Touch ‘n Go Beri Peringatan ‘Page FB’ Palsu, Orang Ramai Jangan Terpedaya Dengan Jualan Smart Tag Murah

Touch ‘n Go Beri Amaran ‘Page FB’ Palsu, Orang Ramai Jangan Terpedaya Dengan Jualan Smart Tag Murah. Touch ‘n Go Malaysia baru-baru ini telah mengeluarkan amaran mengenai laman Facebook palsu yang cuba menyamar sebagai syarikat berkenaan dengan mengguna nama Touch n Go dan Smart Tag Original.

Dua laman Facebook palsu tersebut telah menyebarkan berita-berita palsu mengenai perkhidmatan Touch ‘n Go, antaranya ialah penjualan alat SmartTAG dengan harga yang sangat murah iaitu sekitar RM70 hingga RM80.

Ramai Tertipu

Apa yang membimbangkan, salah satu kiriman mengenai penjualan alat tersebut telah menarik perhatian ramai apabila ia menerima sehingga ribuan komen dan ratusan perkongsian(share) sehingga hari ini. Menurut Touch ‘n Go, mereka telah lama menghentikan penghasilan SmartTAG iaitu sejak Ogos tahun lalu lagi.

Peringatan sama pernah diberikan pada bulan April yang lalu oleh Touch ‘n Go Malaysia, namun kiriman tersebut nampaknya masih lagi menerima respon daripada pengguna hari ini.

Perkembangan Terkini

Pelanggan Yang Dihormati,Akaun Facebook PALSU yang SAMA dan tidak dimiliki oleh Touch ‘n Go sedang menyebarkan berita…

Posted by Touch 'n Go Malaysia on Isnin, 8 April 2019

Oleh itu, pengguna diingatkan untuk mengikuti laman rasmi Touch ‘n Go di Facebook dan Twitter untuk mengetahui mengenai perkembangan terkini perkhidmatan mereka.

Orang ramai juga perlu dinasihati untuk berjaga-jaga dengan penipu atas talian atau scammer serta tidak mudah terpengaruh dengan harga murah yang ditawarkan mereka.

Sumber: Touch ‘n Go Malaysia

(Video)”Senyum Tersipu-Sipu Tun M” – Agong Buat ‘Suprise’ Sambut Hari Lahir Untuk Tun M!

(Video)”Senyum Lebar Tun M” – Agong Buat ‘Birthday Surprise’ Untuk Tun M! Semalam, tanggal 10 Julai adalah tarikh istimewa bagi […]

‘Fed Up’ Jadi Gemuk, Satu Keluarga Nekad Nak Kurus Dan Sado Sama-Sama!

‘Fed Up’ Jadi Gemuk, Satu Keluarga Nekad Nak Kurus Dan Sado Sama-Sama! Keluarga bahagia dan kesihatan yang baik merupakan antara […]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *