Top 10 Tempat Menarik Paling Popular Di Malaysia

0
7

Top 10 Tempat Menarik Paling Popular Di Malaysia. Teringin bercuti tetapi tidak mahu pergi terlalu jauh atau berbelanja sakan? Hei, tiada masalah! Malaysia memiliki pelbagai destinasi yang indah dan sesuai untuk percutian hujung minggu anda! Dan yang paling istimewa, tempat-tempat ini tidak diketahui ramai, jadi anda dapat mengelak daripada berada di tengah-tengah keramaian pelancong!

Baca: 5 Tempat Cantik Yang Korang Tak Tahu Di Malaysia

Jadi, sebelum ia mulai sesak, apa kata anda lawatinya bersama-sama keluarga dan rakan-rakan anda?

1. Sky Mirror, Kuala Selangor

Jika anda aktif di laman media sosial, anda pasti pernah mendengar tentang tempat ini! Gambar-gambar seperti ini ialah kegilaan ramai dan ia merupakan sebab mengapa “Sky Mirror” Malaysia menjadi sebuah topik yang hangat! Benar, anda tidak perlu susah-susah ke dataran garam di Bolivia (Salar de Uyuni) untuk pengalaman menakjubkan ini, pergi sahaja ke Kuala Selangor! Sungguh bertuah menjadi rakyat Malaysia, bukan?

Sky Mirror Sasaran mungkin akan kekal menjadi tempat yang cuma diketahui oleh nelayan tempatan jika ia tidak diwartakan oleh media tempatan. Jadi, lokasi yang cantik ini telah meraih populariti hari demi hari. Jika anda mahu ke sana untuk #potd yang tidak boleh dilupakan, hubungi nelayan tempatan di sana dan mereka akan membawa anda dengan sebuah bot.

2. Pulau Gemia, Terengganu

Sebagai rakyat Malaysia, kita semua mungkin pernah bercuti di Pulau Redang, Pulau Lang Tengah, Pulau Tioman dan banyak lagi. Namun, tahukah anda tentang Pulau Gemia?

Terletak di pantai timur Malaysia, Pulau Gemia merupakan salah satu pulau yang tercantik di Malaysia. Ia amat sesuai bagi mereka yang sering mengimpikan percutian di pulau yang terpencil, di mana cahaya mataharinya berseri-seri dan pantainya sungguh putih dan bersih.

Malah, keseluruh pulau ini terlalu cantik sehinggakan ia layak menjadi vila percutian tersendiri! Dan disebabkan tidak ramai yang tahu akan tempat ini, anda tidak perlu risau tentang pulau yang sesak dengan pengunjung!

3. Balik Pulau, Penang

Balik Pulau ialah rahsia Pulau Pinang yang teristimewa. Penggemar durian mungkin sudah kenal akan tempat ini, tetapi di sebalik kemasyhuran itu, Balik Pulau merupakan tempat percutian yang jarang menerima pengunjung. Di sini, anda akan menemui ladang kambing biri-biri yang indah, kilang buah pelaga, dan juga ladang kuda ala desa, semuanya berbelakangkan bukit-bukit yang hijau! Tidak banyak tempat yang menawarkan pengalaman menunggang kuda di Malaysia, jadi anda perlu datang ke sini!

Dalam beberapa tahun yang lepas, sebuah perkampungan Hakka juga telah ditubuhkan di Balik Pulau, di mana pengunjung dapat merasai makanan tradisional Hakka. Ini sememangnya tempat yang sempurna untuk penggemar makanan!

Bukan itu sahaja, anda juga boleh pergi ke tepi pantai untuk mencuba Laksa Penang dan melihat pemandangan di sepanjang pantai itu. Ah, seronoknya dapat menikmati petang yang indah disertai bayu pantai yang bertiup sepoi-sepoi bahasa.

4. Pantai Cahaya Bulan, Kelantan

Rakan-rakan saya di pantai timur sering mengesyorkan Pantai Cahaya Bulan kepada saya dan semenjak itu, ia sudah lama berada dalam senarai bucket list saya. Pantai yang cantik ini merupakan tempat yang popular bagi masyarakat tempatan untuk berpiknik dan berkhemah pada hujung minggu.

Malah, dalam beberapa tahun yang lepas, banyak rumah tetamu telah dibuka untuk pengunjung! Jadi, jika anda tidak suka bergesa-gesa semasa bercuti, anda boleh memilih untuk bermalam di sini. Dengar kata, pemandangan matahari terbitnya sungguh asyik dilihat!

Seperti kebanyakan destinasi percutian di Malaysia, makanan tempatannya juga pasti tidak dapat dilupakan! Menu tradisional Kelantan seperti keropok lekor, satar, nasi kerabu, sotong celup tepung dan banyak lagi dapat ditemui di sini.

5. Cameron Highlands, Pahang

Baiklah, saya tahu yang Cameron Highlands tidak layak dikategorikan sebagai “hidden gem”. Tentu kebanyakan rakyat Malaysia pernah ke ladang teh dan kebun strawberi ini, bukan? Namun, mungkin ramai yang tidak tahu yang mereka kini boleh menikmati minum petang yang mewah di Cameron Highlands!

Bantal dan selimut yang selesa, set cawan piring ala Inggeris, pemandangan yang memukau dan udara yang sejuk dan nyaman! Jangan kata anda tidak teringin untuk menikmati pengalaman yang menakjubkan ini!

Jika itu tidak cukup untuk membuatkan anda datang ke sini, terdapat satu lagi aktiviti yang mungkin dapat memikat hati anda: rawatan spa strawberi!

Ia sama seperti rawatan spa biasa, tetapi semua minyak urutan, lulur dan sabun mandiannya berbahankan strawberi! Wah, ia sememangnya pengalaman yang tidak dapat dilupakan! Jadi, jika anda ke Cameron Highlands, ayuh cuba sesuatu yang berbeza pula!

6. Tasik Kenyir, Terengganu

Rumah perahu! Ketika berada di Tasik Kenyir, anda perlu melawati rumah perahu tradisional yang unik. Tidak kiralah jika ia telah dimodenkan atau tidak, rumah terapung ini perlu dikunjungi oleh setiap pelancong. Selain bersiar-siar di rumah atas air, anda juga boleh menyertai nelayan untuk menangkap ikan atau bersantai sambil meminum teh di atas rumah perahu ini.

Aktiviti-aktiviti ini ialah antara pengalaman yang menarik di Tasik Kenyir. Jika anda ingin tinggal selama lebih daripada satu hari, anda juga boleh menempah seluruh rumah perahu untuk bermalam di sini.

Pergi bercuti bukanlah aktiviti yang sukar, lebih-lebih lagi jika anda bercuti di dalam negara sendiri. Ia pastinya suatu peluang yang spontan dan santai. Jadi, jangan risau, terdapat banyak lagi destinasi di Malaysia untuk anda terokai.

7. Pulau Mabul, Sabah

 

Pulau Mabul tidak perlu diperkenalkan lagi kepada dunia. Keindahan pulau ini dengan air lautnya yang biru jernih bak kristal disuluh cahaya memang menjadi tumpuan di kalangan pelancong dalam dan luar negara.

 

Untuk merancang percutian ke Pulau Mabul, ada beberapa tips penting perlu anda titikberatkan supaya percutian pulau yang paling awesome di Malaysia ini tidak terganggu dek kerana kegagalan anda dalam perancangan.

8. Pulau Langkawi, Kedah

Tidak lengkap senarai ini jika tidak menyenaraikan Pulau Langkawi sekali. Dikenali sebagai pulau lagenda kerana cerita lagenda Mahsurinya, Pulau Langkawi merupakan pulau yang sering menjadi destinasi utama percutian buat keluarga.

Disini, anda dapat bersantai dan relaks sambil menikmati keindahan alam semula jadi di pulau-pulau yang ada seperti Pulau Dayang Bunting, Pulau Payar dan banyak lagi. Selain itu, di Langkawi juga, menawarkan pelbagai tempat dan aktiviti menarik dari Dataran Helang, Langkawi Cable Car, Island Hoping, Kilim Geoforest dan banyak lagi. Dari aktiviti santai sehinggalah aktiviti lasak, semuanya ditawarkan di Langkawi ini.

Kalau anda seorang peminat coklat juga, jangan lupa untuk borong coklat kerana pulau Langkawi ini ialah pulau bebas cukai. Jadi anda boleh borong sebanyak mana yang anda suka.

9. Pulau Tioman, Pahang

Ketika merentasi sekitar 58 km dari pantai timur Semenanjung Malaysia untuk ke Pulau Tioman ini, anda akan terlihat keindahannya yang terpapar dari jauh lagi di mana berdiri dengan megah dua puncak Gunung Simukut. Dari jauh lagi sudah terasa aura keindahan alam semula jadi yang ditawarkannya.

Pulau ini memiliki status sebagai salah satu daripada pulau yang paling indah di dunia. Apa lagi? Tak perlu anda bersusah-payah menyediakan passport untuk ke luar negara bagi mencari keindahan percutian di tempat lain bukan? Datang sahaja ke sini.

Di pulau ini, banyak aktiviti yang boleh anda rancang untuk lakukan seperti meneroka hutan di mana tersedianya trek-trek untuk dilalui, dengan laluan yang terpendek adalah berkepanjangan 2 km dan yang terpanjang adalah 8 km, pilihlah yang bersesuaian dengan stamina anda.

Aktiviti lain yang boleh dilakukan adalah melawati air terjun-air terjun yang terdapat di sini, mendaki gunung, menyelam skuba dan banyak lagi.

10. Gunung Raya & Gunung Mat Cincang

Gunung Raya merupakan gunung tertinggi di Langkawi dengan ketinggian 881 meter dari aras laut. Gunung ini dilindungi dengan hutan hujan yang tebal dan penuh dengan flora & fauna yang menakjubkan.

Hutan simpan ini merangkumi kawasan seluas 5000 hektar. Jika anda hendak ke puncak Gunung raya, terdapat dua cara yang anda boleh gunakan untuk sampai ke puncak iaitu dengan memandu atau berjalan (trekking).

Mendaki Gunung Raya boleh dikatakan senang kalau dibandingkan dengan gunung lain di Negara ini, kerana gunung ini tidak securam gunung yang lain.

Dalam perjalanan Anda ke puncak, anda boleh melihat hidupan liar, kerana Gunung Raya adalah habitat semulajadi banyak spesis haiwan liar. Antara yang paling ikonik ialah Helang Laut Perut Putih yang selalu kelihatan berterbangan tinggi mengelilingi puncak gunung itu.

Jadi, pada hujung minggu ini, apa kata anda pergi mengembara bersama keluarga dan rakan-rakan anda? Cuti-cuti Malaysialah!

Sumber: The Kaki Cuti

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here