf kepada rakyat Malaysia’ – 4 cef restoran di Jepun nekad berhenti kerja, enggan bersekongkol hidang menu tidak halal

‘Kami mohon maaf kepada rakyat Malaysia’ – 4 cef restoran di Jepun nekad berhenti kerja, enggan bersekongkol hidang menu tidak […]

Mimpi Indah Murtaza ‘Messi’ Hanya Sementara, Dulu Terkenal Seluruh Dunia, Kini Diburu Untuk Dibu nuh

Mimpi Indah Murtaza ‘Messi’ Hanya Sementara, Dulu Terkenal Seluruh Dunia, Kini Diburu Untuk Dibu nuh. Serangan Taliban telah memaksa peminat […]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *